Semoga Allah Berkati Mereka Yang Benar Berusaha


 
Asyraff Jeffry


Terbaca artikel Ebit Lew tidak bayar sewa rumah dan bil utiliti yang dijanjikan kepada bekas gelandangan sampai gelandangan tersebut kembali ke jalanan semula selepas dihalau oleh pemilik rumah di atas kegagalan membayar sewa.
.


Wallahua’lam, saya tidak tahu betul atau tidak dan apa perjanjian antara mereka. Itu urusan mereka berdua. Cuma, saya nak cerita kepada anda, begitulah perangai sesetengah orang miskin. Mereka sudah dibantu tapi tidak ingin bantu diri sendiri.
.


Bayangkan, rumah sudah disediakan, sesetengah kelengkapan rumah sudah dibeli, hanya tinggal keluar rumah, cari kerja. Saya percaya pihak Ebit Lew bayar rumah tersebut sekurang-kurangnya lima bulan yang mana itu adalah satu tempoh yang lebih dari mencukupi untuk cari kerja dan berdikari.
.


Saya jumpa ramai orang miskin sebegini. Mereka suka merungut,daif dan tidak berdisiplin. Yang pelik, mereka ada smartphone dan internet untuk DM NGO minta bantuan walhal anak tidak dihantar ke Sekolah.
.


Ada satu keluarga di Kota Bharu,pernah dapat liputan media, tidak dapat elektrik lebih 16 tahun! Saya ke rumahnya. Memang daif. Kami bersembang di luar rumah. Anaknya yang berumur anggaran 2-3 tahun datang bermain di kaki dengan pisau, dia hanya tengok dan terus sambung berbual dengan kami.
.


“Anak-anak yang besar gi mano kak?”
.


“Lepas habis sekoloh biaso kak hata dia gi umoh adik. Mitok tolong adik jago sebab kak penat. Kak bayar la ngupoh sikit.”
.


Eh? Dia mesej minta bantuan bagitahu duit makan harian tiada tapi boleh bayar pengasuh? Saya tanya lagi, katanya rumah tiada elektrik lebih dari 16 tahun tapi bagaimana dia cas Smartphone? 
.


“Kak tupe cas kat restoran nuh. Bayar dio siya (RM1) sekali cas.”
.


Asalnya nak bagi RM100 tapi lepas bersembang panjang, kami hulur RM50 sahaja. Pernah sekali kami panggil dia datang ambil makanan di Free Market bulan Ramadan di Kota Bharu. Lepas dapat makanan, dia tanya,” ni jah ko? Takdok ko benda-benda lain sekali?”
.


Memang ada orang miskin sebegini. Tapi ada juga mereka yang ‘terpaksa’ miskin di atas sebab-sebab tertentu. Cuma golongan ini biasanya rajin dan berdisiplin. Mereka ingin keluar dari kepompong kemiskinan tetapi situasi dan keadaan tidak mengizinkan.
.


Ada satu keluarga yang saya kenal, lepas ada anak empat orang, suami keluar rumah dan tinggalkan mereka tanpa sebarang nafkah. Dia terpaksa jaga semua anak kecil sendirian. Ibu ayahnya juga tiada. Dia bangun pukul tiga pagi untuk buat kuih, letak di kedai-kedai ketika hantar anak ke sekolah. Kemudian balik buat kerja rumah, pukul 11 keluar ambil duit dan ambil anak. Selapas itu balik ke rumah semula untuk jaga anak yang lain. 
.


Semoga Allah merahmati mereka yang benar-benar berusaha.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/semoga-allah-berkati-mereka-yang-benar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Di Sekeliling Kita Adalah Amanah Daripada Allah Swt Untuk Dinilai Ke Mana Kita Bawa Mereka

Orang Di Sekeliling Kita Adalah Amanah Daripada Allah Swt Untuk Dinilai Ke Mana Kita Bawa Mereka

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 279 hits
Sahabat yang berhati mulia akan membawa kita ke jalan Allah Jadi jika berteman itu biarlah tercalit wangi akhlaknya dan terlekat pula harum imannya Rasulullah bersabda Seseorang itu adalah berdasarkan agama sahabatnya maka perhatikan Orang ...
Mereka Tanya Rumah Baru Sedang Diubahsuai Tindakan Son Yejin Hyunbin Pada Jiran Raih Pujian

Mereka Tanya Rumah Baru Sedang Diubahsuai Tindakan Son Yejin Hyunbin Pada Jiran Raih Pujian

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 511 hits
Bukan sahaja diminati sebagai pelakon berbakat malahan Son Ye jin dan Hyunbin turut disenangi ramai dek peribadi mereka ARTIKEL BERKAITAN Terbaru yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan rumah pengantin baru milik Hyunbin dan Son ...
Mereka Mahu Bunuh Saya Sanusi Dakwa Ucapan Diputar Belit

Mereka Mahu Bunuh Saya Sanusi Dakwa Ucapan Diputar Belit

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 502 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mendakwa ucapannya dalam ceramah di Selayang Selasa lalu diputar belit pihak tertentu untuk mendapatkan laba politik PETALING JAYA Sanusi Md Nor mendakwa ucapannya diputar belit dan digunakan pihak tertentu...
Mereka Sumbat Sampah Dalam Kasut Saya Jeon Somi Dedah Kisah Dibuli Ketika Di Zaman Sekolah

Mereka Sumbat Sampah Dalam Kasut Saya Jeon Somi Dedah Kisah Dibuli Ketika Di Zaman Sekolah

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 414 hits
Baru baru ini Jeon So mi mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah dahulu ARTIKEL BERKAITAN Pada 13 Julai Jeon So mi telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan Song Yoon ah by PDC di mana dia ada berkongsi kisahnya membe...
Walaun Kena Tipu Dengan Pimpinan Mereka

Walaun Kena Tipu Dengan Pimpinan Mereka

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 142 hits
Walaun kantoi Konon nak tunjuk harga barang tak turun Dia lupa pemimpin dia yang terjerit cakap harga barang naik Kalau lebih kurang dengan tahun lepas maknanya harga tak naik la Maknanya pemimpin dia la yang menipu Betul tak Walaun kantoik...
Allah Sebaik Baik Perancang Bakal Bertiga Ogos Ini Isteri Remy Ishak Kongsi Momen Manis Kehamilan

Allah Sebaik Baik Perancang Bakal Bertiga Ogos Ini Isteri Remy Ishak Kongsi Momen Manis Kehamilan

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 240 hits
Bakal menimang cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi isteri kepada Remy Ishak Ezza Yusuf memuat naik video perjalanan cinta mereka sejak tujuh tahun bersama Dulu berdua dan kini bakal bertiga tidak lama lagi Ezza membingkiskan sebuah...
Walaun Lupa Wakil Mereka Di Parlimen Kuantan Asyik Tengok Baju Nurse Saja Kah Kah Kah

Walaun Lupa Wakil Mereka Di Parlimen Kuantan Asyik Tengok Baju Nurse Saja Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 175 hits
Fauziah Salleh post pasal harga minyak masak 5 kg yang dah murah Walaun tak suka Tak suka tu satu hal Dia pergi ungkit jalan raya di Kuantan Lupa ke wakil rakyat Kuantan sekarang orang PN Pergilah tanya dia Cakap dekat dia jalan nak sibuk p...
Hati Mereka Rasa Kurang Kasih Sayang Tak Perlu Marah Doktor Kongsi Tip Handle Anak Tantrum

Hati Mereka Rasa Kurang Kasih Sayang Tak Perlu Marah Doktor Kongsi Tip Handle Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 289 hits
Pelik betullah dia ni Dari tadi asyik buat perangai aje Semua benda tak kena Stres betul dibuatnya Memang perkara normal bila tiba tiba anak buat tantrum tanpa kita ketahui puncanya Sebenarnya dia cuma nak melahirkan perasaannya tapi tak ta...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Essential Japanese Dining Etiquette And Table Manners