Semua Ini Salah Muhyiddin




Selepas hilang jawatan Menteri Besar di Johor, Bersatu kini terus dirundung malang di negeri Melaka dan Selangor.

Di Melaka, berikutan ketamakan menagih jawatan ketua kerajaan negeri, dua Adun Bersatu akhirnya diketepikan daripada Perikatan Nasional atau PN yang mana Ketua Menteri baru dijangka akan mengangkat sumpah esok.

Dengan itu, wakil Bersatu yang sebelum ini berada dalam kerajaan negeri, dengan sendirinya teralih kedududukannya di barisan pembangkang.

Tiada lagi jawatan Exco dalam kerajaan negeri Melaka untuk Adun Bersatu selepas ini.

Tidak lama selepas kejadian di Melaka, PH Selangor pula mengenepikan Bersatu daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

Susulan pembentuan kerajaan PN di pusat, penyingkiran wakil-wakil Bersatu di Selangor adalah melibatkan semua jawatannperingkat kerajaan negeri termasuk Exco, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Selain itu, peruntukan pembangunan kepada Adun Bersatu, termasuk untuk Azmin Ali dan Hilman Idham juga turut dibekukan oleh Menteri Besar Selangor.

Sebelum itu di Johor, berikutan keghairahan Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan sokongan daripada UMNO, beliau telah mengarahkan Adun Bersatu di negeri itu keluar daripada PH.

Berikutannya, kerajaan PH tumbang di negeri itu dan diambil alih oleh PN yang kemudiannya Adun Benut daripada UMNO, Hasni Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baru.

Dalam erti kata lain, dalam kes Johor ini Muhyiddin ibarat menggadaikan kuasa Bersatu di negeri itu kepada UMNO demi mencapai cita-citanya menjadi Menteri Besar.

Bermakna, sehingga ini selain hilang jawatan Menteri Besar di Johor, Bersatu turut disingkirkan dalam kerajaan negeri Melaka dan Selangor.

Dua negeri lain yang berpotensi untuk Bersatu turut hilang kuasa selepas ini ialah di Perak dan juga di Kedah.

Siapa yang rugi akhirnya?

Dan siapakah penyebabnya?

Jawapan kepada dua persoalan di atas yang boleh diumpamakan seperti malang bertimpa-timpa kepada Bersatu itu tidak lain adalah kerana kerakusan Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tanpa berfikir panjang, telah membawa keluar parti itu daripada PH.

Walaupun memang impiannya untuk melangkau menjadi Perdana Menteri tercapai akhirnya, tetapi ada jadi kepada parti yang beliau sendiri menjadi presidennya?

Selain hilang kuasa di banyak negeri dan berbalah dengan Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu, parti itu kini juga seperti terbelah dua tanpa haluan yang pasti.

Untuk PRU akan datang, dalam keadaan Bersatu yang caca marba seperti sekarang ini, apakah Muhyiddin dapat memberi jaminan parti itu akan terus mendapat sokongan pengundi?

Lebih daripada itu, bersama Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai pengkhianat, pengundi-pengundi yang memenangkan PH dalam PRU14 lalu juga turut memanggilnya dengan gelaran yang sama.

Sebagai anak ulama yang agak dikenali ramai di Muar, tidak malukah Muhyiddin dengan gelaran yang diterimanya sekarang ini? (ShahbudinHusin 05/03/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/semua-ini-salah-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dipertanggungjawab Terhadap Semua Jabatan Sehingga Lantikan Kabinet

Muhyiddin Dipertanggungjawab Terhadap Semua Jabatan Sehingga Lantikan Kabinet

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 328 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertanggungjawabkan terhadap semua jabatan kerajaan Persekutuan dan perkara di bawah tanggungjawab jabatan itu sehingga pelantikan menteri lain da...
Semua Salah Umno Dan Pas Ke Soal Najib

Semua Salah Umno Dan Pas Ke Soal Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pihak pihak yang menuding jari kepada Barisan Nasional ekoran runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan Dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya pagi ini Najib memperso...
Semua Kem Azmin Dapat Jawatan Dalam Kabinet Muhyiddin

Semua Kem Azmin Dapat Jawatan Dalam Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 283 hits
Kurang sebulan daripada Langkah Sheraton yang menyaksikan tumbangnya kerajaan PH senarai kabinet baru kerajaan Perikatan Nasional yang diumum hari ini menyaksikan semua pemimpin dari kem bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyand...
Saya Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia Muhyiddin

Saya Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 406 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau adalah Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah katanya dalam ucapan yang disiarkan secara lang...
Saya Manja Dengan Abang Ipar Saya Semua Tak Salah Chacha Maembong

Saya Manja Dengan Abang Ipar Saya Semua Tak Salah Chacha Maembong

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 1487 hits
Beberapa minggu lalu netizen digemparkan dengan gambar pelakon Chacha Maembong dicium abang iparnya di bahagian pipi kanan ketika majlis pernikahan kakaknya Emma Maembong Saya manja dengan abang ipar saya semua tak salah Chacha Maembong
Want To Bury Dap Here S How Najib Tells Muhyiddin

Want To Bury Dap Here S How Najib Tells Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 282 hits
Najib Razak has given the new Muhyiddin Yassin led government a tip on how it can bury DAP In a Facebook post the former prime minister said the new government only has to confirm the authenticity of leaked Malaysian Anti Corruption Commiss...
I Did Not Want To Be Prime Minister Muhyiddin

I Did Not Want To Be Prime Minister Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 289 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin says he had not desired to get the top post I only stepped forward to save the situation when both candidates for prime minister did not get majority support from the Dewan Rakyat Muhyiddin said in a televise...
Zahid Met Muhyiddin Briefly But Aide Says It Was An Unofficial Meeting

Zahid Met Muhyiddin Briefly But Aide Says It Was An Unofficial Meeting

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 240 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi did meet briefly with Tan Sri Muhyiddin Yassin before the Prime Minister left for Muar says an aide The Umno president s special officer Jailani Harun confirmed there was an unofficial meeting bet...
Prosecution Applies To Cite Zahid For Contempt Over Meeting With Muhyiddin

Prosecution Applies To Cite Zahid For Contempt Over Meeting With Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 342 hits
The prosecution in Ahmad Zahid Hamidi s CBT and corruption trial wants the High Court to cite him for contempt for making a false statement KUALA LUMPUR The prosecution in Ahmad Zahid Hamidi s criminal breach of trust and corruption trial h...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Bayou Lagoon Park Resort

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Cikbunga Menunaikan Umrah

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Mayat Lelaki Tergantung Dan Berulat Di Jalan Sultan Ismail

Pahang Terapkan Sistem Pengurusan Risiko Rasuah Sistem Pengurusan Risiko Rasuah Di Jabatan Kerajaan

Sah Keluar Dnb U Mobile Beri Jaminan Perkhidmatan 5g Sedia Ada Tidak Akan Terjejas

The Forgotten Innovations Of The Islamic Golden Age