Semua Jenis Arak Haram



Umat Islam perlu mengelak daripada minuman atau makanan yang beralkohol. Para ulama mengambil ketetapan mengatakan arak yang diharamkan tidak kira bagaimana ia dibuat atau dihasilkan. 

Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap yang memabukkan itu adalah haram.” (Hadis riwayat Muslim)

Unsur beralkohol biasa digunakan sebagai bumbu (rempah ratus) masakan. Jenis bahan ini banyak digunakan dalam campuran masakan Barat daripada masakan oriental seperti Cina, Jepun dan Korea.

Penggunaan minuman beralkohol dalam kuih bertujuan memberikan rasa dan aroma tertentu. Penggunaan minuman beralkohol sebagai campuran makanan dan minuman cukup luas dalam pelbagai bentuk yang sering tidak disedari oleh pengguna.

Menurut peraturan syarak, semua bahan yang memabukkan adalah haram biarpun dalam jumlah yang sedikit. Hukum itu memberi satu gambaran bahawa apa saja mendatangkan keburukan mesti dijauhi.  Arak bukan saja memabukkan, malah boleh menyebabkan kematian.

Minuman beralkohol diproses dengan cara pemeraman dari bahan yang mengandungi pati atau gula yang tinggi. Bahan itu hukumnya asalnya boleh dimakan, tetapi setelah melalui pemeraman pada tahap tertentu, maka ia bertukar menjadi haram. 

Antara bahan yang diperam untuk menghasilkan minuman beralkohol ialah bijian seperti jagung, beras, gandum, dan barli, ubi seperti kentang dan ubi kayu, buah-buahan seperti anggur, epal juga tanaman seperti kelapa, nipah, gula tebu daripada gula bit serta molases.

Jenis minuman beralkohol ialah wain dan brandi yang dibuat dari buah anggur. Dari jus epal dapat dibuat minuman cider. Penggunaan istilah cider berbeza-beza mengikut negara. Jadi, kita perlu berhati-hati sama ada ia termasuk dalam istilah beralkohol atau tidak.

Di Amerika dan Kanada, cider atau sweet cider adalah istilah untuk jus epal yang tidak difermentasikan yang tidak termasuk dikategorikan arak. Sedangkan jus epal yang difermetasikan disebut hard cider.

Di United Kingdom istilah cider selalu digunakan untuk minuman beralkohol. Tetapi di Australia, istilah cider digunakan untuk produk beralkohol. Hasil cider yang melalui proses seterusnya bertukar menjadi cuka dan halal dimakan.

Arak (bir) secara umum dibuat daripada barli. Tetapi dapat juga dibuat daripada campuran pelbagai jenis biji-bijian. Minuman beralkohol yang dibuat daripada campuran beberapa jenis bijian dikenali dengan nama wiski. Jenis wiski seperti scoth, rye dan bourbon digunakan dengan tambahan bijian adalah barli dan kadang-kala oat.

Proses pemeraman (mengikut kaedah tertentu) akan menghasilkan produk berbeza-beza. Nira (kelapa, nipah dan sebagainya) yang dbiarkan beberapa lama akan bertukar masam (tuak) yang boleh memabukkan. Pada peringkat itu ia haram diminum. Bagaimana, setelah melalui pemeraman seterusnya, ia akan bertukar menjadi cuka pula yang halal dimakam atau digunakan.

Lamanya proses fermantasi (pemeraman) bergantung kepada bahan dan jenis produk dihasilkan. Proses pemeraman singkat berlaku sekitar satu dua minggu dapat menghasilkan produk dengan kandungan etanol 3-8 peratus, contohnya seperti arak.

Bagi pembuatan wain mengalami proses pemeraman lebih panjang hingga mencapai waktu berbulan-bulan atau juga bertahun-tahun lamanya dengan kandungan etanol sekitar 7-18 peratus.

Kandungan etanol yang dihasilkan dalam pemeraman minuman beralkohol biasanya berkisar sekitar 18 peratus kerana pada umumnya khamar tidak dapat hidup pada lingkungan dengan kandungan etanol di atas 18 peratus.

Dengan mengenali jenis minuman beralkohol seperti di atas itu, diharapkan pengguna Muslim menghindari atau mengelakkan diri daripada menggunanya kerana ia jelas ditegah syarak.

Kajian ilmiah sama ada dari segi sains perubatan, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan banyak bahaya arak. Jadi, tidak ada alasan peminat arak hendak berhujah mengatakan arak mempunyai banyak kebaikan. 

Sebab itu perbuatan meminum arak bukan sahaja diharamkan di dalam Islam, bahkan menjadi perbuatan yang dianggap tidak bermoral dan dijauhi oleh penganut setia agama lain. 

Individu yang berfikiran rasional sekali-kali tidak akan mengamalkan mengambil arak biarpun pegangan agama mereka tidak mengharamkan. Perhatikan di kalangan orang yang berjaya di mana didapati mereka bebas arak.

Keburukan yang lahir disebabkan meminum arak ada yang bersifat sementara dan untuk tempoh yang lama ia memberi kesan buruk kepada kesihatan. Pengaruh arak meyebabkan fikiran tidak berfungsi dengan baik sehinggalah pengaruh arak atau alkohol hilang dari badan.

Ketika otak dipengaruhi arak, individu yang berkenaan berkedudukan lebih hina daripada haiwan, kerana mereka tidak lagi kenal diri sendiri dan tidak mampu mengawal fungsi badan sehingga berjalan pun tidak mampu dilakukan dengan betul. 

Banyak kes pergaduhan yang tidak dapat dikawal oleh kewarasan fikiran biarpun perkara kecil berpunca pengaruh arak. Banyak kerugian harta benda dan ada kes sehinggga menyebabkan kematian disebabkan pergaduhan yang berlaku itu.

Begitu juga, pemandu yang di bawah pengaruh arak banyak yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Minda mereka tidak dapat berfungsi dengan sempurna, melakukan perbuatan yang membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Banyak penagih arak akan berdepan dengan barah usus, selain yang berkaitan dengan darah dan penyakit lumpuh. Penyakit paling ketara dihadapi penagih arak adalah yang berkaitan dengan otak seperti barah otak, kurang daya ingatan dan daya pemikiran yang lemah.

Khalifah Usman Affan pernah berkata: “Jauhkan diri kamu daripada khamar (benda yang memabukkan), sesungguhnya khamar itu ibu segala kerosakan.”

Jauhi amalan meminum arak yang diharamkan dalam Islam.  Setiap sesuatu yang diharamkan Allah pastinya bersifat membinasakan. Siapakah yang lebih mengetahui mengenai keperluan manusia, selain Allah yang menciptakan manusia dan seluruh alam ini. 

Jadi, patuhilah perintah Allah yang mengharamkan arak. Perbuatan meminum arak menyebabkan peminumnya diharamkan memasuki syurga.

Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Tiga orang tidak masuk syurga (iaitu) penagih arak, orang yang membenarkan sihir dan orang yang memutuskan persaudaraan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Hibban).

Langkah untuk mengelak diri terjebak arak ialah jangan sekali-kali mencubanya dan menjauhkan diri daripada tempat-tempat yang menghidangkan arak. Banyak individu yang terpengaruh dengan arak disebabkan sentiasa menghadirkan diri di tempat yang terhidang minuman arak dan bergaul dengan kaki arak.

Mula-mula mungkin mencuba untuk mengetahui kesannya atau terpengaruh dengan ajakan kawan.  Sedangkan, itulah sebenarnya perangkap awal yang sukar untuk melepaskan diri. Biarpun diketahui rasa arak tidak sedap (bagi mereka yang pertama kali), tetapi setelah ia mula mengalir ke segenap urat nadi dan mula mempengaruhi fikiran, rasa yang tidak sedap bertukar sebaliknya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/vfw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencuci Muka Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature Untuk Semua Jenis Kulit

Pencuci Muka Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature Untuk Semua Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 478 hits
Salam Holla Masa mula mula aku kahwin dengan suami banyak benda yang aku kena faham dan tolerate dengan perangai dia Ada yang ok dan ada yang tak ok Tapi dah lama kahwin ni aku dah terlebih faham dan dia pun sama juga Ada beberapa tabiat ya...
7 Jenis Patah Hati Yang Dirasakan Hampir Semua Orang Di Usia 20 An

7 Jenis Patah Hati Yang Dirasakan Hampir Semua Orang Di Usia 20 An

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 313 hits
7 Jenis patah hati yang dirasakan hampir semua orang di usia 20 an Melepas dia yang menjadi cinta pertama Mundur dari zona pertemanan yang tak berujung Ditinggal tanpa penjelasan dan alasan Melewatkan yang terbaik karena waktu yang tepat
Harga Burung Hantu Semua Jenis Terbaru Oktober 2018

Harga Burung Hantu Semua Jenis Terbaru Oktober 2018

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 375 hits
Orang indonesia ketika melihat burung hantu banyak yang takut Karena selalu dikaitkan dengan hal berbau mistis Padahal burung ini dapat dipelihara dan bisa dekat dengan manusia Memiliki jenis banyak sekali Dari ukuran kecil sampai besar Dar...
Foto Gambar Burung Cendrawasih Semua Jenis

Foto Gambar Burung Cendrawasih Semua Jenis

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 380 hits
Cendrawasih disebut sebut merupakan salah satu burung tercantik di dunia selain merak Bulunya yang indah menjadi ciri khasnya Namun sayangnya keberadaannya semakin langka dan termasuk hewan yang dilindungi agar tidak punah Burung ini hanya ...
Cara Mudah Nak Tahu Jenis Kulit Muka Berminyak Kering Normal Kombinasi

Cara Mudah Nak Tahu Jenis Kulit Muka Berminyak Kering Normal Kombinasi

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 2087 hits
Cara Mudah Nak Tahu Jenis Kulit Muka Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Mesti most of us dah tahu jenis kulit muka kita dalam kategori yang mana berminyak kah normal kah kering kah atau jenis yang semua ada Gabungan berminyak dan k...
Kategori Atau Jenis Jalan Di Malaysia

Kategori Atau Jenis Jalan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 642 hits
Jalan jalan di Malaysia dinamakan jalan persekutuan jalan negeri jalan perbandaran dan jalan kampung atau jalan agensi Jalan persekutuan dan jalan negeri menggunakan nombor pengenalan masing masing Jalan persekutuan akan menggunakan tiga an...
Jenis Makanan Disarankan Semasa Hendak Bersalin

Jenis Makanan Disarankan Semasa Hendak Bersalin

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 365 hits
Bila sakit kontraksi hendak bersalin sudah menyerang memang tak senang duduk dibuatnya Hendak makan dan minum pun rasa tak lalu Tetapi ibu perlu makan dan minum kerana ia penting untuk membekalkan tenaga terutama apabila proses melahirkan a...
Jauhi 3 Jenis Makanan Ini Ketika Cuaca Panas

Jauhi 3 Jenis Makanan Ini Ketika Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 419 hits
Dalam keadaan cuaca panas melampau ini kita bukan saja perlu minum banyak air mengekalkan kadar cecair dalam badan tapi juga mengawasi apa yang dimakan Tiga jenis makanan ini sebaiknya anda kurangkan pengambilannya ketika cuaca panas kerana...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025