Seminggu Banjir Video Kutuk Kelemahan Kerajaan Semakin Tular





 

Genap seminggu berlakunya banjir luar biasa di Selangor, klip video netizen menghentam kerajaan semakin banyak dikongsikan di media sosial.



Menunjukkan rasa tidak puas hati berterusan rakyat ke atas pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang lewat bertindak menyelamatkan mangsa banjir dalam 48 jam terawal.

Video paling kerap tular adalah persiapan menghadapi banjir Kerajaan Persekutuan apabila PM melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional pada 1 Oktober lalu.


Klip video tersebut memaparkan aset lengkap negara dari Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia yang membariskan lori, bot, kenderaan pacuan empat roda termasuk skil menuruni bangunan menggunakan tali oleh anggota penyelamat.


Namun di penghujung klip netizen menulis persoalan, di manakah aset yang telah dipersiapkan itu pada bencana 17 Disember lalu?









Satu lagi klip 1 minit 55 saat memaparkan luahan hati sukarelawan yang terlibat memberi bantuan bencana di Selangor. Mempersoalkan mengapakah pihak kerajaan tidak mengkoordinasi semua jentera yang ada sesegera mungkin sedangkan telah masuk hari keempat banjir.



"Saya sejujurnya beberapa hari ini penat tahan sabar, saya asyik pujuk hati jangan marah marah sangat kerajaan on your twitter, Instagram, tetapi dah empat hari kami menjalankan misi banjir dan saya banyak sangat soalan nak tanya kerajaan. Bila nak mulakan koordinasi nasional?


"Bomba, askar sampai langgar arahan untuk turun selamatkan rakyat. Ini tak sepatutnya berlaku. Kedua majlis pelancaran (misi bantuan banjir) dibuat besar besaran dengan banner, sewa dewan hotel, tetapi mana sukarelawan dari kerajaan? Mana bantuan yang sepatutnya kerajaan beri kepada rakyat?" soalnya.


Netizen itu juga menggesa agar kerajaan tolak ke tepi isu isu politik dan utamakan rakyat terlebih dahulu ketika bencana berlaku.




Manakala klip yang paling kontroversi berlegar di twitter menunjukan gambar PM melawat ke sebuah kampung yang dilanda banjir, menurunkan cermin tingkap kenderaan dan beberapa mangsa banjir mengadu mereka menumpang rumah jiran, banyak lagi mangsa di kawasan berhampiran.


"Kami tumpang di sini, banyak lagi di sana...... dalam situ. Dalam situ yang banyak," kata wanita separuh baya berkenaan. namun kenderaan yang membawa PM berlalu pergi.


PM dipersoalkan kerana tidak segera memberi arahan kepada NADMA, ATM, Bomba dan sebagainya untuk turun menyelamat pada 18 Disember apabila sesetengah kawasan di Shah Alam, air banjir telah melepasi paras pinggang dan di Klang separas dada, dan tidak mungkin mangsa boleh dikeluarkan oleh agensi Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah sebagaimana yang sering disebut oleh beliau apabila menyalahkan kelembapan Kerajaan Negeri.


Netizen juga mempersoalkan sekiranya permintaan Menteri Besar Selangor pada malam 18 Disember untuk menurunkan tentera segera ditanggapi oleh PM maka korban jiwa tidak akan sebesar sekarang.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/seminggu-banjir-video-kutuk-kelemahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Video Mangsa Banjir Pecah Masuk Kedai Cari Makanan

Tular Video Mangsa Banjir Pecah Masuk Kedai Cari Makanan

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 285 hits
Tular sebuah video memaparkan sekumpulan individu dipercayai mangsa terkandas banjir bertindak memecah masuk kedai serbaneka Menurut laporan Bernama pihak polis mengesahkan bahawa berlaku beberapa kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di ...
Hiburan Netizen Naik Geram Berikutan Tular Video Suami Baran Pecahkan Cermin Kereta Depan Anak

Hiburan Netizen Naik Geram Berikutan Tular Video Suami Baran Pecahkan Cermin Kereta Depan Anak

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 283 hits
Semalam sebuah video telah menjadi tular di media sosial Facebook berikutan tindakan seorang lelaki telah memecahkan cermin kenderaan yang dinaiki isterinya dan dua anak sehingga mencetuskan amarah dalam kalangan netizen yang melihatnya Aks...
Perbezaan Kerajaan Ph Dengan Bn Pn Tangani Banjir

Perbezaan Kerajaan Ph Dengan Bn Pn Tangani Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 311 hits
HASSAN ABDUL KARIM1 Bencana Pencemaran Udara di Pasir Gudang 13 Mac 2019Pada 13 Mac 2019 Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim memfailkan Usul di Dewan Rakyat supaya diadakan perbahasan di Parlimen tentang bencana Pencemaran udara d...
Hanya Yg Terlibat Dengan Banjir Langsung Dan Tidak Langsung Akan Kenal Hati Budi Serta Sikap Kerajaan Atau Pemimpin

Hanya Yg Terlibat Dengan Banjir Langsung Dan Tidak Langsung Akan Kenal Hati Budi Serta Sikap Kerajaan Atau Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 245 hits
Kali ini kerajaan dan pemimpin akan berdepan dengan realiti Dugaan pada rakyat yang jadi mangsa dugaan yang lebih besar ke atas pemimpin jika mereka curang tidak amanah dan tidak jujur kepada rakyat Yang jadi mangsa balaslah budi pada yang ...
Mangsa Banjir Dalam Kesusahan Kerajaan Harus Beri Rm10 Ribu Bantuan Kewangan

Mangsa Banjir Dalam Kesusahan Kerajaan Harus Beri Rm10 Ribu Bantuan Kewangan

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 248 hits
Banjir luar jangka yang berlaku di beberapa kawasan di Selangor serta negeri negeri lain boleh dikata sudah surut sepenuhnya sekarang ini Hanya tinggal beberapa kawasan di Pahang yang masih belum surut tetapi di negeri tersebut banjir yang ...
Kerajaan Pahang Umum Bantuan Khas Rm500 Kepada Setiap Ketua Keluarga Terjejas Banjir

Kerajaan Pahang Umum Bantuan Khas Rm500 Kepada Setiap Ketua Keluarga Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 264 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata ban...
Hasanuddin Kata Kerajaan Lembab Dalam Menguruskan Banjir

Hasanuddin Kata Kerajaan Lembab Dalam Menguruskan Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 268 hits
December 26 2021 Kerajaan dilihat tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam berdepan dengan situasi bencana alam Sebaliknya Ahli Parlimen Hulu Langat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berpendapat pertubuhan bukan kerajaan lebih cekap dan b...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia