Makan malam di Restoran Megazu. Satu-satunya restoran yang buka di deretan kedai yang ada di kawasannya. Pelanggan agak ramai dan terpaksa tunggu hingga ada meja kosong. Alhamdulillah, makanannya tidak mengecewakan dan harga pun berpatutan. Daging halia itu pun lembut untuk dikunyah.
Seawal 7.00 pagi kami bergerak ke Pekan Karai. Pekan kecil tempatku dibesarkan. Bangunan sudah banyak yang usang. Suamiku turun bersarapan di sini sedangkan aku sendiri hanya menunggu di kereta. Tiada sesiapa yang kukenali untuk disapa...
Selepas suami bersarapan, kami masuk ke kampung di mana rumah pusaka peninggalan orangtuaku masih ada. Setiap kali singgah ke rumah ini, hati akan menjadi sayu. Rumah yang sudah sekian lama disewakan ini, bagai tidak terjaga. Sangkar burung tergantung merata-rata. Bawah rumah bersepah-sepah. Betapa dulu orangtuaku menjaga rumah ini dengan baik dan bersih, semuanya hanya kenangan yang tidak berulang...
Semak!
Pokok rambutan di hadapan rumah.

Terlihat dereta kereta di tepi jalan dan ada beberapa khemah di dalam kebun berdekatan. Aku agak ada penggambaran...
Warung Pak Jabit! Pastinya sinonim dengan Mamat Khalid...
Nampak tak Victoria Bridge di belakang itu?
Selamat tinggal kampungku. InsyaAllah nanti kita bertemu lagi...|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |