Semalam Di Muar


 Assalamualaikum...
TERUJA sungguh Pak Inche bila Sk memberitahu kami menerima undangan majlis perkahwinan dari Cikgu CTZ di Muo. Sk pernah tulis kisah Sk beli ketupat palas dengan Cikgu CTZ semasa Jalan-jalan Cari Durian Muo. Jadi, sebab dah lama sangat tak dapat jemputan kenduri kahwin, Pak Inche memang nak sangat lah pergi walaupun pada hari yang sama dia bertugas sebelah malam sempena game JDT2 di Stadium Larkin. Malah, Pak Inche mengajak tidur di Muar, apalagi plan dia selain JJCM.

Kami hanya bertolak dari JB, petang, selepas Iman selesai kelas online pada hari Jumaat. Walaupun Johor sedang bercuti panjang kerana cuti hari hol yang jatuh pada hari Khamis diikuti cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu, tapi kami tak dapat nak berjalan jauh kerana cuti Iman ikut negeri Perak, hahaha.. tapi bagus jugaklah, dapatlah Sk selesaikan lipat kain baju yang bertimbun-timbun atas sofa tu, kui kui. Jadi, petang tu, kami singgah makan sate di tepi sungai Batu Pahat sebelah Jeng Kuan. Ingatkan nak makan sate usus, tapi usus tak ada, makan sate babat jerlah, tebalkan babat yang dah sedia tebal tu, kahhhh


Di Muar, kami check-in di PPT Hotel Muar. Tak tahulah apa maksud PPT tu. Yang bestnya hotel ni ada bangunan kontena berasingan juga disediakan kapsul bagi mereka yang mungkin hanya ingin singgah melelapkan mata jer. Kami ambil bilik untuk tiga orang yang memuatkan satu katil king dan satu katil single, bilik besar dan selesa cuma tekanan air tak berapa laju dengan kepala shower yang dah longlai tapi masih boleh dimaafkanla. Tapi yang kelakonya, esok pagi baru perasan rupanya bilik kami mengadap kawasan perkuburan lama, nasib la dah pagi baru tau bila nampak batu nisan berceracakan di depan mata, haha. (Gambar sumber google)

Lepas check-in dan mandi-manda, kami keluar untuk makan malam. Kali ni memang plan nak makan Oyster di Oyster Bay Muo yang pernah kami singgah sebelum ini. Cuma lokasinya dah tak sama lagi. Dua kali kami datang, kedai tutup dan harapan kami kali ini agar kedai tak ditutup apatah lagi ia beroperasi dari tempat baru yang kedudukannya sejauh hampir 10 km dari bandar Muar, dah masuk ke kawasan Tangkak pun. Kedatangan kami disambut dengan hujan lebat dan petir berdentam dentum. Nasib baiklah masa petir tu kami dah masuk dalam kedai. Sekali, bila kami nak buat pesanan oyster, dia kata oyster habis, ko rasa???


Dahlah jauh.. hujan... lepas tu benda yang nak diorder tak ada. Dahlah oyster tu speciality kat kedai tu maknanya bukankah wajib memastikan sentiasa ada stok mencukupi untuk pelanggan. Kami diberitahu, ada satu grup yang order 10 set oyster, hello... 10 set tu baru 50 ekor. Janganlah sembang letak nama Oyster Bay kalau kau cuma mampu letak 50 ekor oyster kat kedai, eiiii... marah betul laa!! Hahhaha.. Lalu kami pesan menu dalam gambar ni, la... Kapal Karam namanya, hahaha. Satu kapal ni RM75, ada ketam saiz M dua ekor, udang XL empat ekor, udang galah gred C kot dua ekor serta kupang dan lala yang sangat banyak. Ia dimasak black pepper di mana masakan black peppernya taklah memijorkan bibir, kiranya tak potonglah mood kita nak meratah-ratah tu


Kalau nak datang ke sini, anda waze aje Jom Santai Corner, selain makan malam, anda juga boleh menikmati pelbagai masakan salai pada waktu tengahari. Macam-macam salai ada katanya, kalau dah sampai ke Muar, bolehlah cuba makan di sini


Lepas makan, terus balik hotel, mandi lagi sebab dah main hujan kan. Lepas tu memasing layan phone ajelah, Iman main game, Sk macam biasalah, tido awal tapi macam tak berapa nak lena. Dalam pada tu, dengkur tetap maintain, kahhhh


Esoknya, Pak Inche dengan Iman tak nak sarapan, hangin pulak Sk, hahaha.. sebab kemahen lagi kata nak makan kopitiam la, nasi lemak daun pisang la, sarapan orang Muo la. Tapi, nak marah-marah sangat pun tak guna. Pukul 12, kami check-out dan terus ke rumah Cikgu CTZ, ramai betul tetamu yang sedang menikmati hidangan, memang waktu puncak, kan. Dah dapat meja kosong, baru kami ambil hidangan


Ada kumpulan Ghazal juga yang diundang untuk memeriahkan majlis. Cikgu CTZ ni memang orang ado2 kat Muo ni, satu Muo kenal dia tau. Tengok khemah pun cantik-cantiknya lahai, tinggi citarasa cikgu ni. Yang best, setiap tetamu dapat bawa balik sebiji nenas seorang, ranum sungguh nenasnya tapi belum sempat kopek lagi tu


Anak perempuan sulung Cikgu CTZ, Najwa dan menantunya Fadzil, sama cantik sama padan kedua mempelai, semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke jannah


Peluh-peluh mak pengantin. Sk dengan baju kurung feberet, hahaha. Tak tahulah suka sangat pakai baju yang ni setiap kali pergi kenduri. Pergi kerja pun bantai baju ni jugak, hahaha. Padahal dulu, Sk ni jenis tak campur baju kerja dan baju pengantin, la ni agak dah tua, tak kisah dah duaniawi jer sume tu, huwa huwa huwa..


Comelkan Cikgu CTZ. Tu yang ramai beno suka ngorat, hahaha. Hati-hati cikgu ya. Cikgu CTZ ni selain pakar buat ketupat palas, dia memang pakar masak la ya. Kuih muih, kek, roti, semua memang ke terroran dia, hahaha


Cantik betul bunga manggar sekarang kan. Teringat masa kecik-kecik dulu, bunga manggar kertas. Kita kena gunting sendiri rambu ramba tu, Sk memang terror jugaklah menolong gunting tu walaupun masih kecik lagi. Kiranya sukalah rewang buat bunga manggar ni


Lepas makan kenduri, sambung pulak mengopi di Cafe 1988. Comel jer kafe ni dengan deko yang minimalis. Macam dalam kedai Muji pun iyo. Di sini Sk pesan Latte la, apa lagi, tu nanti Sk cerita lain ya


Dari Muar, kami terus ikut jalan lama menuju ke Batu Pahat. Walaupun diracuni dengan pelbagai ajakan untuk singgah makan, namun tak kulayan, hahaha. Sebelum masuk lebuhraya Ayer Hitam, singgah ngeteh dan makan Putu Bambu Juriah dulu. 

Selalu tapau, tapi kali ni makan terus kat situ panas-panas suam tu, memang sedap. Kalau dah sampai rumah, nanti dah kering, dipanaskan lembik, disimpan keras, jadi baiklah makan terus di situ, sebungkus habis, lepas tu beli lagi sebungkus, pun habis, hehehehe





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/09/semalam-di-muar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengopi Di Cafe 1988 Muar

Mengopi Di Cafe 1988 Muar

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 863 hits
Assalamualaikum TERLANJUR berada di Muar tempohari Sk tidak melepaskan peluang untuk singgah mengopi di Cafe 1988 Cafe comel yang terletak di Taman Maharani ini menawarkan pelbagai hidangan kopi dan dessert serta juga main course dalam suas...
Apakah Yang Dikemukakan Oleh Rizab Persekutuan Dalam Mesyuarat Semalam 16 September 2020

Apakah Yang Dikemukakan Oleh Rizab Persekutuan Dalam Mesyuarat Semalam 16 September 2020

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 274 hits
Rizab Persekutuan komited untuk menggunakan pelbagai instrumen untuk memberi bantuan kepada ekonomi Amerika Syarikat dalam tempoh sukar ini yang mana secara langsung akan menyumbang kepada matlamat negara untuk pekerjaan maksimum dan kestab...
2 Mayat Ditemukan Dalam Sungai Muar

2 Mayat Ditemukan Dalam Sungai Muar

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 237 hits
2 MAYAT DITEMUKAN DALAM SUNGAI MUAR MUAR Seorang lagi nelayan yang dilaporkan hilang bersama sama bapanya ketika mencari kepah di Sungai Muar berdekatan Tanjung Emas di sini sejak kelmarin ditemukan mayatnya hari ini Komander Operasi dari B...
Taman Awam Tepian Sungai Muar Tanjung Agas Kini Dibuka

Taman Awam Tepian Sungai Muar Tanjung Agas Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 1952 hits
Menariknya taman ini dihias cantik dengan lampu lampu di sekitarnya tumbuhan serta binaan Iconic Sculpture Entrance Gateway pentas dataran jeti jambatan gelanggang terbuka laman permainan kanak kanak serta alatan senaman dewasa Ianya terlet...
Jeti Nelayan Parit Karang Muar Tangkak Johor

Jeti Nelayan Parit Karang Muar Tangkak Johor

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 1205 hits
Jeti nelayan di sini mempunyai kemudahan warung medan ikan bakar dan juga pasar segar ikan Apa yang menarik anda boleh bersantai di sini menyaksikan air sungai menghijau ketika air laut pasang sambil para nelayan mudik pulang daripada menan...
Tersingkir Semalam Di Bs2020 Nana Sheme Hafiz Zainal Pasrah

Tersingkir Semalam Di Bs2020 Nana Sheme Hafiz Zainal Pasrah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 664 hits
Dalam pertandingan ini kesungguhan awak setiap minggu boleh dapat A tapi saya rasa lagu ini tak tunjukkan kekuatan sebenar awak demikian komen Faizal Tahir yang mendakwa Nana Sheme tidak menonjolkan kekuatan sebenarnya Malam ini lagu rock t...
Baru Semalam Akak Ini Dipuji Kerana Dikatakan Kuat Tapi Hari Ini Ada Individu Beritahu Kisah Lain Di Balik Senyuman

Baru Semalam Akak Ini Dipuji Kerana Dikatakan Kuat Tapi Hari Ini Ada Individu Beritahu Kisah Lain Di Balik Senyuman

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 395 hits
Tular satu kisah di media sosial mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin dengan seorang lagi wanita semalam Menerusi laman Facebook Syiela Rashid memuat naik beberapa posting di sekitar majlis pernik4han suaminya Khubaib...
Sehari Semalam Di D Green Chalet Lenggong

Sehari Semalam Di D Green Chalet Lenggong

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 1014 hits
Sehari Semalam Di D Green Chalet Lenggong Assalamualaikum wbt happy weekend uolls Sekarang ni CH sedang bercuti dengan keluarga di D Green Chalet Lenggong Saja bawa anak anak berehat dan lari dari kesibukan urusan harian Sehari Semalam Di D...
Semalam Bekas Suami Kahwin Lain Harini Ds Vida Pula Meng4muk Gara2 Cikb Kena Kec4m

Semalam Bekas Suami Kahwin Lain Harini Ds Vida Pula Meng4muk Gara2 Cikb Kena Kec4m

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 656 hits
BEKAS suami Datuk Seri Vida Fairuz Ahmad Zainuddin 42 telah selamat bernikah semula semalam dengan gadis pilihannya Fairuz orang Ipoh memilih seorang usahawan dari Kuala Terengganu Suhaila Adnan 43 sebagai suri hatinya Kami jumpa dua kali d...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco