Semua Jawatan Umno Dipertandingkan Ahmad Zahid


bharian.com
Oleh Zanariah Abd Mutalib - Februari 3, 2021 @ 11:26pm
[email protected]

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua jawatan dalam UMNO termasuk presiden terbuka untuk ditandingi pada pemilihan parti itu tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau mahu menterjemahkan bahawa beliau dan parti terus mengamalkan demokrasi dalam memilih barisan kepemimpinan.

Katanya, UMNO pernah menyaksikan dua jawatan tertinggi parti sebelum ini tidak ditandingi di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Ketika saya mengambil alih dengan menjalankan tugas presiden, perkara itu dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) dan saya putuskan bahawa jawatan presiden, timbalan dan naib presiden serta semua jawatan terbuka untuk ditandingi.

"Saya mesti terus terjemahkan bahawa saya adalah seorang yang demokrasi dan disebabkan itu, pada pemilihan 2018, jawatan presiden ditandingi tiga orang.

"Kali ini, kalau tujuh orang nak bertanding pun (jawatan presiden), lebih ramai lebih baik," katanya dalam program temubual "Terus Terang" yang disiarkan secara langsung melalui Facebook NRchanneltv.net.

Menjawab soalan mengenai beliau diasak untuk meletak jawatan, Ahmad Zahid berkata, beliau ialah presiden yang dipilih secara demokratik dan ia perlu dihormati.

Ahad lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilaporkan berkata Perhimpunan Agung UMNO 2020 akan diteruskan secara maya jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat masih berkuat kuasa.

Beliau dilaporkan berkata, kaedah pelaksanaan perhimpunan yang lazimnya diadakan secara besar-besaran itu akan dimaklumkan kemudian seiring perubahan berikutan pandemik COVID-19.

Mesyuarat pengurusan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan tetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO bakal diadakan.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada awalnya dijadualkan selama dua hari bermula 30 Januari lalu tetapi ditangguhkan selaras proklamasi darurat dan pelaksanaan PKP.

Sementara itu, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP dan dakwaan jajaran baharu yang didakwa membabitkan DAP itu hanyalah berdasarkan perjanjian keyakinan dan penawaran (CSA), susulan sokongan yang diberikan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak termasuk daripada DAP kepada Menteri Besar, Datuk Saarani Mohammad daripada UMNO.

Katanya, CSA itu membolehkan semua ADUN sama ada daripada kerajaan atau pembangkang di negeri itu mendapat peruntukan yang sama rata dan bukan bermakna UMNO bekerjasama dengan DAP.

Ditanya sama ada beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menerima peruntukan yang sama dengan Ahli Parlimen kerajaan, Ahmad Zahid berkata, beliau setakat ini menerima peruntukan RM100,000 bagi tahun ini, manakala Ahli Parlimen kerajaan menerima peruntukan RM3.7 juta.

Katanya, jumlah peruntukan yang sama dengan pembangkang itu turut diterima beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO yang lain termasuk Najib (Pekan) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).

"Mudah-mudahan terbukalah hati kepada sesiapa yang membuat keputusan untuk memberi peruntukan sama dengan mana-mana Ahli Parlimen yang mengundi (menyokong) Belanjawan 2021," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/semua-jawatan-umno-dipertandingkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid 15 Kali Meratib Umno Ketika Akar Umbi Desak Lepas Jawatan

Ahmad Zahid 15 Kali Meratib Umno Ketika Akar Umbi Desak Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 255 hits
malaysiadateline comKetika akar umbi menuntut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan tampil bersuara malam ini Walau dalam coretan hanya sembilan perenggan Ahmad Zahid m...
Umno Sedang Diterajui Ahmad Zahid Yang Lemah Penganalisis

Umno Sedang Diterajui Ahmad Zahid Yang Lemah Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM Dr Mohammad Tawfik Yaakub Tegasnya...
Umno Seremban Pun Desak Zahid Letak Jawatan

Umno Seremban Pun Desak Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 205 hits
UMNO Seremban hari ini menafikan bahagian tersebut mendesak presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan Ketuanya Mustafa Salim berkata tindakan pemasangan kain rentang yang digantung di sebuah kawasan di Sikamat di Serem...
Zahid Didesak Lagi Untuk Lepaskan Jawatan Presiden Umno

Zahid Didesak Lagi Untuk Lepaskan Jawatan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 235 hits
Semakin ramai akar umbi Umno mula berani mendesaj supaya Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai presiden parti Jika sebelum ini Ketua Pemuda Umno Pontian Helmi Buang Ketua Pemuda Umno Seremban dan mahu Ahmad Zahid kali ini Ketua Umno...
Umno Paya Besar Gesa Zahid Hamidi Lepas Jawatan Demi Bangsa Dan Kepentingan Parti

Umno Paya Besar Gesa Zahid Hamidi Lepas Jawatan Demi Bangsa Dan Kepentingan Parti

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 272 hits
KUANTAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO demi bangsa kepentingan parti serta 3 6 juta ahlinya Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata ia berikutan kemelut pim...
Desak Zahid Letak Jawatan Hakis Kepercayaan Penyokong Umno Kata Penganalisis

Desak Zahid Letak Jawatan Hakis Kepercayaan Penyokong Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 221 hits
January 23 2021 Penganalisis berkata desakan supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan memberi persepsi negatif terhadap tahap tahap keyakinan akar umbi dan penyokong parti itu PETALING JAYA Penganalisis politik menyifatkan...
Demokrasi Umno Zahid Alu Alukan Cabaran Jawatan Presiden Lagi Ramai Bertanding Lebih Baik

Demokrasi Umno Zahid Alu Alukan Cabaran Jawatan Presiden Lagi Ramai Bertanding Lebih Baik

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 175 hits
Umno terbuka untuk mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu termasuk jawatan presiden yang kini disandang Dr Ahmad Zahid Hamidi Kata Ahmad Zahid Umno pernah menyaksikan dua jawatan tertinggi parti sebelum ini tidak ditandingi di bawah...
Umno Paya Besar Minta Zahid Letak Jawatan

Umno Paya Besar Minta Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 446 hits
Umno Paya Besar meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno demi bangsa Melayu kesetiaan dan kegigihan 3 6 juta ahli parti Desakan secara terbuka itu dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad ...
Bagan Datuk Paling Mundur Di Perak Enam Penggal Ahmad Zahid Buat Apa

Bagan Datuk Paling Mundur Di Perak Enam Penggal Ahmad Zahid Buat Apa

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 343 hits
malaysiadateline com Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikecam apabila mendakwa Parlimen Bagan Datuk yang diwakilinya sejak tahun 1995 itu sebagai kawasan paling mundur di Perak Rata rata warganet mempersoal apa yang Presiden Umno berkenaan ...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Boarding Pass Tak Mention Am Pm Pelajar Kolej Terlepas Flight Kerana Salah Waktu

Leadership Skills For Owners

Konsert Aku Muzik Kamu 2 0

Tomislav Steinbruckner Enggan Melatah

Kalendar 2025 Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah

Rukun Wuduk Niat Doa Selepas Wuduk