Semua Naik Semua Mahal


freemalaysiatoday.com
Mohsin Abdullah
-May 15, 2022 9:30 AM
Nampaknya tiba lagi masa untuk berjenaka sinis: “Di Malaysia hujan je yang turun, lain semua naik”. Disambut dengan kata-kata “ini bikin darah naik”

Ini merujuk harga barangan yang sekarang naik. Amat terasa kenaikan harga makanan. Harga naik bermakna kita beli pada harga mahal. Lantas kenalah kita beli makanan dan lain-lain barangan dengan harga mahal.

Minyak masak paket kita tahu sememangnya sukar didapati sehingga pekedai terpaksa menghadkan jumlah penjualannya. Seorang pelanggan diperuntukkan dua paket. Peniaga boleh lah beli sekotak. Sekarang dengar khabar harga minyak masak dijangka naik.

Satu posting di Facebook mendakwa sebuah kedai di Lembah Klang harga teh tarik beberapa hari lalu naik daripada RM2.60 kepada RM6.30 segelas. Wallahualam.

Kata seorang kawan, Bank Negara naikkan kadar OPR sebanyak 25 “basis points” kepada 2.00% tiba-tiba macam “serentak harga barang baik”.
Sebelum ini harga kereta juga dikatakan akan naik. Petrol RON97 sudah naik. Diulangi, semua barang mahal.

Artikel ini bagaimanapun akan berbicara mengenai harga sayur. Kerana ia makanan kita. Dan bila bercakap mengenai bekalan makanan khususnya sayur-sayuran kita mesti bercakap mengenai golongan petani.

Faisal Tehrani menerusi artikel kolumnya di FMT 22 April lalu menulis mengenai kaum tani di Chemor Perak yang “sedang berjuang untuk mengekalkan tanah dan tanaman yang mereka usahakan ekoran arahan pengusiran oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak”. Pertikaian tersebut sedang menanti perbicaraan lanjut di mahkamah rayuan.

Panjang ceritanya tetapi kesimpulan penulisan Faisal ialah “bibit yang terlihat di Chemor itu mungkin satu petunjuk bahawa mereka sedang kelemasan dan memerlukan perhatian yang serius”.

Benar kata beliau, kebangkitan kaum tani kurang diiktiraf dan tidak mendapat perhatian meskipun kewujudan masyarakat tani sangat penting kerana mereka menyediakan stok atau bekalan makanan. Ini jelas mengenai situasi petani secara am di seluruh negara bukan hanya di Chemor.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub baru baru ini menerusi satu penulisannya menyatakan kenaikan harga baja adalah fenomena global yang akan menyebabkan berlakunya apa yang beliau panggil inflasi pertanian.

Kata beliau, ia kemudiannya memberi kesan kepada kos operasi dan proses kitaran pengeluaran. Ringkasnya, mengakibatkan harga sayur naik dan kita beli terpaksa dengan harga tinggi. Atau lupakan sayur dalam diet kita.

Lantas, bagi Salahuddin, kerajaan perlu menyatakan solusi paling baik bagi menangani kenaikan harga baja serta kos operasi, nasib golongan petani dan pengeluar tempatan serta ketidakstabilan jaminan bekalan untuk masa hadapan.

Bagi waktu terdekat ini atau sebagai langkah serta merta, beliau menyarankan kerajaan beri subsidi tunai kepada petani bagi membantu mengurangkan bebanan akibat peningkatan kos operasi.

Satu cadangan bagus untuk membantu kaum petani. Namun ada yang berpendapat Malaysia memang ada “subsidy mentality”. Kata mereka sekarang pun ada subsidi untuk petrol RON95, diesel, minyak masak, pengangkutan awam, kadar tol, air dan elektrik.

Bagi mereka yang bimbang akibat pemberian subsidi berterusan, soalan pokok ialah bagaimana kerajaan mahu terus membiayai subsidi? Subsidi, kata mereka, apabila diberi amat sukar untuk ditarik balik. Mereka seterusnya merujuk Sri Lanka yang memberi bermacam-macam subsidi dan apabila dunia mengalami putaran inflasi, Sri Lanka sukar membiayai subsidi dan akhirnya isytihar dirinya muflis.

Bagaimana pun ada yang berpendapat Sri Lanka muflis bukan hanya kerana subsidi. Tidak perlu huraian. Cuma yang menjadi persoalan apa yang mesti dilakukan kerajaan di sini?

Selama ini negara mengimport makanan kerana pengeluaran dalam negeri tidak dapat menampung permintaan dalaman. Apabila mata wang ringgit jatuh (seperti sekarang) negara terpaksa beli makanan import dengan harga tinggi. Siapa yang paling terkesan? Kita tahu jawapannya.

Kita ada Dasar Pertanian Negara. Adakah ia mencapai matlamat? Apabila negara masih perlu mengimport makanan maka itu sendiri menceritakan tahap kejayaan dasar itu.

Malaysia pernah bercita-cita menjadi negara perindustrian. Pernah juga mahu menitik berat pertanian secara besar besaran.

Kita ni sekarang negara perindustrian atau pertanian? Kedua-duanya atau dua-dua pun bukan?

Ketika menggaru kepala mencari jawapannya, harga makanan naik.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/semua-naik-semua-mahal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepung Gandum Naik Harga Roti Canai Mungkin Lebih Mahal

Tepung Gandum Naik Harga Roti Canai Mungkin Lebih Mahal

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 218 hits
freemalaysiatoday com May 19 2022 11 01 AMTepung gandum yang merupakan bahan utama dalam roti canai dikatakan bakal berdepan masalah kekurangan bekalan PETALING JAYA Harga roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia mungkin ...
Harga Semua Barangan Keperluan Dijangka Naik 60 Bulan Depan Pakar Ekonomi

Harga Semua Barangan Keperluan Dijangka Naik 60 Bulan Depan Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 207 hits
The ReporterFoto hiasan The Sun DailyHarga semua barang keperluan diramal akan meningkat sehingga 60 peratus pada bulan depan disebabkan kerakusan dan keperluan peniaga serta pelaksanaan gaji minimum RM1 500 Lapor media tempatan rakyat Mala...
Hiburan Tak Sedar Diri Pemandu Lori Nahas 5 Sahabat Didakwa Drive Sambil Bertiktok Netizen Naik Hantu

Hiburan Tak Sedar Diri Pemandu Lori Nahas 5 Sahabat Didakwa Drive Sambil Bertiktok Netizen Naik Hantu

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 251 hits
Kemalangan tragis melibatkan dua buah lori treler bersama sebuah kenderaan sehingga melibatkan 5 orang yang menaiki kereta jenis Honda City maut masih diperkatakan sehingga ke hari ini Ini berikutan pendedahan sorang warga maya mengenai sal...
Sandiaga Ingin Sineas Muda Naik Kelas Dan Buka Lapangan Kerja

Sandiaga Ingin Sineas Muda Naik Kelas Dan Buka Lapangan Kerja

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 159 hits
Dengan adanya forum Mukidi diharapkan para sineas muda mampu menggali potensi unik setiap daerah dan mengangkatnya dalam sebuah karya film pendek yang berkualitas serta berdaya saing
Hasil Berkurang Dan Kos Baja Meningkat Harga Durian Dijangka Naik Sekali Ganda Kata Timbalan Menteri

Hasil Berkurang Dan Kos Baja Meningkat Harga Durian Dijangka Naik Sekali Ganda Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 166 hits
nbsp Harga jualan durian pada musim kali ini dijangka meningkat sekali ganda disebabkan hasil berkurangan berbanding tahun sebelum ini namun permintaan tinggi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata...
Dia Masih Naik Bas Pelawak Jo Hyeryun Dedah Kim Jongkook Seorang Yang Kedekut

Dia Masih Naik Bas Pelawak Jo Hyeryun Dedah Kim Jongkook Seorang Yang Kedekut

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 178 hits
Pada siaran 11 Mei program KBS Problem Child in House Jo Hye ryun telah muncul sebagai tetamu ARTIKEL BERKAITAN Pada awalnya Jo Hye ryun berkongsi perbincangan dengan MC Song Eun yi Kim Sook dan Jung Hyeong don sebagai pelawak yang direkrut...
Video Diduga Perampok Tiga Pria Bersenpi Naik Perahu Tembak Penumpang Kapal

Video Diduga Perampok Tiga Pria Bersenpi Naik Perahu Tembak Penumpang Kapal

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 228 hits
Sebelumnya terdengar suara cekcok dengan penumpang kapal Tak lama kemudian seorang pria mengeluarkan senjata dan menembak ke arah penumpang kapal
Wanita Muat Naik Video Disyaki Hisap Dadah

Wanita Muat Naik Video Disyaki Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 200 hits
Seorang wanita menjadi tular kerana video yang dimuat naiknya dipercayai sedang menghisap dadah Video tersebut dimuat naik semula oleh akaun kabarnegri di rangkaian media sosial Instagram pada Isnin Dalam rakaman video itu menunjukkan seora...
Saksi Dedah Najib Keluarga Bercuti Naik Kapal Layar Atas Jemputan Putera Kuwait

Saksi Dedah Najib Keluarga Bercuti Naik Kapal Layar Atas Jemputan Putera Kuwait

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 293 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Najib Razak dan ahli keluarganya telah bercuti atas kapal layar ke selatan Perancis perairan Greece dan Itali sejak 2009 hingga 2013 atas jemputan Putera Kuwait Putera Saudi dan Putera Abu ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri