Semua Vaksin Sama Saja Di Mana Pun Ia Dibuat Kata Khairy
Staff Writers  MALAYSIA NOW 
 Menteri Penyelaras Program  Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu berkata tidak seharusnya ada  diskriminasi berhubung dari mana vaksin itu dibuat kerana formula sama  digunakan oleh makmal pembuatannya.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Gambar: Bernama     Menteri Penyelaras Program  Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengkritik keputusan  Kesatuan Eropah (EU) yang hanya membenarkan pelancong divaksinasi dengan  vaksin buatan Barat sahaja masuk ke negara mereka, mengatakan perkara  itu harus dijelaskan di peringkat antarabangsa bagi mencegah diskrimasi.
Ulasan beliau itu adalah respons terhadap beberapa laporan yang  mengatakan EU hanya mengiktiraf jenama Vaxzevria dari AstraZeneca yang  diluluskan Agensi Perubatan Eropah (EMA).
Ia turut mengeluarkan vaksin AstraZeneca yang digunakan di Malaysia  yang dibuat di Korea Selatan, Thailand dan Jepun selain jenama  Covishield, versi AstraZeneca yang dibuat di India.
  Khairy  berkata Malaysia berharap tiada sebarang diskriminasi mengenai di mana  vaksin itu dibuat kerana formulanya adalah sama di mana-mana tempat  pembuatan vaksin.
“Kilang AZ guna formula sama, sama ada di EU, Korea Selatan, India  ataupun Thailand, semua vaksin sama,” katanya di PPV Seri Kembangan.
Beliau turut berkata pihaknya akan meminta penjelasan mengenai perkara itu daripada wakil EU di Malaysia.
Beliau berkata pendirian Malaysia adalah sekiranya vaksin itu adalah  diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka negara lain juga  harus mengiktiraf mereka yang sudah diberi vaksin tersebut.
“Kedua, kita harap bahawa tiada diskriminasi daripada kilang mana  vaksin itu datang. Kilang AZ guna formula sama, sama ada di EU, Korea  Selatan, India ataupun Thailand, semua vaksin sama,” jelas Khairy lagi.
Pada 23 Jun lalu, Khairy mengecam negara-negara maju yang membolot  bekalan vaksin ketika masih banyak negara membangun menghadapi  kekurangan bekalan bagi program inokulasi negara mereka.
“Kebanyakan kilang vaksin ini terletak di Eropah. Jadi mereka boleh bolot lebih awal.
  “Tindakan  mereka juga menyebabkan negara Asia termasuk Jepun yang dikenali sebuah  negara yang mahu turut terkebelakang apabila membabitkan vaksinasi  berbanding Eropah seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada  manakala Amerika Selatan yang menerima bantuan Amerika Syarikat juga  mencapai imuniti kelompok lebih awal,” kata Khairy.
Khairy mengakui derma vaksin dari negara-negara maju yang bakal diterima Malaysia.
“Namun ini tidak menghalalkan apa yang berlaku sejak beberapa bulan  lalu, iaitu tindakan cuba menyudutkan pasaran vaksin,” tambahnya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/semua-vaksin-sama-saja-di-mana-pun-ia.html