Semua Sektor Berkaitan Ekonomi Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Pkp



SEBERANG JAYA – Semua sektor berkaitan ekonomi di negeri ini diseru supaya bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan upacara angkat sumpah penerimaan jawatan 24 Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dekat Menara Bandaraya di sini pagi tadi.
“Saya difahamkan, Kerajaan Persekutuan akan mengadakan sesi libat urus dengan wakil-wakil sektor ekonomi dan industri untuk menerima maklum balas berhubung kesan dihadapi sekiranya PKP diisytiharkan semula.
“Kita sedang menunggu hasil daripada rundingan serta sesi libat urus ini, dan bagi negeri Pulau Pinang adalah tertakluk kepada berapa ketat syarat-syarat PKP atau kelonggaran diberikan kepada sektor-sektor tertentu.
“Jadi, pengalaman lalu telah mengajar kita bahawa setiap sektor akan menerima impak yang berlainan bergantung kepada jenis perniagaan, operasi dan sebagainya.
“Oleh itu, saya menyeru kepada semua persatuan berhubung dengan sektor ekonomi juga perlu bersiap sedia untuk merangka langkah-langkah bagi menghadapi kemungkinan ini,” katanya
Menurut Kon Yeow, kerajaan Negeri Pulau Pinang kini memberikan tumpuan kepada persiapan untuk menyediakan pusat kuarantin bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19 memandangkan saringan ke atas pekerja-pekerja asing sedang giat dijalankan.
“Selain itu, saringan pekerja-pekerja di kilang, tapak-tapak pembinaan serta lain-lain dijangka menghasilkan kes-kes positif dan perlu ditempatkan di pusat kuarantin berdasarkan keseriusan setiap pesakit.
“Bagi mereka yang serius (bergejala) akan dimasukkan ke hospital manakala bagi yang berada pada tahap satu serta dua (akan ditempatkan) di pusat kuarantin berisiko rendah,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Kon Yeow menjelaskan bahawa Pulau Pinang masih menunggu keputusan daripada Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pusat kuarantin yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.
“Kita difahamkan ada dua atau tiga pusat kuarantin dicadangkan tertakluk kepada kesesuaian kerana apa yang kita kemukakan adalah tertakluk kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).
“Selain itu, kita (Kerajaan Negeri) juga membuat permohonan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk kita mengendalikan pusat-pusat kuarantin sekiranya diluluskan kelak,” ulasnya.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan agar PKP bersasar dilaksanakan bagi mengatasi tekanan pada sistem penjagaan kesihatan ekoran peningkatan mendadak jumlah kes COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata bahawa negara kini berdepan dengan situasi yang kritikal dan memerlukan penyelesaian untuk menurunkan jumlah kes aktif dan perancangan tersebut perlu dilaksanakan mengikut keadaan serta situasi di sesetengah kawasan.
Sumber : Buletin Mutiara
Oleh : SUNARTI YUSOFF


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/semua-sektor-berkaitan-ekonomi-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Siap Sedia Hadapi Pru Mengejut

Ph Siap Sedia Hadapi Pru Mengejut

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 325 hits
Perkembangan terbaharu 189 dari 192 Bahagian Umno menolak kerjasama seterusnya sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 dengan Perikatan Nasional memungkinkan pembubaran Parlimen sekiranya Ahli ahli Parlimen Umno menarik sokongan daripada kerajaan ...
Hanya Lima Sektor Ekonomi Perlu Dibenarkan Beroperasi Semasa Pkp Pm

Hanya Lima Sektor Ekonomi Perlu Dibenarkan Beroperasi Semasa Pkp Pm

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 317 hits
508 total views 508 views today KUALA LUMPUR 11 Jan Kerajaan membenarkan lima sektor ekonomi perlu beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan untuk tempoh selama 14 hari mulai Rabu 13 Jan kata Perdana Menteri Tan ...
Ekonomi As Berisiko Dimana Meningkatkan Kemungkinan Pemulihan Semula Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

Ekonomi As Berisiko Dimana Meningkatkan Kemungkinan Pemulihan Semula Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 323 hits
Indeks ISM dalam sektor perkhidmatan yang merupakan salah satu indikator utama ekonomi AS meningkat dari 55 9 kepada 57 2 pada bulan Disember Indeks pesanan baru juga meningkat 58 5 diikuti oleh pertumbuhan indeks bekalan menjadi 62 8 Data ...
Pkp 2 0 Diragui Jika Banyak Sektor Terus Beroperasi Ahli Parlimen

Pkp 2 0 Diragui Jika Banyak Sektor Terus Beroperasi Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 328 hits
PETALING JAYA Seorang Ahli Parlimen DAP persoalkan keberkesanan perintah kawalan pergerakan 2 0 dan proklamasi darurat kerana terdapat percanggahan dalam aspek pelaksanaannya Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata PKP 2 0 lebih lon...
Najib Razak Beri 10 Cadangan Kepada Kerajaan Sekiranya Pkp Bermula Semula Cadangan Nombor 6 Paling Diminati Semua

Najib Razak Beri 10 Cadangan Kepada Kerajaan Sekiranya Pkp Bermula Semula Cadangan Nombor 6 Paling Diminati Semua

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 337 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menyampaikan Perutusan Khas mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada pukul 6 petang ini Pada 8 Januari lepas Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata p...
Pasca Covid Kerajaan Selangor Sedia Pelbagai Inisiatif Ekonomi

Pasca Covid Kerajaan Selangor Sedia Pelbagai Inisiatif Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 284 hits
Kerajaan Selangor pada 2021 akan meneruskan tradisi membela ekonomi rakyat dengan memperkenalkan lebih banyak kemudahan kemudahan ekonomi digital bagi memudahkan penduduk negeri itu memperbaiki taraf kehidupan sepanjang tempoh pasca Covid 1...
Operasi Banjir Lebih 12 000 Anggota Pga Siap Sedia Digerakkan

Operasi Banjir Lebih 12 000 Anggota Pga Siap Sedia Digerakkan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 284 hits
Akibat banjir yang teruk seluruh kawasan dinaiki air sehingga menenggelamkan rumah dan tanaman di sekitar Kuala Lipis Pahang foto MOHD ADZLAN KUANTAN Lebih 12 000 anggota Pasukan Gerakan Am di setiap kontinjen negeri bersiap sedia untuk dig...
Anwar Sedia Kerjasama Semua Pihak Kongsi Agenda Sama

Anwar Sedia Kerjasama Semua Pihak Kongsi Agenda Sama

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 418 hits
Anwar PH sedia kerjasama semua pihak kongsi agenda sama Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja baik daripada pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan dengan syarat pihak berkenaan menerima prinsi...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Murtabak Kulit Popia

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelantan Ambil Nyawa Sendiri Lepas Pukul Anak Saudara Dengan Tukul

A Aida Dimasukkan Ke Icu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Top 19 The Greatest Historical Buildings From All Over The World

Barnsbury House By Architecture For London A Grade Ii Listed Georgian Home In The Barnsbury Conservation Area

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says