Semua Pihak Diminta Bantu Kerajaan Kawal Inflasi




Semua pihak diminta bantu kerajaan kawal inflasiPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: December 64, 2022
ShareUsaha mengawal inflasi memerlukan kerjasama semua pihak, daripada kerajaan, peniaga sehinggalah kepada rakyat, kata Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli.
Mengulas Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) November 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di Putrajaya semalam, Rafizi berkata walaupun indeks inflasi kekal di paras purata 4.0 peratus pada tiga bulan terakhir, namun angka itu masih perlu dikekang.
“Ini supaya ia tidak membebankan rakyat,” katanya pada sidang media selepas penerbitan laporan itu.
Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan peningkatan tertinggi inflasi dicatatkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang merupakan perbelanjaan yang paling besar bagi isi rumah.
Empat negeri pula mencatat inflasi melebihi paras nasional 4.0 peratus iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.9 peratus), Selangor (4.8 peratus), Sarawak (4.7 peratus) dan Johor (4.2 peratus).
Sementara itu Rafizi berkata, kementeriannya giat membangunkan langkah segera untuk membaiki rantaian nilai di sebelah pembekal bagi memastikan harga tidak naik dan bekalan yang mencukupi.
Beberapa langkah sementara dan jangka pendek diambil kementerian lain sejak beberapa minggu lalu juga tegasnya diharap boleh menangani peningkatan inflasi.
“Kalau pun tidak mengurangkan inflasi Disember dan Januari, paling kurang mampu mengekang kenaikan inflasi,” tambahnya.
Mengulas tindakan yang boleh dimainkan pengguna, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, mereka boleh berperanan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal.
Ia termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini.
“Secara umum jika harga sesuatu barang menjadi mahal, pengguna akan kurang membeli dan itu akan memberi kesan akhirnya kepada harga yang dikenakan pembekal.
“Walaupun harga barang makanan dan minuman bukan alkohol terus naik, orang ramai terus membeli dan membayar pada harga yang lebih tinggi yang dikenakan oleh peniaga.
“Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan dan minuman bukan alkohol yang terus naik dan dirasakan tidak turun.
“Seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan,” jelasnya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/semua-pihak-diminta-bantu-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Kau Jaga Ptptn Kau Antara Yang Banyak Buat Kegagalan Zaman Dia Berada Dalam Kerajaan Semua Barang Harga Dinaikkan

Masa Kau Jaga Ptptn Kau Antara Yang Banyak Buat Kegagalan Zaman Dia Berada Dalam Kerajaan Semua Barang Harga Dinaikkan

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 190 hits
KENAPA AKU BODOHsinarharian com myKerajaan tiada idea tangani kenaikan kos sara hidupSHAH ALAM Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan bahawa kerajaan diterajui Pakatan Harapan dan BN ketika ini ...
Mou Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri

Mou Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 261 hits
Perjanjian persefahaman yang ditandatangani pada Jumaat oleh parti parti yang membentuk kerajaan campuran berisiko untuk terbatal pada bila bila masa jika ada pihak yang menarik diri menurut penganalisis politik Kartini Aboo Talib dari Univ...
Anwar Jamin Sedia Bekerjasama Dengan Semua Pihak

Anwar Jamin Sedia Bekerjasama Dengan Semua Pihak

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 163 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan beliau sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk negeri yang diketuai kerajaan pembangkang Beliau berkata langkah itu diterjemah menerusi lawatannya ke Kelantan negeri pertama dikun...
Ketika Kerajaan Perpaduan Sibuk Bantu Rakyat Hadi Anggap Kerajaan Diambil Alih Secara Luar Tabii

Ketika Kerajaan Perpaduan Sibuk Bantu Rakyat Hadi Anggap Kerajaan Diambil Alih Secara Luar Tabii

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 207 hits
FAZLI RADZIKetika Kerajaan Perpaduan sedang sibuk melaksanakan dasar negara dan membantu rakyat Pas dilihat masih bersilat politik kepartian yang sempit dengan mengungkit keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awan...
Perjanjian Kerajaan Perpaduan Bukan Kediktatoran

Perjanjian Kerajaan Perpaduan Bukan Kediktatoran

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 299 hits
Perjanjian Kerajaan Perpaduan bukan kediktatoranPosted By on December 20 2022Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani semalam antara PH BN GPS GRS dan Warisan tidak mempunyai unsur unsur kediktatoran Menurut mantan Senato...
Syarat Wajib Undi Mou Ph Kerajaan Juga Ada Syarat Sama

Syarat Wajib Undi Mou Ph Kerajaan Juga Ada Syarat Sama

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 240 hits
Syarat wajib undi MoU PH Kerajaan juga ada syarat samaPosted By Redzuan WRLR Mediaon December 20 2022Syarat mewajibkan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan mengundi menyokong usul Undi Percaya Belanjawan dan seumpamanya dalam Perjanjian Kerjasa...
Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Gunung Berapi Shinmoedake Meletus Di Jepun

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Fateh Sahabat Chord

Those Who Defy Ruler Will Be Impaled Ti Tells Puad

Malaysian Netizens Mock Indonesia S New Animated Film Quality

Bangladesh Chief Adviser Muhammad Yunus Arrives For Official Visit

Buy Low Sell High Pelaburan Emas Boleh Untung Ke

Begedil Dan Orang Suka Tunjuk Kekayaan