Jangan Malu Cakap Saya Sayang Awak Bapa Ini Pesan Bila Isteri Pergi Ini Kenangannya


“Selagi pasangan ada depan mata, hargailah! Bila salah seorang tiada, baru kita akan rasa betapa sunyi tanpa insan yang kita sayang.” Ini yang diluahkan oleh Encik Khairul Abdullah, bapa kepada tiga anak lelaki yang membesarkan anak bersendirian setelah pemergian isteri pada Ogos 2019.
Jangan malu tunjuk kasih sayang
Menerusi perkongsiannya dalam Webinar Simpan SSPN x Pa&Ma, Detik Indah Bersama Si Manja, Encik Khairul Abdullah menitipkan beberapa pesanan kepada pasangan suami isteri agar jangan malu untuk menunjukkan kasih sayang.

“Macam saya sendiri, rasa rugi sangat tak ada banyak memori seperti video atau gambar dengan isteri. Sebelum ini kita rasa benda tu tak penting sangat, tapi bila isteri pergi dulu, rindu itu benar-benar buatkan hati ini sedih.
“Saya akui, bila rasa sedih sangat dan teringat arwah isteri, memang saya akan menangis. Walaupun orang kata tak elok tunjuk kesedihan depan anak tapi bagi saya cara ini tak salah.
“Ini seperti saya nak meluahkan pada anak, dan anak pun tak malu-malu untuk luahkan perasaannya. Selain itu jika anak-anak rindu ibunya, saya akan cepat-cepat peluk mereka,” katanya.

Semangat arwah isteri
Menurut Encik Khairul atau mesra dipanggil Super Daddy, kekuatannya membesarkan tiga anak adalah melalui semangat arwah isteri. Walaupun anak sulung saya seorang autism, tapi setakat ini masih lagi boleh urus walaupun ada ketikanya rasa ‘burn out’.
“Saya sanggup berhenti kerja selepas isteri pergi dan bekerja sendiri semata-mata nak urus anak. Sebab jika saya masih berkerja makan gaji, memang tak mampu nak urus sendiri dan mungkin terpaksa hantar ke kampung.
“Apabila difikirkan semula, dan ingat pesan isteri supaya membesarkan anak dengan tangan sendiri, saya nekad berhenti dan alhamdulillah rezeki untuk mereka tak putus walaupun saya melepaskan kerjaya pada gaji yang dah selesa.

“Saya nak anak-anak rapat dengan saya. Jadi bila kita ikhlas, tak semena-mena rezeki kami anak beranak sentiasa Allah permudahkan. Syukur sangat!,” kongsinya.
Arwah isteri banyak persiapkan diri jadi ayah hebat
Tambah Super Daddy ini lagi, dirinya sangat beruntung kerana sepanjang arwah isteri ada, arwah seorang yang sangat teliti. Saya tak kekok nak uruskan anak lepas dia pergi. Sebab masa arwah ada, dia dah biasakan saya buat kerja rumah dan urus anak. Alhamdulillah juga, bab memasak pun saya tiada masalah.
“Lagi satu, dia juga telah siap-siap buat simpanan untuk anak kami. Cuma yang dia tak sempat buat adalah tabungan pendidikan saja. Tapi lepas pemergiannya saya ambil keputusan membuka tabung pendidikan anak-anak demi masa depan. Sebabnya saya tak nak, bila saya juga dijemput ilahi, anak-anak terbiar. Sekurangnya bila ada tabungan, waris yang akan uruskan boleh guna untuk keperluan mereka,” ujarnya.
Dalam nada sebak, Encik Khairul turut berpesan pada suami-suami, jika isteri minta bantu, bantulah. Jangan berkira sebab kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Mana tahu kalau isteri pergi dulu, disebabkan kita tak biasa urus anak dan rumah tangga, terus  hilang arah.
Jadi tak salah jika isteri nak persiapkan suaminya untuk sama-sama uruskan rumah tangga. Ambillah ini sebagai yang positif.

Hampir nak cederakan diri sebab rasa stres 
Sementara itu, ketika menjawab soalan mengenai pengalaman menjaga anak ketika musim PKP, Encik Khairul menjelaskan pengalaman itu sangat strugle buatnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Tahun 2020 ketika PKP kali pertama, saya sampai tahap anxiety kerana terlalu stres dan tak boleh nak keluar rumah buat aktiviti seperti biasa. Sampai rasa stres nak pitam, sakit dada, muntah-muntah dan bangun tidur rasa berpusing.
“Apabila jumpa doktor dan beritahu saya anxiety barulah saya mula belajar untuk kawal keadaan. Mana tak nya masa ni lah kita nak buat kerja, anak pulak buat hal macam-macam dalam rumah. Boleh bayangkan bagaimana suri rumah urus anak-anak.
“Apabila tahun kedua PKP, dah boleh urus dengan baik dan kurang rasa stres. Mujur juga saya cepat jumpa doktor. Kalau biar dan berterusan tak tahulah macam mana kesudahannya
“Saya nak nasihatkan kepada suri rumah jika ada perasaan ni, mintalah suami bantu. Tak ada istilah suri rumah goyang kaki. Kadang nak duduk 15 minit pun tak sempat,” kongsinya.

TIPS SUPER DADDY BUAT PASANGAN SUAMI ISTERI
1) Bantulah isteri. Isteri tak harap suami bagi duit banyak. Sebaiknya banyak kan bantu urus rumah tangga dan anak.
2) Jangan malu nak cakap “Saya Sayang Awak.. Abang Sayang Awak”. Suami isteri kena selalu beritahu, biarpun dah kahwin lama. (Ini saya rasa ralat sangat sebab kurang beritahu pada arwah isteri)
3) Banyak ambil video dan gambar sebagai kenangan. Simpanlah  untuk kenangan sebab benda ni tak boleh ulang balik dah bila salah seorang dah tak ada.
4) Sediakan kewangan untuk pasangan kita. Contoh ambil takaful atau apa yang patut sebagai persediaan untuk pasangan kita besarkan anak-anak. Ni bukan untuk suami saja tapi isteri pun kena buat jika mampu.
5) Sediakan fail setiap anak, jangan rahsiakan nombor akaun, pasword. Kongsikan juga nombor pin bank atau apa saja yang patut kita kongsi dengan pasangan. Sebabnya bila kita dah pergi dulu, semua urusan akan jadi lebih mudah. Tak payah nak sembunyi apa-apa dengan pasangan.
Nak tahu lanjut mengenai perkongsian Encik Khairul Abdullah ini, boleh klik video dibawah ini:

 
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Jangan Malu Cakap “Saya Sayang Awak”. Bapa Ini Pesan Bila Isteri Pergi Ini Kenangannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-malu-cakap-saya-sayang-awak-bapa-ini-pesan-bila-isteri-pergi-ini-kenangannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sama Ada Dia Bapa Abaikan Anak Anak Atau Simply Bebal Dr Say Tegur Jangan Ambil Mudah Isu Depresi Isteri

Sama Ada Dia Bapa Abaikan Anak Anak Atau Simply Bebal Dr Say Tegur Jangan Ambil Mudah Isu Depresi Isteri

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 398 hits
Doktor dan pengacara Dr Say Shazril menasihatkan para suami agar tidak mengambil mudah isu depr3si isteri Dr Say mengulas perkara itu berdasarkan tularnya seorang individu lelaki memberikan komen berbaur biad4p terhadap video seorang suri r...
Jangan Fitnah Suami Dah Minta Maaf Isu Lelaki Maki Pak Guard Si Isteri Tampil Beri Penjelasan Dari Pihak Mereka

Jangan Fitnah Suami Dah Minta Maaf Isu Lelaki Maki Pak Guard Si Isteri Tampil Beri Penjelasan Dari Pihak Mereka

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 487 hits
Macam2 hal Macam2 hal Sejak semalam media sosial hangat memperkatakan mengenai tindakan seorang lelaki yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan sebuah apartment di ibu kota kerana tidak menjaga anaknya Kejadian tersebut mula hangat se...
Betul Tapi Jangan Cakap Saja

Betul Tapi Jangan Cakap Saja

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 259 hits
A KADIR JASINBetul sangat sangat slogan Belanjawan 2022 Tengku Zafrul Abdul Aziz iaitu Dari Rakyat Untuk Rakyat Kerajaan kutip cukai daripada rakyat Tapi tak cukup Kerajaan jangka kutip RM234 bilion tapi belanja RM332 1 bilion Tak cukup den...
Jangan Biar Isteri Diam Lama Lama Jadikan Teman Bercerita Macam Bff Hilangkan Stress

Jangan Biar Isteri Diam Lama Lama Jadikan Teman Bercerita Macam Bff Hilangkan Stress

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 248 hits
Suami mana yang tidak risaukan keadaan isterinya Isteri yang selalunya ceria tiba tiba hilang mood untuk bercakap jadi makin sensitif dan sebagainya Jangan biarkan sebaliknya cubalah dekati isteri secara baik Parenting Influencer turut sama...
Mak Cik Dan Pakcik Jangan Percaya Cakap Lebai Nak Auta Ya Depa Tak Faham English

Mak Cik Dan Pakcik Jangan Percaya Cakap Lebai Nak Auta Ya Depa Tak Faham English

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 227 hits
Syok walaun kongsi gambar ni Katanya PAS tak salah Kerajaan PH DAP yang luluskan TIMAH tahun 2019 Tu sebab saya selalu cakap nak berhujah kena pakai fakta dan data Saya mohon jelaskan Date of application and Date registered sama tarikh 6 Og...
Bapa Yang Tolong Jaga Anak Tak Akan Cakap Kerja Suri Rumah Tu Senang Dr Say Kongsi Pengalaman Jaga 2 Anak Bukan Mudah

Bapa Yang Tolong Jaga Anak Tak Akan Cakap Kerja Suri Rumah Tu Senang Dr Say Kongsi Pengalaman Jaga 2 Anak Bukan Mudah

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 501 hits
Baru baru ini tular seorang lelaki memperlekehkan emosi suri rumah yang kepenatan akibat menjaga bayi Kisah tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah doktor selebriti Dr Say Menurut perkongsian Dr Say di laman instagram dia sangat tidak...
Suami Selalu Sayang Bertahun Kahwin Tak Pernah Kurang Ini Rahsia Isteri Kena Tahu

Suami Selalu Sayang Bertahun Kahwin Tak Pernah Kurang Ini Rahsia Isteri Kena Tahu

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 267 hits
Nak bahagia mudah sahaja kita perlu saling menghargai dan menjaga hati Seperti mana isteri menginginkan layanan yang baik dari suami begitulah juga yang perlu kita buat untuknya Sama sama berbuat baik jadi pasangan pun terasa dihargai Maka ...
Suami Jangan Kedekut Kalau Nak Rezeki Murah Tak Patut Berkira Dengan Anak Isteri

Suami Jangan Kedekut Kalau Nak Rezeki Murah Tak Patut Berkira Dengan Anak Isteri

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 311 hits
Berkira kira untuk berbelanja pada anak dan isteri sememangnya perlu dielakkan oleh suami Tak ada salahnya jika ada rezeki lebih untuk dikongsikan bersama anak isteri Jangan kedekut Perkongsian yang sering berkongsi mengenai permasalahan ru...
Dato Zaharin Jangan Serah Tanah Kat Dap Walau Seinci Umno Kah Kah Cakap Pakai Perut Tak Pakai Otak

Dato Zaharin Jangan Serah Tanah Kat Dap Walau Seinci Umno Kah Kah Cakap Pakai Perut Tak Pakai Otak

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 271 hits
DATO ZAHARIN JANGAN SERAH TANAH KAT DAP WALAU SEINCI UMNO MULA LANCAR ISU PERKAUMAN SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH KREDIT TO FB ZAHARIN MOHD YASSIN
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara