Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa Mot


Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT – FlySiswa MOT
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang bagi pelajar IPT bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Ini bermakna, pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak boleh mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini.
Pengenalan Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT (Subsidi Udara MOT @ FlySiswa) Kita sedia maklum bahawa tiket antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak ada kalanya terlalu mahal umpama pergi melancong ke luar negara.
Oleh itu, beliau berkata pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang ini walaupun hanya bernilai RM300 secara one-off, amat diperlukan oleh pelajar khususnya mereka yang berasal daripada keluarga B40.
Pemberian seperti ini baik secara one-off sedikit sebanyak meringankan beban pelajar dan keluarga mereka.
Ada pelajar IPTA yang terpaksa bekerja separuh masa semata-mata ingin mengumpul duit bagi membeli tiket kapal terbang memandangkan pinjaman PTPTN hanya mencukupi untuk perbelanjaan harian mereka.
Artikel berkaitan: Semakan Pinjaman PTPTN & Tarikh Bayaran Online
Jumlah Bantuan Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang IPT 2023 Kerajaan bersetuju memberikan bantuan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak.
Pemberian bantuan subsidi ini bakal memanfaatkan 56,000 pelajar IPTA dengan kos yang dikeluarkan kerajaan sebanaya RM16.8 juta.
Pemberian bantuan subsidi ini dibuat setelah Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar IPTA bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti  Terma & Syarat Permohonan FlySiswa Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:
Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut; berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia; berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan); Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline; Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan. Tarikh Semakan Kelayakan Seperti yang yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pemberian subsidi ini akan bermula pada 15 Ogos 2023 ini.
Tarikh Penebusan / Pembelian Tiket Kapal Terbang Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023.
Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Cara Semakan Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan, semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/) dan pelajar yang layak boleh memohon bantuan itu daripada mana-mana satu syarikat penerbangan.
Cara Pembelian Tiket Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dariapda mana-mana satu syarikat penerbangan berikut:
Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan Firefly) AirAsia BatikAir MYAirline Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.
Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
Rayuan FlySiswa Pelajar yang tidak layak menerima bantuan subsidi penerbangan FlySiswa ini boleh membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui universiti masing-masing.
Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.
Sila rujuk kenyataan media terkini dalam lampiran di bawah:
SIARAN MEDIA – KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (15 OGOS 2023)
INISIATIF BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI AWAM BAGI LALUAN DOMESTIK ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Susulan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada hari ini (15 Ogos 2023).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bantuan-tiket-penerbangan-ipt-subsidi-flysiswa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-tiket-penerbangan-ipt-subsidi-flysiswa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Bantuan Pelajar Ipt Terkini 2023 2024

Senarai Bantuan Pelajar Ipt Terkini 2023 2024

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 411 hits
Senarai Bantuan Pelajar IPT Terkini 2023 2024 Bantuan pelajar IPT merupakan salah satu inisiatif penting yang ditawarkan oleh kerajaan atau pihak berkuasa untuk membantu pelajar dalam menanggung kos pendidikan di peringkat pengajian tinggi ...
Tbs Tiket Online Semakan Jadual Perjalanan Pembelian Tiket

Tbs Tiket Online Semakan Jadual Perjalanan Pembelian Tiket

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 247 hits
Bagi penumpang bas yang turun atau naik bas di Terminal Bersepadu Selatan maka jangan lupa untuk menggunakan aplikasi TBS Online Dengan kemudahan secara dalam talian ini segala urusan pembelian tiket bas boleh dilakukan dengan sangat mudah ...
Hiburan Aku Nak Anak Kau B Doh Gila Anak Sendiri Cuma Dapat 2a Ibu Busuk Hati Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A

Hiburan Aku Nak Anak Kau B Doh Gila Anak Sendiri Cuma Dapat 2a Ibu Busuk Hati Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 291 hits
Baru baru ini seorang perawat Islam ada berkongsikan video di laman TikToknya mengenai masalah yang dihadapi oleh seorang gadis remaja Difahamkan ibu gadis tersebut sempat berkongsikan di laman media sosialnya keputusan cemerlang Sijil Pela...
Pakej Tusyen Rahmah Untuk Semua Pelajar

Pakej Tusyen Rahmah Untuk Semua Pelajar

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 334 hits
Pakej Tusyen Rahmah Untuk Pelajar B40 Inisiatif Payung Rahmah yang Dicanangkan oleh KPDN untuk Pendidikan Tambahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di bawah pimpinan Datuk Seri Salahuddin Ayub telah mengumumkan pelanc...
Melangkah Ke Dunia Keilmuan Pengalaman Menarik Pelajar Tempatan Di Cambridge

Melangkah Ke Dunia Keilmuan Pengalaman Menarik Pelajar Tempatan Di Cambridge

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 335 hits
Imperium International College berazam melahirkan pelajar berilmu untuk menangani isu semasa dalam industri Bagi memastikan kekal berdaya saing di peringkat global kemahiran dan ilmu sahaja tidak mencukupi Kini pengalaman baharu dan unik me...
Kpm Siasat Kes Pelajar Oku Dibuli Guru

Kpm Siasat Kes Pelajar Oku Dibuli Guru

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 337 hits
KEMENTERIAN Pendidikan sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan aduan seorang pelajar Orang Kurang Upaya yang dibuli oleh gurunya di sekolah Menterinya Fadhlina Sidek berkata semua pihak termasuk sekolah yang terlibat sudah d...
Taufan Khanun Badai Jepun 350 Penerbangan Dibatalkan

Taufan Khanun Badai Jepun 350 Penerbangan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 296 hits
TAUFAN Khanun melanda wilayah Kagoshima dan Kumamoto di barat daya Jepun pada Rabu dan kini bergerak ke arah utara lapor Agensi Anadolu memetik penyiar tempatan NHK Pegawai kaji cuaca memberi amaran tentang kejadian tanah runtuh banjir limp...
Soalan Popular Temuduga Kerjaya Cabin Crew Penerbangan

Soalan Popular Temuduga Kerjaya Cabin Crew Penerbangan

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 315 hits
Berikutan tentang perkongsian kami tentang Temuduga CabinCrew AirAsia 2023 semalam ramai yang bertanyakan tentang soalan bocor tentang temuduga ini Kami bukan dari AirAsia kami sekadar berkongsi maklumat tentang iklan kerja kosong sahaja Ta...
Pelajar Cedera Parah Perut Tertusuk Buluh Bendera Parti

Pelajar Cedera Parah Perut Tertusuk Buluh Bendera Parti

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 190 hits
MalaysiakiniSeorang remaja lelaki cedera parah akibat perutnya tertusuk buluh setelah motosikal yang ditunggangnya terlanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang berisi muatan itu dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Gua Musang Jeli di K...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa