Semoga Wanita Kaabah Bekas Suami Bahagia Dai Farhan Lafaz Cerai Isteri Pertama Guna Whatsapp



Belum reda dengan isu angka 18 dan 19, kini timbul isu penceraian Dai Farhan sah ceraikan isteri pertamanya. Dikatakan isteri pertama itu kini sarat mengandung anak kedua kepada pasangan tersebut

Bagaimanapun, satu kiriman sebentar tadi oleh bekas isteri Dai Farhan, Fatin Nurul Ain di laman Facebooknya mengenai luahan hatinya

Menurut dalam kiriman tersebut, Dai Farhan sudah menceraikannya dengan talak satu melalui aplikasi kiriman ringkas Whatsapp pada hari Selasa lalu

Jangan segera menghukum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

1. Kita merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan ialah perancangan dari Allah. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya

2. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa pada 19 February 2015 berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019

“Penulisan saya ini untuk mempertahankan maruah saya”
3. Saya menerima takdir ini dengan sepenuh hati walaupun secara fitrahnya tiada isteri yang juga bergelar ibu berkehendak perkara ini terjadi lebih-lebih lagi sebelumnya saya menerima kehadiran orang ke-3 dalam hidup keluarga kami

4. Tulisan saya kali ini bukan untuk menyatakan perasaan saya atau untuk menagih simpati sesiapa kerana saya sentiasa bergantung harap pada Allah dan keluarga saya yang sentiasa berdiri teguh dibelakang saya. Namun, tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz

“Tiada tindakan yang boleh kata saya seorang nusyuz”
5. Seorang isteri dikira nusyuz apabila ingkar atau menderharkai suaminya tanpa sebab munasabah. Dan seorang suami juga dikira nusyuz apabila melakukan kezaliman terhadap isteri. Justeru, berdasarkan definisi ini, saya ingin nyatakan tiada pun tindakan saya yang boleh mengatakan bahawa saya ini nusyuz.


6. Amat berat untuk saya menerima dakwaan seperti ini begitu juga ahli keluarga yang lain kerana ianya mencemar maruah seorang wanita

7. Jika benar ingin menyatakan saya nusyuz eloklah membawa kes dengan mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah atau Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam bagi mensabitkan seorang isteri itu nusyuz. Biarlah pihak berautoriti yang mengadili. Mahkamah akan mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Bukan hanya satu pihak membuat dakwaan dan terus membuat hukuman sesuka hati

8. Untuk makluman, bagi tuntutan sabitan nusyuz yang difailkam dengan alasan isteri tidak mentaati suami, pihak mahkamah terlebih dahulu akan mengeluarkan perintah kembali taat dalam tempoh yang sesuai kepada pihak isteri. Jika tempoh masa yang diberikan itu berakhir tetapi isteri masih tidak menuruti perintah mahkamah itu, barulah mahkamah mengistiharkan atau mensabitkan isteri itu nusyuz

9. Amat malang bagi diri saya, kerana saya menerima hukuman “nusyuz” ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berhadapan dengan respon masyarakat yang pelbagai

10. Soal saya diceraikan, itu bukanlah perkara yang ingin saya fokuskan kerana sudah takdir jodoh kami sampai di sini. Namun, saya berharap dengan tulisan saya ini dapat sedikit sebanyak mengubati hati keluarga saya yang tidak mampu melihat anak atau kakak mereka dimalukan dengan dakwaan berat (nusyuz) ini sehingga diceraikan tanpa bertentang mata dan melalui saluran mahkamah yang sepatutnya

“Telah buat laporan polis”
11. Berkenaan report polis yang dibuat oleh saya atas nasihat ahli keluarga biarlah pihak polis yang menguruskannya. Segala laporan tersebut saya sendiri yang menyatakannya kerana sayalah orang yang mengalami dan melaluinya. Merasa diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan saya menerima saranan dari keluarga untuk membuat laporan polis. Laporan tersebut bukan untuk menghukum tetapi untuk keselamatan diri saya

“Semoga ‘wanita kaabah’ dan suami saya berbahagia selamanya”

12. Saya sedar, keadaan berlaku ini banyak mencalar imej saya dan bekas suami serta ahli keluarga. Namun, kami perlu menerimanya sebagai ujian dari Allah ini. Siapakah yang berkehendak untuk menjadi perhatian masyarakat dalam hal seperti ini. Apa yang telah berlaku, biarkanlah berlalu dan yang akan datang itulah perkara yang perlu saya fokuskan kerana hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya

13.Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya. Biarlah pihak keluarga kami uruskan dengan tenang tanpa mendapat perhatian media dan dari semua pihak. Bagi kami masa untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik

14. Kes yang berlaku ini, tidaklah menghilangkan kebaikan bekas suami saya sebelum ini. Saya tidak mahu memburukkan atau menyalahkan sesiapa. Hal berlaku ini adalah ujian buat diri saya dan keluarga saya. InshaaAllah kami akan harungi dengan bergantung penuh pengharapan kepada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihi

“Ambillah kisah hidup saya sebagai pengajaran”
15. Nasihat saya buat para isteri di luar sana, peliharalah keluarga kita dengan berbekalkan iman dan taqwa. Hanya dengan berbekalkan iman dan taqwa Allah akan memelihara bahtera rumahtangga kita agar sentiasa berada dalam keadaan mawaddah, sakinah dan saadah. Mungkin ujian saya hadapi ini untuk saya fokus mengkuhkan iman dan taqwa dalam diri saya

16. Ambillah kisah saya ini untuk dijadikan pengajaran bukan untuk diserang atau dihina dan sebagainya. Hanya pada Allah saya bertawakal dan inshaaAllah akan terus berusaha mempertahankan hak saya


Sumber: Fnama Fatin via Siakapkeli.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/12/semoga-wanita-kaabah-bekas-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dai Farhan Cerai Isteri Pertama Berbulan Madu Dengan Isteri Kaabah Di China

Dai Farhan Cerai Isteri Pertama Berbulan Madu Dengan Isteri Kaabah Di China

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1444 hits
Belum pun habis troll masyarakat mengenai angka 18 membawa ke 19 yang menjadi jenaka di kalangan masyarakat selepas Dai Nik Ahmad Farhan memaklumkan pintu hatinya terbuka untuk beristeri dua kerana pertemuan itu berlaku di Kaabah dan diberi...
Semoga Wanita Kaabah Bekas Suami Bahagia Selamanya

Semoga Wanita Kaabah Bekas Suami Bahagia Selamanya

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 788 hits
Segala spekulasi pendedahan oleh seorang peguam mengenai rumah tangga Da i Nik Farhan akhirnya terjawab apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri The post appeared first on
Hiburan Da I Farhan Bahagia Sudah Bercerai Bekas Isteri Maafkan Tapi Tak Mampu Melupakannya

Hiburan Da I Farhan Bahagia Sudah Bercerai Bekas Isteri Maafkan Tapi Tak Mampu Melupakannya

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 722 hits
Tak habis lagi kemelut rumah tangga yang melibatkan Da i Farhan serta bekas isteri dan isteri barunya Kebanyakan netizen yang mengikuti kisah ini nyata menyelar tindakan tidak bertanggungjawab penceramah terkenal tersebut Menerusi kenyataan...
Wanita Itu Menfitnah Kerana Saya Larang Isteri Ambil Asb Financing Dan Beli Rumah Dari Dia Dai E Farhan

Wanita Itu Menfitnah Kerana Saya Larang Isteri Ambil Asb Financing Dan Beli Rumah Dari Dia Dai E Farhan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 944 hits
SOSMED Semalam seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al Maliki telah menulis satu surat terbuka yang ditujukan khas buat Daie Farhan di Facebooknya Menurut wanita itu Daie Farhan adalah ustaz yang menunggang agama untuk kepentingannya s...
Berakhirnya Perkahwinan Saya Selepas Hadirnya Wanita Kaabah Bekas Isteri Da I

Berakhirnya Perkahwinan Saya Selepas Hadirnya Wanita Kaabah Bekas Isteri Da I

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 380 hits
Selepas Da i Farhan mengesahkan lafaz cerainya terhadap isteri pertama Fatin Nur Ain menerusi pesanan suara di WhasApp semalam wanita tersebut telah tampil menjelaskan apa yang berlaku di Facebook miliknya Spekulasi penceraian Da i Farhan d...
Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 531 hits
Bernikah dengan seorang lelaki bukan dengan dia sahaja kita bertaut kasih Harus belajar menerima keluarganya juga Terutamanya ibu mertua Sentiasalah hormati ibunya seperti mana kita menjaga perasaan emak sendiri Artikel Menarik Ada masanya ...
Wanita Yang Ditinggal Suami Karena Bayinya Cacat Akhirnya Gugat Cerai

Wanita Yang Ditinggal Suami Karena Bayinya Cacat Akhirnya Gugat Cerai

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 247 hits
Seolah kehabisan kesabaran Dina Oktavia akhirnya menggugat cerai sang suami Ia kehilangan harapan setelah sang sang suami juga tidak menerima bayinya yang terlahir cacat Dina dan suaminya Muhammad Abdul Azis menikah pada 2018 Ia sempat ting...
Dasar Suami Tak Guna 4 Tahun Hilang Isteri Sangka Suaminya Dah Mati Rupanya Kahwin Dengan Jiran Sebelah Rumah

Dasar Suami Tak Guna 4 Tahun Hilang Isteri Sangka Suaminya Dah Mati Rupanya Kahwin Dengan Jiran Sebelah Rumah

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 819 hits
The ReporterApalah nasib seorang isteri di Madura Indonesia selama empat tahun menyangka suaminya telah hilang rupa rupanya lelaki itu ada berdekatan dengannya selama ini Malah suaminya telah berkahwin dengan perempuan lain Si isteri yang h...
Hukum Isteri Minta Cerai Kerana Suami Tidak Solat

Hukum Isteri Minta Cerai Kerana Suami Tidak Solat

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 365 hits
SOALAN Apakah hukumnya saya memohon perceraian sebab suami tidak solat Dan saya nak failkan perceraian atas sebab tersebut JAWAPAN Solat merupakan tiang dan asas dalam agama Tanpa pegangan agama maka akan goyahlah kehidupan manusia Solat ju...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation