Sementara Saja Atau Terus Umno Akan Dibenci Rakyat


 



Zahid tegaskan, kerajaan hari ini hanya sementara
September 8, 2021 Kerajaan yang ada hari ini hanya bersifat sementara sehingga mandat mutlak diperoleh daripada rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya perkara itu antara dua mandat besar akar umbi yang diamanahkan kepadanya dan kepimpinan parti melalui ketetapan Perhimpunan Agung Umno dan Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) sebelum ini.
“Pertamanya, kerajaan hari ini hanyalah bersifat sementara selagi mana tidak memiliki mandat mutlak rakyat.
“Justeru sebagaimana diputuskan dalam MKT lepas dan berpedomankan Titah saranan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, apabila pandemik Covid-19 mulai berakhir dan setelah imuniti kelompok (herd immunity) dicapai, maka Pilihan Raya Umum Ke-15 perlulah diadakan bagi membolehkan mandat mutlak diperolehi untuk membentuk sebuah Kerajaan yang stabil dan dipilih oleh rakyat.
“Keduanya, kehendak akar umbi yang menghendaki agar kerusi-kerusi tradisi Umno dan kerusi-kerusi yang dikhianati setelah diamanahkan oleh rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional pada PRU-14 lalu tidak boleh sesekali dikompromikan dan mesti diambil kembali untuk ditandingi.
“Ini termasuklah ketetapan PAU yang membataskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya setelah parlimen dibubarkan untuk PRU-15 yang akan datang,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Ahmad Zahid mengulas perkembangan politik terbaru kira-kira dua minggu selepas pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin sebelum ini meletakkan jawatan selepas ahli-ahli parlimen Umno yang diketuai Ahmad Zahid menarik balik sokongan terhadapnya dan kerajaan PN.
Selepas Ismail dilantik sebagai perdana menteri ke sembilan, kabinet memutuskan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Bagaimanapun pelantikan itu dipertikaikan banyak pihak termasuk daripada Umno sendiri.
‘Tak ulangi kesilapan kerajaan lalu’
Kata Ahmad Zahid, dia menerima banyak pertanyaan mengenai apakah pendirian Umno dalam pembentukan jemaah menteri dan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN bertaraf menteri.
Jelasnya, Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan Ismail Sabri untuk membuat keputusan yang dirasakan sesuai.
“Parti telah membuat pendirian menyokong perlantikan YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
“Ini bermakna, parti menyerahkan kebijaksanaan kepada beliau sebagai perdana menteri dalam membuat keputusan atau kebijakan-kebijakan yang beliau rasakan sesuai dalam mengemudi pentadbiran negara,” katanya.
Pun begitu, dia mengingatkan kerajaan yang dipimpin Ismail supaya tidak mengulangi ‘kesilapan’ kerajaan lalu.
“Pendirian parti ini juga boleh ditakwilkan bahawa perdana menteri yang mengetuai kerajaan hari ini mempunyai kuasa-kuasa perlembagaan dan sehubungan itu, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan kerajaan terdahulu.
“Umno konsisten dalam pendiriannya. Kita telah pun memberikan sokongan kepada perdana menteri dan bagi pihak parti, saya akan memastikan kita akan terus menjadi mata, telinga dan suara rakyat dalam menyentuh soal-soal kesejahteraan mereka dan kemakmuran negara,” jelasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/sementara-saja-atau-terus-umno-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Jangan Hina Daya Fikir Rakyat Semua Salah Kerajaan Pn

Umno Jangan Hina Daya Fikir Rakyat Semua Salah Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 287 hits
Sebaik sahaja Perdana Menteri dari parti Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan naratif pemimpin dan media pro Umno tiba tiba berubah terburu buru menyalahkan pentadbiran PM Mahiaddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nas...
Umno Pahang Sambut Baik Saranan Tok Mat Pas Mahu Ikut Mn Atau Mn Pada Pru 15 Ini

Umno Pahang Sambut Baik Saranan Tok Mat Pas Mahu Ikut Mn Atau Mn Pada Pru 15 Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 336 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Pahang menyambut baik saranan Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Hasan agar PAS membuat pendirian sama ada mahu bersama Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ...
Puan Maharani Dpr Terus Belajar Mendengar Aspirasi Rakyat Kritik Adalah Vitamin

Puan Maharani Dpr Terus Belajar Mendengar Aspirasi Rakyat Kritik Adalah Vitamin

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 197 hits
Puan menyadari kekurangan DPR dalam fungsinya sebagai penyalur aspirasi rakyat Oleh karenanya segala masukan dan kritik dari masyarakat akan menjadi pelecut DPR untuk bekerja lebih baik lagi
Presiden Umno Terus Pantau Beri Idea Bantu Kerajaan

Presiden Umno Terus Pantau Beri Idea Bantu Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 203 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa beliau akan terus mengambil pendekatan untuk membantu kerajaan baharu bagi membendung penularan wabak Covid 19 Menurutnya ia termasuk dengan cara memantau memberi pandangan d...
Tepat Sangat La Pak Long Lantik Dia Buat Peghabih Beras Rakyat Saja

Tepat Sangat La Pak Long Lantik Dia Buat Peghabih Beras Rakyat Saja

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 211 hits
Panas Peja bagi bayangan tidak terpilih sebagai TPMAugust 25 2021 Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan beliau sama sekali tidak bersedih jika tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Mente...
Bersatu Atau Umno Hanya Satu Harimau Akan Hidup

Bersatu Atau Umno Hanya Satu Harimau Akan Hidup

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 242 hits
M Fakhrull Halim Umno akan memanfaatkan masa sehingga pilihan raya umum ke 15 untuk menghancurkan parti serpihannya Bersatu ramal penganalisis politik Prof James Chin Dia menggunakan kiasan peribahasa Cina bahawa dua ekor harimau tidak akan...
Sultan Johor Nafi Keluar Kenyataan Dakwa Umno Perdaya Rakyat

Sultan Johor Nafi Keluar Kenyataan Dakwa Umno Perdaya Rakyat

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 187 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa dalam sebuah gambar yang tersebar di media sosial baru baru ini
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block