Seminar Menulis Sebagai Bisnes Ghostwriter
Menjadi seorang penulis merupakan salah satu cita-cita suatu ketika remaja dahulu. Saya ada sebuah buku sajak/puisi, menulis apa yang saya rasa, dan sangat teringin untuk ada buku sendiri sama ada fiksyen atau non fiksyen. Alhamdulillah, sudah ada tiga buku digital dan sebuah buku cerpen antologi yang mempunyai nama saya sendiri.
Untuk menjadikan cita-cita sebagai penulis dan menerbitkan buku masih jauh lagi.
Cuma cita-cita sekarang ini, dan pada masa ini sebagai ghostwriter menjadi pilihan yang paling ideal. Saya sendiri sudah berkecimpung di dalam bidang ini secara tidak langsung di dunia media sosial dan penulisan artikel website.
Penglibatan saya tidak besar, namun sebagai penulis yang memberi manfaat kepada pembacanya, alhamdulillah sudah cuba dan masih lagi terus berusaha untuk memberi yang terbaik. insya Allah, semoga Allah makbulkan.
Mahal ya ilmu dari Puan Eira Yusoff.
Sepanjang perkongsian dari beliau, saya dapat rasakan ketegasan beliau sebagai seorang penulis dan pembawaan diri sebagai muslim yang sejati.
Sangat bertuah apabila dapat berguru dengan guru-guru yang meletakkan agama ini sebagai teras dan asas kehidupan di dunia. Subhanallah.
Kemudian ada perkongsian dari Tuan Zamri Mohamad pula, juga sama, walaupun karekter dan cara kerja mereka berbeza. Seminar penulisan ini membuka banyak ruang fikir dan jalan untuk menjadikan penulisan ini sebagai sumber pendapatan, saham akhirat dan paling penting cara kita menyampaikan kepada pembaca dengan hati yang penuh cinta.
Menulis kerana cintakan penulisan yang baik dan memberi manfaat adalah impian yang saya pasti ramai gemari.
Seminar Menulis Sebagai Bisnes (Ghostwriter) dari Puan Eira Yusoff bukan sekadar mendengar perkongsian bagaimana beliau bekerja. Seminar ini mengajar cara kita menulis, berurusan dengan pelanggan, format sebut harga, dan termasuklah pengiraan harga.
Apa yang dikatakan mahal
Apa yang dikatakan murah
Apa yang dikatakan sebagai amal jariah
Kena tahu perbezaan ini.
Alhamdulillah, bersyukur diberikan kesempatan berada di dalam seminar penulisan Puan Iera Yusoff dan Tuan Zamri Mohamad. Selepas seminar, perkara seterusnya adalah tindakan.
Buat berdasarkan kemahiran sendiri, dan kemudian tambah skill lagi supaya kita dapat buat lebih banyak corak penulisan berbeza. Asah skill dan kebolehan menulis.
Kepada semua pembaca, jika anda nak jadi ghostwriter, follow Puan Iera Yusoff dan Tuan Zamri Mohamad ya!
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2024/08/seminar-menulis-sebagai-bisnes.html