Semakin Cetek Akibat Aktiviti Perlombongan Tiada Lagi Panorama Indah Dekat Tasik Chini


 

PEKAN - Tasik makin cetek, pemandangan persekitaran tidak lagi indah.
Itu rumusan hasil tinjauan wartawan dan jurugambar Berita Harian (BH) selama dua hari di sekitar Tasik Chini, tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia dan terkenal dengan mitos lagenda Naga Seri Gumum.
Ditemani penunjuk arah, Orang Asli dari Kampung Gumum, kami melakukan tinjauan dengan bot, namun perjalanan tersangkut beberapa kali dan dimaklumkan ia kerana Tasik Chini kini semakin cetek kesan aktiviti perlombongan bijih besi yang agresif.
Tasik itu tidak lagi indah, malah seperti tiada lagi tarikan yang boleh dibanggakan seperti suatu ketika dahulu sehingga menarik perhatian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Tasik Chini adalah yang pertama daripada tiga tapak rizab biosfera di Malaysia yang diiktiraf UNESCO. Tasik itu mendapat status berkenaan pada 2009, diikuti Banjaran Crocker, Sabah pada 2014 dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada 2021.
Air bertoksik
Tinjauan mendapati tebing-tebing bukit gondol ditarah dengan hanya sedikit pokok-pokok kayu hutan kelihatan di tepi tasik. Rimbunan raksasa pokok-pokok pandan rasau pula tidak lagi unik disebabkan air tasik terlalu keruh.
Beberapa pusingan menaiki bot tidak mengujakan kerana tidak kelihatan apa pun yang boleh diabadikan untuk menunjukkan Tasik Chini sebagai daya tarikan pelancongan, kecuali seekor burung pucung besar sedang bertenggek di atas tunggul kayu.
Pokok-pokok teratai yang sebelum ini menjadi 'signature' Tasik Chini juga ibarat 'hidup segan mati tak mahu', meninggalkan pemandangan yang ada tidak ubah seperti tasik biasa. Difahamkan panorama bunga teratai itu tidak kelihatan selepas ia dihanyutkan dalam banjir besar beberapa bulan lalu.
Bot dinaiki kami tersangkut beberapa kali, walaupun pada ketika itu hujan mencurah dan menurut pemandunya, mereka sendiri sukar menjangka di mana kawasan yang cetek walaupun ia adalah laluan biasa untuk menangkap ikan.
"Selalunya dahulu, selain bunga teratai, pelawat juga akan disambut spesis itik dipanggil 'itik raya', tetapi sejak beberapa tahun, unggas itu tidak lagi kelihatan," kata pemandu bot lagi.
Kami juga mendaki sebuah bukit berhampiran untuk melihat kesan perlombongan dan mendapati kawasan berkenaan gondol dan ada longgokan bijih besi yang dikatakan ditinggalkan sejurus aktiviti itu dilarang kerajaan negeri.
Menurut pemandu arah, ada beberapa lokasi di tasik berkenaan yang airnya terlalu dalam dan berwarna biru seperti kawasan digelar Laut Sepuluh, namun sekali pun kelihatan jernih, airnya dikatakan bertoksik kerana ia kawasan mencuci hasil lombong.
Lereng bukit ditarah
Sementara itu, tinjauan di Bukit Ketaya mendapati sebahagian besar lereng bukit habis ditarah, meninggalkan sebahagian sahaja ditanam dengan pokok hutan, manakala bahagian lain ditutup tumbuhan tutup bumi untuk memastikan kehijauan persekitaran Tasik Chini.
Penduduk Orang Asli, Robert Bia ketika ditemui, mengakui bimbang aktiviti perlombongan kembali semula sekiranya UNESCO mendapati Tasik Chini tidak lagi memenuhi kriteria ditetapkan badan itu untuk menjadi sebahagian Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR).
"Itu kebimbangan utama kami selepas beberapa tahun terkesan dengan aktiviti perlombongan. Kita sudah lihat kesannya hari ini dan kenapa ia perlu dihentikan. Jika UNESCO lucutkan status itu, kami bimbang Tasik Chini akan dilombong semula.
"Jika itu berlaku, pastinya kami masyarakat minoriti di sini akan menanggung akibat yang lebih teruk," kata nelayan itu sambil menambah, ketika ini ramai penduduk kampung terpaksa melakukan kerja di daratan seperti menoreh getah kerana sumber pendapatan dari tasik itu sudah berkurangan.
"Memang setiap hari kami keluar memukat ikan untuk dijual, tetapi hasilnya tidak cukup untuk menampung kehidupan. Keadaannya memang berbeza sebelum aktiviti perlombongan bermula," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/tasik-makin-cetek-akibat-aktiviti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tegaskan Tiada Lagi Kebenaran Lesen Melombong Di Luluskan Di Sekitar Tasik Chini

Kerajaan Tegaskan Tiada Lagi Kebenaran Lesen Melombong Di Luluskan Di Sekitar Tasik Chini

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 227 hits
nbsp KUALA LUMPUR Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menegaskan semua aktiviti yang boleh menjejaskan alam sekitar termasuk kelulusan pengambilan pasir dan mineral serta pembangunan di Tasik Chini Pahang sudah dihentikan Menterinya Datuk Ta...
Kerajaan Yakin Status Tasik Chini Tidak Terlucut Kata Takiyuddin

Kerajaan Yakin Status Tasik Chini Tidak Terlucut Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 179 hits
Kerajaan yakin status Tasik Chini tidak terlucut kata Takiyuddin Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 Aug 2022
Takiyuddin Confident Tasik Chini Will Keep Unesco Status

Takiyuddin Confident Tasik Chini Will Keep Unesco Status

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 272 hits
Activities that could affect Tasik Chini including new approval for sand and mineral mining had been stopped KOTA BHARU The government is confident that Tasik Chini will not lose its status as part of the World Network of Biosphere Reserves...
Pru 15 Semakin Dekat Mungkin Sebulan Dua Lagi

Pru 15 Semakin Dekat Mungkin Sebulan Dua Lagi

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 211 hits
agendaily com03 08 2022PRU 15 bila masa sesuai diadakan Bayangan pilihan raya umum ke 15 semakin dekat diadakan sudah kelihatan dengan semua parti politik sudah mula masuk gear masing masing pelbagai aktiviti dan program tidak rasmi dijalan...
Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yakin Penuhi Kriteria Di Tetapkan Unesco September Ini

Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yakin Penuhi Kriteria Di Tetapkan Unesco September Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 288 hits
nbsp KUANTAN Semua usaha bagi memulihara Tasik Chini dekat Pekan Pahang sudah dilakukan kerajaan negeri sejak Ogos tahun lalu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri yakin semua proses pemuliharaan kawasan di s...
90 Mengaku Terjebak Aktiviti Rempit Akibat Terpengaruh Dengan Rakan Sebaya Kajian 3 Tahun

90 Mengaku Terjebak Aktiviti Rempit Akibat Terpengaruh Dengan Rakan Sebaya Kajian 3 Tahun

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 135 hits
90 mengaku terjebak aktiviti rempit akibat terpengaruh dengan rakan sebaya Kajian 3 tahunFoto Sekadar Hiasan Sahaja Google ImagesPengaruh rakan sebaya dan kerelaan diri sendiri merupakan penyebab utama seseorang individu itu terjebak dengan...
Tasik Chini Risks Losing Unesco Status According To Report

Tasik Chini Risks Losing Unesco Status According To Report

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 278 hits
Years of rampant mining and logging along its shores have poisoned the waters at Tasik Chini and stripped away swathes of natural habitat PETALING JAYA Malaysia has just two months to inform Unesco on how it plans to nurse Tasik Chini and i...
Govt Stops All Detrimental Activities To Save Tasik Chini Unesco Status

Govt Stops All Detrimental Activities To Save Tasik Chini Unesco Status

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 143 hits
All activities that could have adverse effects on the environment in Tasik Chini Pahang have been stopped which includes new approvals for sand and mineral extraction as well as development in the area Energy and Natural Resources Minister ...
Mb Pahang Beri Penjelasan Isu Risiko Tasik Chini Dilucut Status Rizab Biosfera Unesco

Mb Pahang Beri Penjelasan Isu Risiko Tasik Chini Dilucut Status Rizab Biosfera Unesco

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 253 hits
KUANTAN Semalam Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah semalam menitahkan supaya pajakan lombong di Tasik Chini yang tamat tempoh tidak disambung dan kawasan itu dihijau...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025