Sembilan Kluster Baharu Covid 19 Dikenal Pasti Semua 117 Kkm


KUALA LUMPUR, 25 OKT: Sembilan lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di beberapa negeri hari ini, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 117, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, Sabah merekodkan pertambahan empat kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul, manakala lima lagi adalah Kluster Bayan (Pulau Pinang), Kluster Mentari (Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur), Kluster Jernih (Negeri Sembilan), Kluster Seladah (Sarawak) dan Kluster Makekar (Johor, Terengganu dan Selangor).
Kluster Titir di Keningau melibatkan kes indeks (kes ke- 20,232) dikesan melalui hasil saringan kendiri pada 18 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau.
“Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 23 individu telah disaring dan dikesan positif Covid-19 (12 kes baharu),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan harian Covid-19 hari ini.
Bagi Kluster Omadal di Semporna melibatkan kes indeks (kes ke-21,073) yang dikesan hasil saringan individu bergejala pada 18 Okt dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria, Semporna.
“Saringan kontak rapat mengenal pasti 20 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 188 individu telah disaring yang mana 21 kes dikesan positif Covid-19 (sembilan kes baharu) serta 167 individu negatif,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata bagi Kluster Bandaran di Kota Kinabalu, kes indeks (kes ke-18,471) dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
“Saringan kontak rapat mengenal pasti 11 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 41 individu disaring yang mana 12 kes dikesan positif Covid-19 (lima kes baharu) dan 29 kes dikesan negatif,” katanya.
Kluster Jambul di Sandakan pula melibatkan kes indeks (kes ke-14,932) dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.
Katanya, saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19, dan sejumlah 30 individu telah disaring dengan 20 daripadanya negatif manakala dua lagi individu masih menunggu keputusan.
Selain itu, Kluster Bayan di Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang, melibatkan kes indeks (kes ke- 22,930) dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 21 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima lagi kes positif Covid-19. Sejumlah 216 individu telah disaring, yang mana enam kes dikesan positif Covid-19 (dua kes baharu); 60 individu negatif; dan 150 individu masih menunggu keputusan,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata Kluster Mentari pula melibatkan daerah Petaling, Klang dan Gombak di Selangor, daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Kepong di Kuala Lumpur.
“Kluster baharu ini melibatkan kes indeks (kes ke- 24,394) yang dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 22 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif Covid-19. Sejumlah 93 individu telah disaring, yang mana 17 kes dikesan positif Covid-19 (lima kes baharu); dan 10 kes dilaporkan negatif; serta 66 individu masih menunggu keputusan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata Kluster Jernih di Seremban, Negeri Sembilan melibatkan kes indeks (kes ke- 24,435 hingga kes ke- 24,438) dikenal pasti hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 22 Okt dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Rembau.
“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif Covid-19. Sejumlah 76 individu telah disaring, yang mana 15 kes dikesan positif Covid-19 (11 kes baharu); dan 61 individu masih menunggu keputusan,” katanya.
Katanya, Kluster Seladah di Kuching dan Serian, Sarawak, melibatkan kes indeks (kes ke- 24,448) dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 22 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 18 individu telah disaring, yang mana tujuh kes dikesan positif Covid-19 (empat kes baharu); empat individu dikesan negatif; dan tujuh individu masih menunggu keputusan,” katanya.
Kluster Makekar melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor, daerah Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu serta daerah Klang di Selangor.
Katanya, indeks bagi kluster ini (kes ke-23,800) dikesan positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 18 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang.
“Saringan kontak rapat mengenal pasti sembilan lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 132 individu telah disaring, yang mana 10 kes dikesan positif Covid-19 (lapan kes baharu); 106 individu dikesan negatif Covid-19; dan 16 individu masih menunggu keputusan,” katanya.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/10/sembilan-kluster-baharu-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Enam Lagi Kluster Baharu Di Kenal Pasti Kuster Aktif Kini Mencecah 70

Covid 19 Enam Lagi Kluster Baharu Di Kenal Pasti Kuster Aktif Kini Mencecah 70

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 249 hits
PUTRAJAYA Enam lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan empat kluster di Sabah serta masing masing satu kluster di Selangor dan Pulau Pinang Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah...
Covid 19 Tiga Kluster Baharu Dikesan Hari Ini Dr Noor Hisham

Covid 19 Tiga Kluster Baharu Dikesan Hari Ini Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 217 hits
Petugas kesihatan giat melakukan saringan serta pengambilan sampel bagi mengesan jangkitan COVID 19 ke atas penduduk di Kampung Gersik di sini hari ini berikutan peningkatan kes penularan wabak berkenaan di pulau bebas cukai itu KUALA LUMPU...
88 Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Satu Kluster Baharu Dikesan

88 Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Satu Kluster Baharu Dikesan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 268 hits
SHAH ALAM 25 OKT Selangor merekodkan 88 kes baharu Covid 19 hari ini meningkat berbanding 76 semalam dan satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Mentari Ketua pengarah kesihatan memaklumkan daripada jumlah itu 39 kes daripada kluster klus...
Tiga Banduan Baharu Penjara Seberang Perai Positif Covid 19

Tiga Banduan Baharu Penjara Seberang Perai Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 319 hits
GEORGE TOWN Tiga individu yang disahkan positif COVID 19 di Penjara Seberang Perai di Jawi di sini adalah banduan yang baru dimasukkan ke penjara itu dua minggu lepas setelah mereka dijatuhi hukuman oleh mahkamah Pengarah Penjara Pulau Pina...
2 Kematian 563 Kes Baharu Covid 19 Metrotv

2 Kematian 563 Kes Baharu Covid 19 Metrotv

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 223 hits
Kuala Lumpur Kes baharu jangkitan Covid 19 di negara ini meningkat kepada 563 kes berbanding 561 kes semalam dengan dua kematian direkodkan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kesel...
823 Kes Baharu Covid 19 Ini Lima Perkara Penting Kenyataan Media Dr Noor Hisham

823 Kes Baharu Covid 19 Ini Lima Perkara Penting Kenyataan Media Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Sejumlah 823 kes baharu positif COVID 19 direkodkan dengan hampir 65 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di Sabah Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah 26 565 dengan 9 202 kes aktif Ini...
Quot Penyebar Sudah Dikenal Pasti Tindakan Undang Undang Akan Diambil Jika Quot Pengurusan Hun Haqeem

Quot Penyebar Sudah Dikenal Pasti Tindakan Undang Undang Akan Diambil Jika Quot Pengurusan Hun Haqeem

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 625 hits
Berikutan kontroversi melibatkan Hun Haqeem yang dikaitkan dengan individu dalam sebuah video lucah pihak pengurusan pelakon itu bertegas akan mengambil tindakan terhadap penyebar Pengarah Urusan Metrowealth International Group David Teo
563 Kes Baharu Covid 19 Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes

563 Kes Baharu Covid 19 Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 319 hits
PUTRAJAYA 12 Okt Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 563 kes positif COVID 19 baharu hari ini Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan terkini meningkat ke 16 220 kes Ketua pengarahnya Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisha...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance