Pasca Covid Kerajaan Selangor Sedia Pelbagai Inisiatif Ekonomi



Kerajaan Selangor pada 2021 akan meneruskan tradisi membela ekonomi rakyat dengan memperkenalkan lebih banyak kemudahan-kemudahan ekonomi digital bagi memudahkan penduduk negeri itu memperbaiki taraf kehidupan sepanjang tempoh pasca Covid 19.
Dalam perutusan tahun baharu 2021, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rakyat Selangor terutama yang kehilangan mata pencarian sepanjang tahun lalu diharap boleh membina semula kerjaya mereka.
Katanya, selain inisiatif ekonomi, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin sepanjang 2019 lalu melibatkan beberapa jenis cukai ditangguhkan, penangguhan sewaan premis kerajaan serta beberapa kelonggaran lain bagi mengurangkan bebanan rakyat.
“Beberapa program baharu dirancang dalam Belanjawan Selangor 2021 bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan serta mencipta lebih banyak pekerjaan. Antaranya adalah inisiatif Niaga Darul Ehsan (NaDi) yang memberi pinjaman perniagaan serendah RM1 ribu untuk rakyat Selangor memulakan perniagaan.
“Lain-lain program termasuklah Selangor Kerjaya dengan latihan dan bimbingan ataupun new skilling, upskilling dan reskilling serta Selangor Freelancer bagi semua yang memerlukan fleksibiliti dalam meraih punca rezeki.
“Kerajaan Negeri turut secara agresif mempersiapkan beberapa platform agar rakyat tidak kira kaum, usia atau jantina dapat sama-sama menyertai ekonomi gig dengan mengadakan E-Kitchen bersama Grab dan juga jualan dalam talian E Bazaar bersama Shopee.
“Turut dibantu adalah mereka yang mahu berkhidmat bersama syarikat-syarikat e-hailing tetapi tidak mempunyai lesen motor, kita bantu dengan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE),” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Amirudin lagi, untuk menggalakkan orang ramai menyertai anjakan Digitalisasi, Kerajaan Negeri tampil menawarkan beberapa inovasi baharu yang bakal mempermudah hidup.
Katanya, bagi para pemilik perniagaan PRODUTK, satu sistem urustadbir akan direka dan bakal mempersiapkan mereka ke arah Revolusi Industri (IR) 4.0. Turut diwujudkan Rakan Digital Selangor yang akan melatih dan membimbing semua anggota masyarakat agar lebih celik digital.
Termasuk, Program seperti Bantuan Yuran Universiti (BaYU) dan Pusat Tuisyen Rakyat tetap diteruskan agar anak-anak muda yang terjejas pengajian mereka, atau disebut ‘the lost generation’ akibat wabak Covid-19, terjamin kelangsungan pembelajaran dan perkembangan intelektual.
“Ini semua penting agar kita semua lebih bersiap-siaga dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran dan tentangan ekonomi masa depan, terutamanya dalam situasi perebakan wabak Covid-19 yang masih belum reda.
“Di sebalik penurunan penarafan Fitch rating serta keputusan beberapa syarikat gergasi luar seperti Tencent, Google, Amazon untuk tidak bertapak di Malaysia, Selangor akan terus menggembleng segenap usaha dalam menggalakkan sektor industri seperti fintech, urban farming malah perfileman dan cyber games untuk terus berdaya saing dengan pelaburan besar yang dipanggil Selangor Innovation Fund.
“Geran berjumlah RM100 juta ini bakal memanfaatkan para pengusaha startup serta usahawan untuk meneroka teknologi baharu yang dapat menangani cabaran yang dihadapi masyarakat, sekaligus memposisikan Selangor sebagai negeri pelabur awal ataupun early stage investor, dan melimpahkan manfaat berantai dalam bentuk peluang pekerjaan dan lain-lain kepada segenap masyarakat.
“Untuk itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk melahirkan syarikat ‘unicorn’ yang akan menghasilkan berbilion dolar dan Malaysia akan pergi lebih jauh di pentas dunia,” katanya lagi.
Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu turut berharap semoga lembaran baharu tahun 2021 akan memberi nikmat kesihatan dan kemakmuran untuk seluruh warga Selangor tanpa seorang pun yang tercicir atau tertinggal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31113

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Selangor Tidak Ketagih Simpati Umno Sedia Lawan Jika Terpaksa Pada Pru Kata Rashid

Ppbm Selangor Tidak Ketagih Simpati Umno Sedia Lawan Jika Terpaksa Pada Pru Kata Rashid

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 219 hits
PETALING JAYA PPBM Selangor masih berusaha berunding dengan UMNO mengenai pengagihan kerusi di Selangor namun bersedia bertembung dengan parti itu pada pilihan raya umum ke 15 jika terpaksa kata Pengerusi PPBM Selangor Abdul Rashid Asari Be...
Covid 19 2 062 New Cases Half In Selangor Alone

Covid 19 2 062 New Cases Half In Selangor Alone

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 296 hits
COVID 19 The Health Ministry today reported 2 062 new cases and one death The number of new cases in the Klang Valley was 73 7 percent of the total new cases Three workplace clusters Tapak Bina Residen Pasar Baru and Seruling accounted for ...
Covid 19 Perak Sedia Buka Lebih Banyak Pusat Kuarantin

Covid 19 Perak Sedia Buka Lebih Banyak Pusat Kuarantin

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 248 hits
Oleh SAYED HESHAM IDRIS IPOH Kerajaan negeri sedia membuka lebih banyak pusat kuarantin untuk menempatkan kontak rapat kes Covid 19 jika diperlukan bagi mengekang penularan wabak berkenaan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata setakat...
Vaksin Covid 19 Kerajaan Tanggung Kos Rm77 35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

Vaksin Covid 19 Kerajaan Tanggung Kos Rm77 35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 276 hits
Vaksin COVID 19 yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia menjadi bualan ramai apabila pihak kerajaan bakal menanggung kos vaksin berjumlah RM77 35 bagi setiap seorang penduduk di Mlaaysia Menurut laporan Sinar Harian perkara tersebut telah ...
Covid 19 Selangor Kembali Tertinggi

Covid 19 Selangor Kembali Tertinggi

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 228 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR NOOR HISHAM ABDULLAHPUTRAJAYA Selangor kembali menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes harian baharu Covid 19 iaitu 392 kes Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 202 kes manakala Johor 194 kes dan Sabah 186 kes Se...
Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 290 hits
Astro AwaniJelas sumber pakar kesihatan percaya sekatan itu boleh mengurangkan kadar kes harian sehingga 80 peratus Gambar fail KUALA LUMPUR Pihak berkuasa sedang mempertimbangkan langkah sekatan yang lebih tegas seperti dilaksanakan pada p...
Covid 19 1 348 Kes Baru Selangor Tertinggi Lapan Hari Berturut Turut

Covid 19 1 348 Kes Baru Selangor Tertinggi Lapan Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 274 hits
HSelangor terus merekodkan jumlah kes harian baru Covid 19 tertinggi untuk lapan hari berturut turut Foto oleh Miera ZulyanaPUTRAJAYA 23 Dis Sebanyak 1 348 kes harian baharu Covid 19 dan lima kematian dicatatkan di Malaysia hari ini dengan ...
Ph Sedia Kerjasama Pelbagai Parti Asal Ikut Prinsip Perjuangan

Ph Sedia Kerjasama Pelbagai Parti Asal Ikut Prinsip Perjuangan

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 346 hits
Pakatan Harapan akan mengambil sikap terbuka yang merangkumi pelbagai paksi dalam soal kerjasama berbilang parti yang cuba dirintis bagi menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim melunakkan pendiriannya ...
Hukum Penggunaan Vaksin Covid 19 Adalah Harus Dan Wajib Diambil Oleh Golongan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Malaysia

Hukum Penggunaan Vaksin Covid 19 Adalah Harus Dan Wajib Diambil Oleh Golongan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 247 hits
Perdana Menteri sedia mengumumkan sebelum ini yang mana vaksin Covid 19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia Selari dengannya kini Hukum Penggunaan Vaksin Covid 19 telah diumumkan dimana ia adalah harus dan wajib diambil ole...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand