Seminar Metamorphosis Oleh Afnan Rosli



Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan untuk menulis, alhamdulilah. Oklah, Rasanya isu ini masih hangat diperkatakan di media social. Mana kan tidak, ianya sampai melibatkan pihak mufti. Jadi tersangatlah besar isu ini. Isu apa ya? Ala, isu yang kata Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini ajar ajaran sesat. Katanya ilmu new age. Dan macam macam lagi.


Perkara ini dah pun mendapat perhatian dan pihak mufti sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini. Boleh rujuk bayan linnas mufti mengenai seminar metamorphosis ini ya.


Sebagai salah seorang peserta Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli di Melaka, aku tak terlepas juga daripada tuduhan ini. Ramai yang datang Tanya, kelas ini ajar tentang apa? Betul ke apa yang orang tulis dekat media social tu? Betul ke afnan rosli ni macam ini, macam itu? Eh! Macam-macam persoalan yang kawan kawan aku tanyakan.


Dan jawapan aku sama je pada siapa pun yang bertanya, kelas metamorphosis ni ajar tentang bahagia. Hahaha. Ya! Jawapan nya memang dia ajar kita hidup bahagia. Bunyi memang pelik, tapi inilah hakikatnya.


Dan dah pastilah ramai yang akan Tanya, dah kenapa kan bahagia pun nak di ajar. Tak ke pelik, seminar afnan rosli ni kalau buat, habis dalam beberapa minit je. Kalau bukak 1000 tempat duduk, habis dalam masa beberapa minit je. Percaya tak? Tolonglah percaya sebab inilah kenyataannya.


Dan seminar yang terakhir, seminar yang penuh kontroversi dah pun habis minggu lepas, seminar mega metamorphosis cancel.


Berbalik semula pada cerita Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini yang dikatakan ajar ilmu sesat. Apa yang aku boleh sampaikan daripada apa yang aku belajar adalah, dia ajar kita bersyukur dengan semua yang kita ada. Ini yang aku buat daripada habis kelas di Melaka sampailah ke hari ini.


Afnan rosli ajar tentang:


Bersyukur dengan setiap anggota tubuh badan kita. Kita masih ada nyawa. Kita ada tangan yang sempurna, ada kaki, ada mata, sempurna.


Kita masih ada tempat tinggal, buka mata masih ada bumbung, tidur atas katil yang selesa. Ada anak isteri di sebelah. Semua yang patut kita syukur.


Nak makan apa sahaja, semua boleh masak. Nak tukar tukar makan, boleh je beli dekat kedai. Itu syukur tahap tinggi dah tu. Kalau nak di bandingkan dengan saudara saudara kita dengan kawasan perang tu.


Kemudian syukur dengan semua benda sekeliling kita. Tengok pokok pun boleh menangis. Part ini lah yang mungkin ramai kata sesat. Kalau daripada aku sendiri, daripada apa yang aku belajar dekat Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini, rasa syukur sebab pokok pokok inilah yang menyinari kehidupan kita.


Cuba bayangkan kalau pokok tu semua warna putih? Berseri tak kehidupan kita ni? Cuba bayangkan kalau pokok pokok tepi jalan atau dekat mana mana tiada? Kan nanti panas je tak redup. Dan cuba bayangkan kalau pokok tiada? Daripada mana datangnya oksigen kan?


Yang sebenarnya, bukan takat tengok pokok je menangis. Aku tengok signboard pun aku menangis. Hahaha. Ahh! Kang orang cakap aku sesat pulak ni. Kenapa aku menangis? Sebab aku rasa syukur sangat sangat sebab aku boleh membaca. Tak seperti rakan rakan yang tak mampu membaca. Lebih sedih, mereka yang langsung tak pernah melihat. Jadi salahkah kalau kita bersyukur?


Banyak sangat nikmat yang Allah beri pada kita ni sampaikan kita terlupa nak ucapkan syukur. Dan inilah yang aku belajar dekat kelas metamorphosis dan amalkan sampai hari ini. Bersyukur dengan semua perkara.


Mungkin ada yang Tanya, itu part bersyukur. Macamana pula part meditasi? Travel ke umur 4 tahun semua tu. Terus terang aku beritahu, aku tak buat pun semua tu. Hahaha. Hidup kita ada pilihan kan. Pada aku mudah, kau yang pilih kau nak belajar tentang apa.


Katakan dalam seminar tu ada 10 module. Tak semua yang kau akan ambil dan Pratik. Mungkin kau ambil dalam 2 atau 3 module je. Percayalah. Yang lain mungkin kau akan ambil sebagai nota sahaja.


Tapi part meditasi tu, aku tak rasa pun ianya sesat kalau kau buat dengan cara yang betul. Contoh aku bagi, meditasi ini kiranya kau kosongkan fikirkan kau daripada fikir semua perkara. Tak semestinya kau kena duduk bersila sambil tangan kau terbuka ke atas. Kau boleh je duduk rilek, tenangkan diri dan pasang zikir (tak perlu pun pasang lagu 728Hz tu)


Tenang dan jangan fikir apa apa. Kosongkan fikiran. Dengar setiap bait bait zikir tu. Fungsinya untuk apa? Untuk ajar diri kau bertenang. Kadang hidup kita ini huru hara dek kerana masalah dunia. 

Terlalu kusut! Macam- macam kena fikir. Dan inilah caranya untuk kita ambil masa tenangkan diri. Adalah itu juga dikatakan salah? Kena sentiasa ingat ini, manusia yang tenang itu sentiasa menang.


Dan banyak lagi benda yang boleh dipelajari dalam Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini. Banyak asbab perubahan yang berlaku dalam diri aku sekarang ini bermula daripada kelas ini. Dan pastinya semua ini atas izin Allah jua lah.


Ini kalau aku nak tulis semua, rasanya boleh buat buku ini. Cumanya apa yang aku nak sampaikan, bersyukurlah dengan semua perkara. Daripada sebesar besar perkara hinggalah sampai ke sekecil kecil perkara. Berhentilah daripada menuduh dan berkata tidak baik pada orang lain.


Aku tak berkata bukan bukan pada mereka ya, cumanya apa yang aku nak sampaikan, mungkin mereka yang terlalu taksub itu yang menjadikan Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini Nampak macam terpesong walhal hakikatnya tidak.


Kami masih lagi berpegang kepada ajaran ahlus sunnah wal jamaah dan tetap berpegang kepada Allah yang satu. Semoga apa yang aku sampaikan ini, diterima dengan hati terbuka pada semua ya. Mohon maaf kalau ada penulisan yang menyakitkan hati sesiapa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2019/10/seminar-metamorphosis-afnan-rosli-sesat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Perlepasan Walk For World Peace 2019 Oleh Yab Dsu Hj Mukhriz Tun Mahathir Yb Senator Waytha Moorthy

Majlis Perlepasan Walk For World Peace 2019 Oleh Yab Dsu Hj Mukhriz Tun Mahathir Yb Senator Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 547 hits
Majlis Perlepasan Walk For World Peace 2019 oleh YAB DSU Hj Mukhriz Tun Mahathir YB Senator Waytha Moorthy Menteri Perpaduan di Taman Jubli Emas Turut serta YB Tan Kok Yew serta YB DR Summugam Rengasamy EXCO Kerajaan Negeri Kedah
4 Posisi Bercinta Yang Bisa Diterapkan Oleh Pasangan Dengan Perut Besar

4 Posisi Bercinta Yang Bisa Diterapkan Oleh Pasangan Dengan Perut Besar

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 212 hits
Pada mereka yang berbadan gemuk sejumlah posisi bercinta tak bisa diterapkan secara mudah Bahkan hal ini membuat mereka kesulitan dan bahkan hingga kesulitan
Perobohan Di Paya Jaras Itu Disokong Oleh Pas Sejak Awal

Perobohan Di Paya Jaras Itu Disokong Oleh Pas Sejak Awal

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 435 hits
PEROBOHAN PAYA JARAS ITU DISOKONG OLEH PAS SEJAK AWAL Perobohan Kampung Kedondong di Paya Jaras telah ditangguk oleh PAS kononnya nak tunjuk mereka membela nasib orang Melayu yg ditindas oleh kerjaaan negeri Pakatan Harapan Malangnya ini za...
Ini Komen Naim Daniel Bila Lagunya Dinyanyikan Oleh Orang Lain Semasa Abpbh32

Ini Komen Naim Daniel Bila Lagunya Dinyanyikan Oleh Orang Lain Semasa Abpbh32

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 248 hits
Korang tengok tak persembahan untuk penutup ABPBH32 daripada Ernie Zakri Liza Hanim dan dayu menyanyikan lagu Naim Daniel Sumpah tu Fuh dahsyat betul bila tiga orang ni bergabung kan Power betul A post shared by on Sep 22 2019 at 8 59am PDT...
7 Sebab Kenapa Penyatuan Ummah Dan Piagam Muafakat Nasional Perlu Disokong Oleh Rakyat Sabah

7 Sebab Kenapa Penyatuan Ummah Dan Piagam Muafakat Nasional Perlu Disokong Oleh Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 243 hits
1 DEMOKRASI Negara ini mengamalkan demokrasi Sesiapa pun boleh bergabung dalam mana mana platform politik atau massa asalkan ianya tidak menyalahi undang undang Hak itu dilindungi oleh perlembagaan negara DAP pernah bergabung dengan PAS PPB...
Checkup 15 Weeks Apa Yang Dilakukan Oleh Klinik Kesihatan

Checkup 15 Weeks Apa Yang Dilakukan Oleh Klinik Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 429 hits
Checkup ke 15 weeks mengandung Ina bertukar appointment ke Klinik Kesihatan kepada hari Khamis dan pada jam 2 petang Rasanya bila tukar ke petang barulah tak rushing pun Kali ni checkup berjumpa dengan doktor Walaupun petang appointment di ...
Sembilan Golongan Yang Tidak Akan Disapa Oleh Allah Swt Pada Hari Kiamat

Sembilan Golongan Yang Tidak Akan Disapa Oleh Allah Swt Pada Hari Kiamat

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 238 hits
Sembilan Golongan Yang Tidak Akan Disapa Oleh Allah SWT Pada Hari Kiamat Hari kiamat adalah sebuah kepastian yang akan terjadi tanpa pernah diketahui waktunya Meski pun begitu beberapa hal mahu pun peristiwa boleh dijadikan petanda hari kia...
Kandungan Baru 23 Minggu Tapi Abby Dah Tak Kuat Sampai Kena Pantau Oleh Doktor Rupanya Ini Terjadi Kepada Abby

Kandungan Baru 23 Minggu Tapi Abby Dah Tak Kuat Sampai Kena Pantau Oleh Doktor Rupanya Ini Terjadi Kepada Abby

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 406 hits
PELAKON Abby Abadi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada Ahad malam selepas mengalami tekanan darah tinggi Kandungan Baru 23 Minggu Tapi Abby Dah Tak Kuat Sampai Kena Pantau Oleh Doktor Rupanya Ini Terjadi Kepada Abby
Rekrutmen Perawat Oleh Lion Air Group Masih Terbuka Sampai Besok

Rekrutmen Perawat Oleh Lion Air Group Masih Terbuka Sampai Besok

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 360 hits
Senyumperawat com Dinas Tenaga Kerja Pemerintah Kabupaten Tangerang menyelenggarakan bursa kerja Dalam kesempatan ini ada perusahaan besar yang sedang mencari tenaga perawat Salah satunya rekrutmen perawat oleh Lion Air Group Kegiatan job f...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti