Semakan Nama Layak Program Rebat Bil Elektrik Percuma Rm40
Bermula 1 Januari 2019 depan kerajaan akan mula melaksanakan program Rebat Bil Elektrik RM40.00 untuk membantu keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.
Melalui program bantuan kerajaan secara bersasar itu, ketua isi rumah miskin tegar dan miskin disahkan dalam sistem eKasih akan menerima bil elektrik secara percuma sehingga RM40 setiap bulan bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik mereka.
Contohnya, jika penggunaan elektrik di bawah RM40 sebulan, isi rumah berkenaan akan menerima bil elektrik RM40 percuma secara automatik.
Namun sekiranya penggunaan elektrik melebihi RM40 sebulan, isi rumah tersebut hanya perlu membayar baki bil selepas ditolak bantuan rebat sebanyak RM40.
Program bil elektrik percuma ini telah diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2019 pada 2 November 2018 yang lalu.
Anda boleh membuat semakan sama ada anda layak menerima bil elektrik percuma tersebut menerusi portal Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) di pautan berikut:
MESTECCAtau menghubungi talian My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.
Selain itu pengguna juga boleh membuat semakan kelayakan menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui talian Careline 1-300-88-5454.
Bagi pengguna eKasih yang layak tetapi tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB, pengguna boleh membuat permohonan bagi mengistiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang permohonan di mana-mana kedai Tenaga TNB yang berdekatan dengan membawa bersama salinan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan.
Bagi pengguna yang tidak layak setelah semakan dibuat dan ingin mendaftar dalam program eKasih pula, anda boleh merujuk kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan/ Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPNegeri/JPP), ICU JPM di peringkat negeri dan di Unit Pembangunan Pejabat Daerah.
Program rebat bil elektrik RM40 merupakan program baru yang diperkenalkan bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019. Program ini menggantikan program rebat bil elektrik RM20 yang tamat pada bulan Disember 2018.
Sumber
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sensasimedia.com/2018/12/semakan-nama-layak-program-rebat-bil-elektrik.html