Covid 19 Enam Lagi Kluster Baharu Di Kenal Pasti Kuster Aktif Kini Mencecah 70


PUTRAJAYA -- Enam lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan empat kluster di Sabah, serta masing-masing satu kluster di Selangor dan Pulau Pinang.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang aktif di seluruh negara adalah sebanyak 70.
Empat kluster dikenal pasti di Sabah adalah Kluster Semarak, Kluster Bina, Kluster Sabindo dan Kluster Bestari, manakala Kluster Bah Kenangan dan Kluster Penjara Jawi masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
“Kluster Semarak dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-12200) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Okt dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif,” katanya pada sidang media maya yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Mengulas mengenai Kluster Bina yang dikenal pasti di Beaufort, Sabah, beliau berkata kes indeks bagi kluster tersebut (kes ke-15575) dikesan positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Sipitang pada 10 Okt.
Kes itu dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dan saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif.
Dr Noor Hisham berkata bagi Kluster Sabindo di Tawau, kes indeks (kes ke-11897) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Okt dan dimasukkan ke Hospital Tawau, manakala saringan kontak rapat mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.
Selain itu, beliau berkata bagi Kluster Bestari yang dikesan di Sandakan, kes indeks (kes ke-14830) dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 10 Okt dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Beliau berkata saringan kontak rapat mengenal pasti 18 lagi kes positif COVID-19 sehingga 12 tengah hari ini.
Memperincikan Kluster Bah Kenangan melibatkan daerah Hulu Langat, Dr Noor Hisham memaklumkan kes indeks kluster (kes ke-11802) dikenal pasti positif hasil saringan pulang dari Kawasan Berisiko Tinggi (Sabah) pada 2 Okt dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Hasil saringan kontak rapat mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19, menjadikan jumlah kes sebanyak 18 bagi kluster tersebut.
Mengulas lanjut mengenai Kluster Penjara Jawi di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Dr Noor Hisham berkata tiga tahanan dikesan positif COVID-19 hasil saringan kemasukan dari Penjara Reman Timur Laut pada 11 Okt.
Ketiga-tiga tahanan itu tidak bergejala dan dimasukkan ke Pusat Rawatan Berisiko Rendah, katanya.
Selain kluster tersebut, terdapat 21 kluster yang mencatat pertambahan kes baharu hari ini, antaranya Kluster Tembok merekodkan 76 kes, Kluster Benteng LD (23 kes), Kluster Penjara Reman (18 kes), Kluster Bah Tropicana (12 kes) dan Kluster Simera (11 kes) manakala Kluster Jalan Meru, Kluster Utama serta Kluster Kau Sing masing-masing tujuh kes. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/10/covid-19-enam-lagi-kluster-baharu-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Masing Masing Satu Di Langkawi Tawau Putrajaya Dan Klang

4 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Masing Masing Satu Di Langkawi Tawau Putrajaya Dan Klang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 403 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baharu yang dikesan pada hari ini Menurut kenyataan di akaun Twitter rasmi KKM kluster baharu yang dikenalpasti itu adalah Kluster Bah Ketil iaitu di Langkawi Kluster ...
Adun Kinrara Redakan Kebimbangan Kluster Baharu Covid 19 Di Puchong

Adun Kinrara Redakan Kebimbangan Kluster Baharu Covid 19 Di Puchong

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 312 hits
Adun Kinrara Ng Sze Han berkata kluster itu dinamakan Bah Puchong berikutan individu terbabit pulang dari Sabah dan tinggal di Puchong PETALING JAYA Seorang Adun Selangor cuba meredakan kebimbangan susulan kluster baharu Covid 19 dikesan di...
Covid 19 260 Kes Baharu Jumlah Kedua Tertinggi Sehingga Kini

Covid 19 260 Kes Baharu Jumlah Kedua Tertinggi Sehingga Kini

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 446 hits
PUTRAJAYA Terdapat pertambahan 260 kes baharu positif COVID 19 direkodkan pada Khamis sekali gus merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sehingga kini Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pertambahan kes ini ...
Covid 19 Dua Kluster Baharu Di Kedah Satu Di Terengganu

Covid 19 Dua Kluster Baharu Di Kedah Satu Di Terengganu

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 411 hits
Kuala Lumpur Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti tiga lagi kluster baharu membabitkan dua di Kedah dan satu di Terengganu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster terbabit ialah Kluster Bah Sintok d...
Enam Lagi Kluster Baharu Dikesan

Enam Lagi Kluster Baharu Dikesan

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 536 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak enam lagi kluster baharu Covid 19 dikesan di negara ini melibatkan dua di ibu negara manakala Sabah Selangor Johor dan Putrajaya masing masing satu kluster Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berka...
Kluster Baharu Covid 19 Di Kedah

Kluster Baharu Covid 19 Di Kedah

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 705 hits
Kementerian Kesihatan mengenalpasti kluster baharu Covid 19 di Kedah membabitkan seorang lelaki warga Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes indeks kluster Tembok itu adalah kes kematian ke 135 yang dilaporkan...
Covid 19 489 Kes Baharu Majoriti Di Sabah Noor Hisham

Covid 19 489 Kes Baharu Majoriti Di Sabah Noor Hisham

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 468 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Kes baharu penularan Covid 19 ha...
Covid 19 Jumlah Kes Positif Baharu Melonjak 869 Kes Hari Ini Tertinggi Pernah Direkodkan

Covid 19 Jumlah Kes Positif Baharu Melonjak 869 Kes Hari Ini Tertinggi Pernah Direkodkan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 423 hits
KUALA LUMPUR Jumlah kes baharu koronavirus di Malaysia melonjak kepada 869 kes hari ini iaitu yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara Empat kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulati...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Agensi Utc Pasir Gudang Waktu Operasi Nombor Telefon

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan