Ph Siap Sedia Hadapi Pru Mengejut



Perkembangan terbaharu 189 dari 192 Bahagian Umno menolak kerjasama seterusnya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan Perikatan Nasional (PN) memungkinkan pembubaran Parlimen sekiranya Ahli-ahli Parlimen Umno menarik sokongan daripada kerajaan.
Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, perkara itu tidak mustahil terjadi dan sekiranya berlaku maka kerajaan PN akan tumbang.
Katanya, keretakan dalam PN kini amat parah dan berkemungkinan besar pula BN bertanding sendirian dalam PRU 15 kelak.
Sehubungan itu, Abdullah berkata, Pakatan Harapan (PH) telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut pada suku pertama 2021.
“Jadi kita jangan pedulikan mereka. Umno nak bertanding 80 kerusi, Bersatu nak bertanding, biarkan. Bagi saya secara konsistennya ia tidak mungkin berlaku satu pasukan (dalam PN).
“Kalau pun berlaku, biarkanlah. Atau perlawanan 6 – 7 penjuru pun tak jadi masalah. Bagi kami PH, kami telah bersedia, terutama sekali KEADILAN.
“KEADILAN telah membuktikan pada PRU 14 rakyat menerima KEADILAN berpandukan kepada agenda reformasi dan manifesto yang kita janjikan,” katanya.
Ditanya apakah Umno/BN sekiranya dipujuk akan bersama Bersatu dan Pas dalam PRU 15, Abdullah menganggap penyatuan sukar berlaku dalam PN, apatah lagi banyak kerusi Bersatu merupakan milik Ahli Parlimen Umno yang melompat. Untuk bersama Pas pula, katanya, Umno telah melihat tanda-tanda parti itu akan mengkhianati mereka apabila secara sepihak menyertai PN tanpa restu Umno.
“Sepengalaman kita yang lalu chemistry tetap menjadi sejarah. Saya tak pernah nampak koalisi (PN) yang diwacanakan oleh mereka ini akan menjadi kenyataan.
“Kalau dilihat kepada kerusi-kerusi yang dituntut sudah bermula episod pertindihan akan berlaku. Dan kalau sekiranya berlaku, saya percaya sejarah yang lalu, Pas terutamanya tidak pernah berpegang pada janji mereka.
“Begitu juga dengan parti Bersatu. Kita lihat Bersatu ini semua pengkhianat masuk ke situ, maka jadilah pengkhianatan untuk dalaman mereka sendiri,” katanya.
Sebaliknya, Abdullah yakin rakyat akan menerima PH berdasarkan rekod lampau dan pentadbiran di Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan yang cemerlang.
“22 bulan (kerajaan PH) macam-macam berlaku. Pimpinan tidak mahu menyegerakan manifesto. Saya tidak tahu apa sebabnya. Dia kata bukan kitab suci. Saya tak tahu, itu pandangan seseorang, Bible atau tidak, janji itu mesti dikotakan. Kita jangan jadi munafik
“Itu sebab saya kata kita bersiap siaga, PH khususnya KEADILAN. Kalau berlaku (PRU) kita berpandu kepada apa yang telah kita perolehi pada 2018, di mana kerusi-kerusi yang dikenal pasti menjurus kepada sokongan yang bergaya dari rakyat amnya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, bagi Abdullah, PH masih mempunyai kekuatan kerana mencalonkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri. Kerosakan imej PH yang dilakukan oleh Tun Mahathir, katanya tidak terpalit kepada Anwar kerana beliau tidak menyertai kabinet.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31167

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Sektor Berkaitan Ekonomi Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Pkp

Semua Sektor Berkaitan Ekonomi Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Pkp

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 370 hits
SEBERANG JAYA Semua sektor berkaitan ekonomi di negeri ini diseru supaya bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Menteri Y A B Tuan Chow Kon Yeow berkata demikian pada sidang media sele...
Operasi Banjir Lebih 12 000 Anggota Pga Siap Sedia Digerakkan

Operasi Banjir Lebih 12 000 Anggota Pga Siap Sedia Digerakkan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 228 hits
Akibat banjir yang teruk seluruh kawasan dinaiki air sehingga menenggelamkan rumah dan tanaman di sekitar Kuala Lipis Pahang foto MOHD ADZLAN KUANTAN Lebih 12 000 anggota Pasukan Gerakan Am di setiap kontinjen negeri bersiap sedia untuk dig...
Ppbm Selangor Tidak Ketagih Simpati Umno Sedia Lawan Jika Terpaksa Pada Pru Kata Rashid

Ppbm Selangor Tidak Ketagih Simpati Umno Sedia Lawan Jika Terpaksa Pada Pru Kata Rashid

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA PPBM Selangor masih berusaha berunding dengan UMNO mengenai pengagihan kerusi di Selangor namun bersedia bertembung dengan parti itu pada pilihan raya umum ke 15 jika terpaksa kata Pengerusi PPBM Selangor Abdul Rashid Asari Be...
Tolong Jangan Adakan Pru Tahun Ini Rayu Pakar Perubatan

Tolong Jangan Adakan Pru Tahun Ini Rayu Pakar Perubatan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 241 hits
January 11 2021 Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Dr Zainal Ariffin Omar berkata PRU juga tidak wajar diadakan tahun ini walaupun program vaksinasi Covid 19 akan dilaksanakan seawal Mac PETALING JAYA Seorang pakar p...
Dalam Umno Sendiri Pun Ada Yg Setuju Ada Yg Tidak Setuju Pru

Dalam Umno Sendiri Pun Ada Yg Setuju Ada Yg Tidak Setuju Pru

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 250 hits
Cai diluar sembang kari Masa kecik makan Kayu Pemuda boleh sound Setiausaha umno lantikan PRESIDEN sebagai dangkal Dangkal tu ape BERSATU remehkan pemimpin umno Maksudnya Muhyiddin Azmin hamzah tidor nyenyak
Agong Perkenan Darurat Tiada Pru 15 Dalam Tempoh Terdekat

Agong Perkenan Darurat Tiada Pru 15 Dalam Tempoh Terdekat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 261 hits
FAZLI RADZIPelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 dalam masa sama dilihat bermaksud tiada Pilihan Raya Umum ke 15 sepanjang tempoh tersebut Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh p...
Zukri Aksah Jawab Tulisan Khalid Samad Benarkah Jasa Mahathir Menyebabkan Ph Menang Pru 14

Zukri Aksah Jawab Tulisan Khalid Samad Benarkah Jasa Mahathir Menyebabkan Ph Menang Pru 14

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 238 hits
ZUKRI AKSAHTinggalkan dahulu statistik di atas Tetapi perlu dijelaskan bahawa ketika berdepan Pilihanraya Umum Ke 14 yang lalu pembangkang berpecah kepada dua koalisi satu Pakatan Harapan dan satu lagi Gagasan Sejahtera maka sebenarnya tiad...
Parlimen Digantung Tiada Pru Semasa Darurat

Parlimen Digantung Tiada Pru Semasa Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 215 hits
Parlimen tidak akan bersidang dan tiada pilih raya umum akan diadakan semasa tempoh darurat kata perdana menteri Bagaimanapun badan kehakiman akan terus berfungsi seperti biasa Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam pengumuman khasn...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas