Sembilan Daripada Sepuluh Rakyat Malaysia Setuju Dengan Barangan Terpakai
Carousell, salah satu daripada pasaran jual-beli antara pengguna dan pengiklanan barangan terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, menyeru para netizen untuk mempertimbangkan idea untuk menjual-beli “barangan terpakai” di kala ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli belah pada jualan akhir tahun. Hasilnya menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia sebenarnya A-OK dengan hadiah dari barangan terpakai, malah boleh menjadi satu pilihan dalam menguruskan pemberian hadiah yang berpatutan serta mesra alam
Kaji selidik Power Of Secondhand Gifts dari Carousell telah dijalankan secara atas talian pada November 2019 dengan seramai 2,419 responden di Malaysia
Secara keseluruhannya, jelas sekali idea pemberian hadiah dari barangan terpakai ini semakin diterima ramai - 88.9 peratus berkata mereka akan berasa gembira menerima hadiah dari barangan terpakai, sementara 84.8 peratus mengatakan mereka memilih barangan terpakai yang mereka benar-benar mahu berbanding barangan baru yang tidak diperlukan
Ini semestinya berita baik buat mereka yang sering kali keliru dalam mempertimbangkan keperluan untuk mencari hadiah yang bersesuaian dan juga yang menepati bajet. Ini disebabkan barangan terpakai itu mampu menawarkan harga mampu milik bagi pengguna, berkualiti dan terdapat pelbagai pilihan
Dua pertiga daripada responden memperakui nilai-untuk-wang sebagai insentif utama, kerana kini mereka dapat mencari barangan berkualiti dari jenama yang baik dengan harga yang berpatutan. Lebih separuh mengatakan ia adalah alternatif penjimatan kos yang baik, dan juga cara terbaik untuk mengesan barangan yang jarang ditemui
Selain keseronokan dalam proses tawar menawar atau penantian dalam menyempurnakan sebuah koleksi item yang jarang dimiliki, 33 peratus daripada responden juga melihat ini sebagai cara yang lebih mampan dan mudah untuk membeli belah, dengan ramai yang bersetuju bahawa ia mampu untuk mengurangkan pembaziran
“Hasil kaji selidik dari Power Of Secondhand Gifts adalah sangat menggalakkan, kerana ia menunjukkan lebih ramai orang menghargai nilai dan sentimen di sebalik pemberian hadiah, yang bebas daripada nilai materialnya,” kata Tang Siew Wai, Ketua Negara, Carousell Malaysia. “Di Carousell, kami ingin memberi peluang kedua bagi barangan terpakai supaya ia memberi manfaat kepada penjual dan juga pembeli. Pada masa yang sama, barangan terpakai sebagai hadiah bukan sahaja praktikal dan kosnya efektif, malah dan ada kalanya lebih bermakna buat penerima; respon positif ini memperkuatkan lagi misi kami dalam mengimaginasi semula pasaran iklan kecil dan menjadikan urusan jual beli barangan terpakai sebagai pilihan utama.”
Pada hujung spektrum ini, sesetengah golongan berpendapat bahawa hadiah mestilah baharu; satu pertiga mengakui alasan utama untuk membeli barangan yang baharu adalah atas sebab kebimbangan bahawa pembeli akan dilihat sebagai seorang yang ‘kedekut’, dan penerima pula mungkin akan berasa tersinggung
Walau bagaimanapun, apabila menjelang penghujung tahun, pembelanjaan untuk musim percutian pula semakin meningkat. Justeru itu, membeli belah barangan terpakai memainkan peranan yang penting dalam penjimatan masa dan wang, dan mungkin menjadi suatu norma satu hari nanti. Berikut adalah senarai pilihan barangan terpakai yang terbaik dari hasil kajian tersebut: ● item antik dan vintaj, 57.2 peratus● barangan koleksi, 39.4 peratus● pakaian, 33 peratus● berangan elektrik dan mudah alih, 27.8 peratus● buku, 27.7 peratus
Bagi meraikan musim cuti ini, Carousell mengumumkan kempen “’Tis the Season to Carousell”! Miliki barangan bertemakan perayaan khas istimewa termasuk barangan buatan tangan, barangan fesyen dan kecantikan, barangan yang sukar untuk ditemui seperti plat Krismas yang klasik, cawan HRH Queen Elizabeth II Silver Jubilee, buku muzikal yang klasik, koleksi kad rekod vinil dan banyak lagi tanpa perlu berhadapan dengan masalah mencari tempat letak kereta, kesesakan orang ramai dan beratur panjang
Carikan barangan-barangan ini dan ribuan lagi sempena jualan akhir tahun ini di https://my.carousell.com/ atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, ikutilah Carousell di www.facebook.com/carousell.my atau di Instagram @carousell.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mahateknologi.blogspot.com/2019/12/sembilan-daripada-sepuluh-rakyat.html