Pelancaran Program Bulan Kebangsaan itu dilakukan di Dewan Terbuka Serbaguna sekolah dan dihadapan warga sekolah. Disusuli dengan gimik yang simple tetapi cukup menarik perhatian murid, iaitu gimik guru Besar dan barisan Penolong Kanan melengkapkan aktiviti puzzle Gambar Jalur Gemilang. Sebaik gambar dari polistrin Jalur Gemilang dicantum sempurna, murid seramai 246 melaungkan motto sekolah dan laungan merdeka sebanyak tiga kali
Sedang memberi taklimat perlaksanaan Program Bulan Kebangsaan kali ke 65.Etuza dilantik sebagai penyelaras program ini. Berbagai aktiviti di lakukan seperti pertandingan mewarna poster merdeka, deklamsi sajak, lagu patriotik, membaca teks ringkas Sejarah, pakaian kreatif dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama berlangsung program minggu KHIOK MATH yang dianjurkan oleh Pantia Matematik
Kelihatan Guru Besar menandatangani Puzzle Jalur Gemilang yang telah sempurna kelihatan bersama PK 1 En.Zahir Bin Baharom. Terasa aura atau semarak kemerdekaan setiap tahun kini terasa, apatah lagi melihat kawasan sekolah telah dipasang banyak Jalur Gemilang dan bendera Sabah. Berkibar megah apabila angin bertiup. Semoga program anjuran Pantia Sejarah yang julung kali diadakan dapat dijayakan oleh semua AJK yang dilantik
En.Faizal dan Arji sedang memasang tiang bendera di setiap penjuru bangunan, pondok,pagar, kelas prasekolah dan tepi jalan raya menuju kesekolah. Syabas dan tahniah kepada warga guru dan staf sokongan serta murid sekolah yang turut bersama menjayakan program ini hingga ditangguhkan selepas 16.09.2022|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |