Sempena Anniversary Ke 9 Datuk Lee Chong Wei Imbau Detik Cem4s L4mar Isteri Adakah Saya Tak Cukup Kacak Untuk Awak
Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-9, Datuk Lee Chong Wei mengimbau semula detik lam4ran yang dilakukan oleh dirinya terhadap isteri tercinta, Datin Wong Mew Choo. Menurut Lee Chong Wei, detik indah tersebut tidak pernah hilang daripada ingatannya sehingga ke hari ini.
Saya tidak tahu bagaimana untuk bermimpi. Sehinggalah saya bertemu dengan awak. @wongmewchoo. Bertahun-tahun yang lalu, saya mel4mar anda di Gold Coast. Detik itu merupakan saat yang paling gem3ntar dalam hidup saya. Saya berlatih dan menghafal ayat lam4ran berkali-kali namun, apabila saya membuka mulut, semuanya nampak terg4gap dan tidak sama apa yang diracang sebelum itu.
Hati saya gvgur apabila awak mendiamkan diri tatkala saya melontarkan soalan itu. Adakah saya tidak cukup baik untuk awak? Adakah saya tidak cukup kacak untuk awak? Saya tengok cermin setiap hari. Walaupun muka saya tidak sama seperti Andy Lau, tetapi boleh la cari makan. Tetapi nasib baik, selepas berhenti seketika, anda men4ngis dan berkata ya! Kami berpelukan. Dan kami men4ngis bersama-sama.
Menurut Lee Chong Wei, beliau mel4mar isteri tercinta di Gold Coast, Australia. Pada masa tersebut, beliau sangat gem3ntar sehingga tidak dapat berkata-kata seperti yang dirancang pada awalnya. Namun begitu, perasaan gem3ntar tersebut berubah menjadi gembira apabila lam4rannya telah diterima oleh Wong Mew Choo.
View this post on Instagram A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)
Jelas Lee Chong Wei lagi, sehingga ke hari ini beliau masih mencvbit diri sendiri dan tidak percaya bahawa mereka sudah bersama selama 9 tahun. Lebih gembira, sepanjang tempoh perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki yang kacak. Sebagai suami, Lee Chong Wei tidak sabar untuk meneruskan kehidupan bersama isteri buat selama-lamanya sehingga ke akhir n4fas.
Baiklah, saya akan tunaikan janji itu. Saya akan mencvri matahari dari langit untuk anda, jika anda mahu saya. Selamat ulang tahun ke 9, laopo. Tahun depan 10 tahun ya? Mari rancang ulang tahun paling romantis. Semoga situasi c0vld semakin pulih. Saya sudah mengimpikan Bora Bora atau Tasik Louise.
Di akhir posting, Lee Chong Wei berharap situasi C0vldl9 di seluruh dunia semakin pulih. Mereka sekeluarga tidak sabar untuk bercuti di Bora-Bora dan Tasik Louise. Lee Chong Wei sempat berseloroh di mana beliau akan membeli ikan siakap dari Pulau Langkawi sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Oh Bulan
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/11/sempena-anniversary-ke-9-datuk-lee.html