Semua Orang Diberi Modal Untuk Berubah Terpulang Samada Nak Belanjakannya Atau Tidak




Saya yakin anda tentu mahukan perubahan berlaku kepada diri atau kepada kehidupan, daripada buruk kepada baik, atau dari baik kepada lebih baik. Itu yang semua orang cari. Itu juga sebab utama kenapa sering berlaku hanya tubuh badan sahaja hadir di tempat anda berada sedangkan fikiran leka berkhayal ada di tempat lain yang anda rasa lebih baik. 
Secara umum, manusia sentiasa mahukan perubahan terhadap 6 perkara berikut.

Kesihatan - Samada mental atau fizikalIlmu / kemahiran - Dalam apa saja jurusan yang dapat membantu kehidupan anda sekarangEkonomi - Pendapatan atau harta yang anda milikiSosial - Pengaruh, kepercayaan dan kerjasamaHiburan - Ketenangan dan kegembiraanKerohanian - Ideologi, agama atau perjuangan
Biasanya, jawapan yang paling biasa anda dengar tentang perubahan adalah tentang kejayaan. Semua orang mahu lebih berjaya dari apa yang dia dah capai sekarang.
Untuk mendapatkan kejayaan yang optimum, anda perlu memenuhi 4 perkara berikut.

Pencapaian - Meletakkan satu matlamat dan berusaha mendapatkannya sehingga berjaya.Kepuasan - Melakukan sesuatu yang anda sendiri inginkan dan bukannya disebabkan orang lain.Jasa - Memberi sumbangan kepada orang lain atau masyarakat yang memerlukan.Warisan - Dapat meninggalkan warisan yang baik kepada anak cucu dari segi kebendaan dan nama. 
Kejayaan lengkapKebanyakkan orang terlepas pandang terhadap pentingnya untuk lengkapkan 4 perkara di atas bagi meletakkan erti kejayaan yang sebenar. Selalunya, mereka keliru dengan menganggap bahawa perkara No. 1 sahaja yang mengisi ruang kejayaan.
Fikir sejenak. Jika anda berjaya mencapai apa saja sasaran yang diletakkan di hadapan, sedangkan ia bukanlah sasaran yang anda sendiri mahukan, memang tak akan bahagia sepenuhnya.
Contohnya jika ibubapa mahukan anda belajar untuk jadi doktor perubatan. Lalu anda berusaha mencapainya. Orang mungkin melihat anda berjaya. Tapi bila anda sendiri sebenarnya mahu jadi jurutera, lambat laun, anda akan letih menjadi apa yang orang lain nak anda jadi.
Oleh itu perlu ada perkara No. 2, kepuasan diri. Perlu membuat pilihan dalam mencapai sesuatu yang anda sendiri benar-benar inginkan. Bukan masyarakat, bukan keluarga, bukan marka.
Namun begitu, kejayaan mencapai perkara yang diinginkan itu tidak kekal lama seandainya tidak ada kesan terhadap orang lain. Anda perlu buat sesuatu yang kesan dapat dimanfaatkan oleh orang lain dan mereka yang mendapat faedah dari apa yang anda lakukan itu sangat menghargai sumbangan anda.
Contoh paling mudah yang anda sendiri tentu tahu adalah belanja makan. Katakan anda habiskan RM50 pergi makan seorang diri di restoran. Nikmat makan dan berbelanja itu hilang sebaik saja anda keluar dari restoran dan balik. Bandingkan dengan nikmat anda beli makanan RM50 dan sedekah atau hadiahkan semua makanan itu pada orang lain yang lapar. Nikmat berjaya meyumbang begitu kekal lama dalam ingatan anda dan orang yang anda bantu itu.
Bagi melengkapkan erti kejayaan yang penuh bermakna, segala amalan dalam kehidupan anda perlulah mampu meninggalkan warisan yang baik kepada anak cucu. Tak semestinya harta pusaka sahaja, malah yang lebih penting adalah mereka bangga menyebut nama anda. Orang kampung kenang nama baik anda dan hormati keluarga yang anda tinggalkan hasil dari apa yang anda lakukan.
Apa yang saya kongsikan di atas melengkapi makna perubahan yang sebaiknya anda usahakan. Jika perubahan yang dicari, anda perlu berubah menuju ke matlamat seperti tersebut di atas. Cuma persoalannya, bagaimana nak berubah. Apa yang perlu dibayar untuk berubah dan berapa harganya serta adakah anda mampu membayarnya?
Kos untuk berubahTak ada benda percuma atas dunia ini. Setiap perkara ada pasangannya. Setiap usaha ada tindak balasnya. Semua perubahan yang berlaku secara alami akan menuju ke arah keseimbangan. 
Jika anda tolak meja yang berat, perlu tolak sampai pecah titik seimbang bagi membolehkan meja itu bergerak. Selagi daya tolakan anda dapat diimbangi oleh berat meja, selagi itu ia tak bergerak Sehinggalah daya itu lebih kuat dari berat meja, maka daya lebihan akan disalurkan kepada tenaga pergerakan, baru seimbang.
Kalau anda belajar sains, itu prinsip newton yang pertama. Jumlah keseluruhan daya yang ada pada satu objek yang seimbang adalah kosong.
Sama seperti keadaan diri anda sekarang kekal tiada perubahan dengan segala rutin yang berlaku dan hasil yang anda bawa balik setiap bulan ke rumah, tak akan ada perubahan, selagi amalan yang sama anda gunakan setiap hari. Dalam erti kata lain, sebarang cara yang jadikan anda tak selesa anda akan elakkan diri darinya.
Maknanya nilai mata wang yang digunakan dalam melakukan perubahan hidup dan diri adalah "keselesaan". Anda ada banyak stok mata wang tersebut. Anda hidup dalam keadaan selesa dan tak sanggup belanjakan keselesaan tersebut untuk membeli perubahan.
Semua orang ada duitTak kira di mana kedudukan anda sekarang,miskin atau kaya, pengikut atau ketua, tua atau muda, anda sentiasa ada keadaan selesa. Itulah duit yang anda miliki. Jika sanggup melepaskan keselesaan itu demi mengejar impian menjadi lebih baik daripada apa yang anda ada sekarang, Insyallah, anda pasti akan dapat.
Keselesaan merupakan tabiat anda. Perkara yang diulangi sehingga jadi sebati dalam darah daging. Tak perlu banyak tenaga untuk buat. Tak perlu berfikir secara sedar untuk diamalkan. Semua bergerak secara automatik lancar dan cemerlang.
Jika anda sekarang berada dalam keadaan selesa, tiada kerisauan, semua jalan lancar tak payah pakai tenaga dan tak perlu pakai otak, ertinya anda sangat kaya dan ada banyak mata wang yang boleh beli perubahan diri.
Jual keselesaan yang ada itu untuk membentuk sesuatu yang baru. Ulang dan ulang perkara baru tersebut sehinggalah ia terbentuk menjadi tabiat baru. Pada masa itu anda berada pada satu tahap keselesaan yang baru. Ada 2 makna. Pertama anda sudah berubah naik ke tahap lain. Kedua bermaksud anda sudah ada modal keselesaan baru untuk dijual bagi membuat satu lagi lonjakan perubahan.
Dan begitulah seterusnya setiap keselesaan yang terbentuk perlu dijual semula untuk menghasilkan satu tahap keselesaan yang baru, sehinggalah anda meninggalkan dunia ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/11/semua-orang-diberi-modal-untuk-berubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Jual Donut Susu Atau Nak Jual Cipap Berlengas Keluar Cirit

Nak Jual Donut Susu Atau Nak Jual Cipap Berlengas Keluar Cirit

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 156 hits
Dah ramai yang kondem aksi lucah pengusaha donut susut Walaupun dikecam dan dinasihatkan Masih tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa Netizen setempat juga terbahagi kepad dua Yang suka melihat aksi mata terbeliat stim dan yang berist...
Aku Nak Beli Semua Tapi Wallet Dah Terbang

Aku Nak Beli Semua Tapi Wallet Dah Terbang

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 164 hits
Hari ni kita cerita pasal 11 11 Kalau korang macam CA tiap kali Shopee ada sale besar besaran macam ni tiba tiba shopping fever datang Walaupun niat asal cuma nak beli benda benda penting entah macam mana boleh berakhir dengan wishlist penu...
Aliff Syukri Mahu Ikut Stail Old Money Anak2 Persoal Tindakan Abah Nak Beli Trx Ke

Aliff Syukri Mahu Ikut Stail Old Money Anak2 Persoal Tindakan Abah Nak Beli Trx Ke

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 98 hits
Usahawan sensasi Dato Seri Aliff Syukri mahu ikut stail Old Money yang sedang giat dipromosikan oleh seorang pempengaruh di media sosial apabila memuat naik video meminta pendapat tentang penampilannya kepada anak anak Dalam video yang diko...
Bagaimana Nak Hidup Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman

Bagaimana Nak Hidup Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 129 hits
Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman 1 Belajar agama Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal cinta dan takutkan Allah Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita 2 Bertaubat atas dosa dosa lalu Yang m...
Fazura Akui Lebih Bahagia Selepas Bercerai Bukan Nak Riak Tapi

Fazura Akui Lebih Bahagia Selepas Bercerai Bukan Nak Riak Tapi

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 134 hits
Aktres Fazura akhirnya dapat hak jagaan anak sepenuhnya selepas bekas suami yang juga aktor Fattah Amin turut bersetuju dalam urusan hadanah Memetik portal mStar Online peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan hak penjagaan anak k...
M Sian Man Slammed For Feeding Monkeys Poisoned Food

Experts Warn Of Ripple Effect From Ummc Fees Hike

Mp Pas Dicabar Menamakan Biawak Baru Jantan Namanya

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Tanda Kolesterol Tinggi Yang Ramai Tak Sedar

Singgah Sebentar Di Masjid Kapitan Keling


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Filem Emp4t

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

Rukun Solat

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Isnin 6 Januari 2025

Durian Durian Durian Imam