Semangat Umno Makin Kuat


MUKADIMAH
SELEPAS lebih setahun, UMNO kini semakin pulih daripada kekecewaan selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Ahli-ahli di peringkat akar umbi termasuk seluruh kepemimpinan UMNO telah menerima kekalahan bersejarah tersebut.
Malah menurut, Naib Presiden UMNO, DATUK SERI MAHDZIR KHALID, masing-masing juga menyedari mereka perlu bangkit segera untuk mengatur strategi serta memperkukuhkan parti bagi berdepan pilihan raya umum seterusnya. Oleh itu, katanya, ketika ini juga merupakan
waktu terbaik untuk ahli-ahli UMNO membantu memperkukuhkanhubungan dalam kalangan mereka selain mengelak untuk bertelagah antara satu sama lain.
Ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, BADRUL ISA, bersama jurugambar AZLAN HADI ABU BAKAR dan juruvideo Utusan Online, MOHD. FIKRI PADIL@FADZIL di pejabatnya di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur kelmarin, Mahdzir turut berkongsi pandangan mengenai episod baharu
kerjasama UMNO dan Pas selain beberapa isu semasa.
UTUSAN: Pas telah memuktamadkan kerjasama mereka dengan UMNO dan ia telah dipersetujui dan diputuskan di Muktamar Pas baru-baru ini, bagaimana pula tindakan UMNO selepas ini?
MAHDZIR: Kami ucapkan terima kasih kepada Pas yang telah membuat satu keputusan secara konsensus untuk menyokong usul memuktamadkan kerjasama dengan UMNO.
Kita menyambut baik perkara itu jadi UMNO juga akan berbuat demikian untuk memperakukan kerjasama itu apabila tiba Perhimpunan Agung UMNO nanti iaitu pada hujung tahun ini.
Ahli-ahli Pas telah bersedia dengan kerjasama ini, bagaimana pula dengan UMNO?
Saya kira kerjasama ini kena jadi satu daripada teras parti UMNO sebab parti politik di mana-mana juga keutamaan mereka adalah untuk menang dalam pilihan raya, untuk mencapai kejayaan itu mesti ada sesuatu yang boleh memberi kesan yang positif kepada parti.
UMNO bersedia untuk menghadapi PRU-15 dengan kerjasama ini?
Insya-Allah UMNO mempunyai biro politik, badan pengurusan di peringkat tertinggi yang dari semasa ke semasa akan mengatur perancangan yang berjalan secara berkala, tidak hanya tunggu sahaja.
Dalam kerjasama politik ini yang masih di peringkat awal adakah sesuai isu mengenai pengagihan kerusi di antara UMNO dan Pas dibincangkan?
Kepemimpinan kedua-dua parti pada waktu ini sedang menguruskan piagam perpaduan ummah, jadi insya-Allah dalam masa terdekat ini ada jawatankuasa induk, teknikal kedua-dua belah pihak, Pas dan UMNO akan duduk bermesyuarat.
Kita selesaikan semua perkara yang telah dipersetujui kedua-dua pihak terlebih dahulu dan kemudian diangkat kepada jawatankuasa induk dan ini akan dikenali sebagai piagam perpaduan ummah.
Perlukah lagi wujud dalam UMNO insiden berebut menjadi calon dalam pilihan raya?
Bila nak cari calon, kita cari yang boleh diterima bukan sahaja oleh UMNO tetapi juga masyarakat di luar. Ada formulanya, tapi biarlah itu nanti diputuskan oleh kepemimpinan termasuk kaedah dan caranya.
Bagaimana Datuk Seri melihat peluang kerjasama antara UMNO dan Pas bagi konteks negeri Kedah?
Di Kedah insya-Allah kerana kerjasama UMNO dan Pas begitu baik sekali. Ada program bersama di peringkat bahagian, malah juga program di peringkat cawangan.
UMNO kini sedang menjalankan persidangan perwakilan UMNO bahagian, bagaimana proses perjalanannya setakat ini?
Selepas selesai cawangan-cawangan buat mesyuarat, kini mesyuarat perwakilan bahagian di seluruh negara iaitu ada 191 bahagian akan mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian mereka dari pertengahan Jun ini hinggalah 30 Ogos.
Setakat ini antara perkara yang dibangkitkan sempena dengan mesyuarat bahagian ini adalah berkenaan solidariti dalam parti dan yang kedua bagaimana kerjasama melalui perpaduan ummah UMNO-Pas ini boleh memperlihat dan mempertingkatkan sokongan kepada kedua-dua buah parti yang telah bersetuju untuk bekerjasama.
Berbanding tahun lalu yang rata-rata perwakilan masih dalam keadaan semangat yang jatuh selepas tewas, bagaimana pula kali ini?
Tahun ini sudah tahun kedua, semangat itu semakin tinggi. Cerita pasal kalah juga sudah pulih dan sekarang ni nak pergi kepada macam mana di tiap-tiap kawasan Parlimen kita boleh membangkitkan semangat mereka untuk bersama.
Saya telah hadir ke dua mesyuarat perwakilan bahagian dan saya tengok ahli dan perwakilan ramai dan mereka begitu bersemangat untuk adakan mesyuarat.
Bagaimana Datuk Seri melihat kedudukan UMNO ketika ini secara keseluruhan? 
 Alhamdulillah, UMNO walaupun kalah, kita berada di kedudukan tertinggi di parlimen, menang 54 kerusi parlimen semua sekali di antara parti-parti yang tertinggi. Di negeri-negeri pun kita menang pun banyak.
Cuma ketika ini kita kena yakinkan ahli parti bahawa kita mempunyai kekuatan dan semangat dan mempunyai kepimpinan yang boleh melihat bagaimana masa depan UMNO ini boleh dicorakkan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata tidak tahu mengenai dana yang kononnya daripada 1MDB disalurkan ke akaun UMNO Kedah semasa menjadi Pengerusi Badan Perhubungan parti, apa pandangan Datuk Seri?
Macam mana beliau boleh kata tidak tahu, beliau pengerusi dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai bendahari, jadi takkanlah dalam mesyuarat tak bangkitkan hal tersebut, wang masuk dalam akaun dan sebagainya.
Takkan tak tahu, mengaku sahajalah, tapi dia kata tak tahu nak buat macam mana.
Ada pihak sudah membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam isu ini dengan harapan UMNO di ambil tindakan termasuk untuk mengharamkannnya, apa komen Datuk Seri?
Memanglah kalau nak buat atas apa juga alasan, mereka boleh buat kerana mereka pihak yang berkuasa. Sama ada nak lapor kepada ROS atau sesiapapun dan kita hadapilah apa yang akan berlaku.
Saya tak rasa sehingga perlu UMNO menubuhkan parti baharu. Tapi kalau mereka pergi sampai proses untuk mengharamkan UMNO, kena ada pilihanlah untuk kita.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah dasar lama dan tidak akan dilaksanakan semula namun akan mengadakan pendekatan baharu. Apa pandangan Datuk Seri sebagai bekas Menteri Pendidikan?
Merujuk kepada fakta sebelum ini apabila dibuat simulasi kepada pelajar yang bersekolah di luar bandar dengan di bandar, markah pelajar di kampung terlampau rendah.
Manakala sekolah di bandar lebih baik kerana ada sedikit pendedahan, lalu ia mendapat tentangan termasuk oleh pejuang-pejuang bahasa, PPSMI kemudian dibatalkan.
Ketika saya sebagai menteri kita perkenalkan program Program Dwibahasa (DLP). Maknanya pelajar ada pilihan sebab, ia bukan dasar. Oleh itu, saya fikir kalau kerajaan nak buat balik dasar seperti PPSMI, kena buat kajian secara keseluruhan.
Kena kaji pasal guru. Simulasi kena buat balik berapa lama proses nak ambil dan untuk latih guru-guru ini serta jumlah guru yang perlu diambil.
Apa yang sepatutnya kerajaan lakukan dalam aspek pendidikan ketika ini?
Saya kira kerajaan sekarang ini kena betulkan persepsi sama ada betul atau tidak bahawa banyak urusan berkaitan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina semacam dikawal oleh timbalan menteri. Beliau yang banyak buat pengumuman contohnya mengenai peruntukan yang diperoleh.
Kerajaan juga mesti konsisten dalam cadangan dasar seperti berhubung kononnya mata pelajaran agama banyak sangat diajar di sekolah kebangsaan sehingga ada yang mengkritik sekolah kebangsaan akan jadi sekolah Islam.
Padahal tak timbul begitu. Proses itu kena jelas kepada masyarakat bahawa di sekolah kebangsaan ada perkara yang perlu dipertimbangkan dan diseimbangkan.
UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/27/semangat-umno-makin-kuat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinda Perlembagaan Bolehkah Umno Kembali Kuat

Pinda Perlembagaan Bolehkah Umno Kembali Kuat

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 209 hits
Sejak kehilangan kuasa Umno bercadang meminda perlembagaannya dengan melarang pemimpin parti yang dalam proses perbicaraan mahkamah memegang jawatan dalam parti Ada yang mendakwa ini adalah sebagai satu cara untuk menyekat DS Zahid Hamidi d...
Umno Dan Pas Terengganu Makin Akrab Mesra

Umno Dan Pas Terengganu Makin Akrab Mesra

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 254 hits
Posted by on KUALA TERENGGANU Kesepakatan keakraban serta kemesraan yang dipayungi semangat penyatuan ummah antara UMNO dan Pas di negeri ini kian menyerlah Kemesraan yang terjalin dan bukan dibuat buat itu jelas terpancar di wajah para pem...
Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 349 hits
Abdul Hadi AwangKUALA LUMPUR Kira kira 90 peratus pengundi bukan Islam mengambil keputusan mengundi calon Pakatan harapan pada PRU 14 kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Menurutnya sikap kira kira 30 peratus pengundi muda membuat ...
Persidangan Umno Parit Sulong

Persidangan Umno Parit Sulong

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 254 hits
PARIT SULONG 16 Jun 8211 Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bergambar dengan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong selepas merasmikan persidangan tersebut di sini hari ini Turut sama Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraine Ahma...
Umno Pas Bukan Perangi Sesiapa Penyatuan Demi Ummah

Umno Pas Bukan Perangi Sesiapa Penyatuan Demi Ummah

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 292 hits
RAWANG 16 Jun 8211 Timbalan Presiden yang menjalankan tugas tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yakin hasil jalinan penyatuan ummah antara UMNO dengan PAS gabungan ini akan merampas empat negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Harap...
Jangan Ikut Rentak Ph Umno Satu Lagu Satu Gendang Satu Tarian Mohamad

Jangan Ikut Rentak Ph Umno Satu Lagu Satu Gendang Satu Tarian Mohamad

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 304 hits
RAWANG 16 Jun Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden parti Datuk Seri Mohamad Hasan berkata akar umbi UMNO adalah teras utama dalam keperkasaan parti Katanya jangan ingatkan seorang atau dua orang pimpinan UMNO lari meningga...
Perasmian Menaik Taraf Bangunan Umno Temerloh

Perasmian Menaik Taraf Bangunan Umno Temerloh

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 177 hits
TEMERLOH 16 Jun 8211 MENTERI Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang menandatangani plak perasmian menaik taraf Bangunan UMNO Temerloh pada majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Te...
Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Selayang Kali Ke 31

Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Selayang Kali Ke 31

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 321 hits
RAWANG 16 JUN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hj Hasan bersama Ketua UMNO Bahagian Selayang Datuk Abdul Shukur Hj Idrus serta kepimpinan UMNO Bahagian bergambar bersama para perwakilan sebaik selesai majlis perasmian Mesyuarat Per...
Mengapa Pas Dan Umno Bersungguh2 Menyokong Azmin Ali

Mengapa Pas Dan Umno Bersungguh2 Menyokong Azmin Ali

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 503 hits
Di dalam Muktamar PAS baru2 ini Haji Hadi Awang dilaporkan berkata Timbalan Presiden UMNO pula reaksi pertama beliau adalah Begitu kuat sokongan UMNO sehingga Lokman Nor Adam menjerit marah kepada kepimpinan dia Soalnya sekarang mengapa ked...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Disyaki Seleweng Rm8 Juta Dalam Akaun Amanah 2 Firma Guaman Disiasat

Agc Rejects Sanusi Bid To Dismiss Sedition Charges