Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019. Assalammualaikum semua! Masih ingat lagi tentang artikel Muslim Volunteer Malaysia yang ruby tulis dahulu? http://ruby.my/2018/11/muslim-volunteer-malaysia/. Kini mereka telah bersiap sedia untuk pengembaraan baru dan penambahan Ikon MVM bagi tahun 2019. Bagi ruby, MVM adalah salah satu agensi kemanusiaan yang sangat aktif dan kreatif. Mereka tidak duduk diam walaupun sudah menempa nama di Malaysia. Mereka terus turun padang membantu masyarakat. Subhanallah, moga diberik kesihatan yang baik kepada semua sukarelawan dan dimurahkan rezeki. Berkat kehidupan di dunia dan diakhirat.
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan insyaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan. Pada 2017 MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 -Anugerah Perdana Menteri yang dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
En Muhammad Bin Jantan (Presiden Muslim Volunteer Malaysia)
Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu. Kini kita akan meninggalkan tahun 2018 dan pada tahun 2019 Muslim Volunteer Malaysia bakal melaksanakan 89 program kemanusiaan! Wah, mereka sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan dan sudah bersiap sedia. Semoga dipermudahkan!
Winter Mission 3.0
Bagaimanalah nasib mereka menempuh musim sejuk tanpa selimut dan baju sejuk. Malah, ramai di antara mereka yang tidak dapat lena dan menggigil teruk di malam hari akibat terlalu sejuk. Ternyata suhu di s?ana boleh mencecah satu darjah celsius pada waktu malam dan hanya meningkat kepada tiga atau empat darjah celsius pada waktu siang. Persoalan yang timbul adalah bagaimana pelarian Syria meneruskan kehidupan dengan kekurangan bekalan makanan dan kelengkapan pakaian musim sejuk??
Apakah anak-anak sekecil ini tahan dengan kesejukan yang mencengkam tubuh badan mereka tanpa baju sejuk yang tebal membaluti mereka? Allahuakhbar, semoga rakyat di sana mampu mengharungi musim sejuk nanti. Kita di sini adakah hanya mahu melihat? Rentetan dari itu, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah bekerjasama dengan Global Peace Mission Malaysia (GPM) dalam misi bantuan ini bagi mengumpul dana untuk rakyat Syria di sana.
Maklumat Bantuan :
Sasaran : RM300,0001 Kotak Makanan : RM1001 Helai Baju Sejuk : RM150 Tarikh tutup sumbangan : 31 Januari 2019
Rakyat Syria Kini Sedang Bersedia Dengan Segala Kemungkinan Yang Berlaku. Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) untuk membantu menyalurkan bantuan Baju Sejuk dan Kotak Makanan kepada 6,000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria – Turki. MVM akan menjalankan kempen pengumpulan dana ini melalui media sosial (crowd funding) selama 2 bulan mulai bulan ini untuk mengumpul dana sebanyak RM 300,000 bagi tujuan misi ini. Kami juga mengalu-alukan sumbangan atau tajaan dari badan-badan korporat. MVM dijangka akan menghantar sukarelawan bagi menghantar sendiri bantuan kepada mereka yang memerlukan disana pada 16 hingga 25 Januari 2019 bersama sukarelawan dari GPM.
Alhamdulillah, pada misi yang pertama MVM telah berjaya menghantar RM100,000 bantuan yang merangkumi bantuan kit musim sejuk dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS). Pada awal Januari 2018 yang lalu pula (misi yang kedua), sekali lagi MVM bekerjasama dengan MLLFS telah menghantar bantuan sejumlah RM 200,000 yang merangkumi bantuan Baju Sejuk, Selimut dan Susu Bayi. Bantuan yang diberikan dapat memberi manfaat kira-kira kepada 3000 pelarian di Kem Pelarian Syria di Turki dan Syria. Tuntasnya, jika misi bantuan pada tahun ini berjaya dilaksanakan, jumlah keseluruhan dana yang telah dihantar adalah sebanyak RM600,000.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas boleh layari website donation MVM di www.donation.mvm.org.my
Ikuti Ikon MVM 2019
MVM mengadakan hubungan strategik dengan selebriti dan usahawan terkemuka di Malaysia dari pelbagai latar belakang yang secara umummnya dapat memberi lmpak ikutan masyarakat dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan. Hubungan strategik ini juga memberi peluang kepada selebriti yang ingin mempengaruhi aspek sosial masyarakat dalam melaksanakan aktiviti kebajikan ini sebagai contoh ikutan kepada generasi akan datang.
Kemajuan teknologi dalam bidang komunikasi telah mempercepatkan segala perkongsian mereka sehingga ke serata dunia dalam masa yang singkat. Ikutan masyarakat sesetengah selebriti melalui laman media sosial mampu mempengaruhi masyarakat dalam segala bentuk hebahan yang ditularkan. Hebahan yang berbentuk positif disusuli semangat dalam kehidupan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan akan memberi impak yang besar kepada masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda yang mula cakna dengan isu semasa.
En Syah dari Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan Malaysia)
En Rahim dari Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan Malaysia)
Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)
Puan Emayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra)
Noorsyarmilla Binti Jirin / Mila Jirin (Penyanyi dan Usahawan)
Muslim Volunteer Malaysia sangat berbesar hati menerima Ikon baharu dari barisan-barisan selebriti seperti
Ustaz Dato’ Dr. Mohd lzhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysa).Noorsyarmilla Binti Jirin (Penyanyi dan Usahawan), Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan Malaysia), Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)Puan Emayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra)
Kesemua Ikon MVM bersetuju untuk bekerjasama menjadi Ikon MVM 2019 dan bersedia memainkan peranan dalam menyebar kebaikan kepada masyarakat tempatan. Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-3 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun 2017. MVM telah berjaya bekerjasama sehingga kini bersama dengan Dato’ Fadzilah Mohamad Kamsah, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Diana Amir dan Azmi Saat.
Bina Kerjaya Sebagai Sukarelawan
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM)adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.
Terdapat dua pakej penyertaan yang anda boleh pilih.
RM 50 untuk penyertaan sukarelawan selama 1 TAHUNRM 100 untuk penyertaan sukarelawan selama SEUMUR HIDUP
Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia sentiasa dijaga. Anda akan diberi pelbagai pendedahan dalam menguruskan tugasan. Penampilan anda juga tampak eksklusif dengan tshirt berlogo dan jaket vest. Dalam Islam juga menekankan penjagaan penampilan dan kebersihan. Inilah contoh ciri-ciri yang amat menarik perhatian ruby untuk menggalakkan anak-anak muda sertai Sukarelawan. Sukarelawan juga boleh jadi kerjaya. Anda adalah orang bertanggungjawab menjaga amanah dari kami sebagai pemberi sumbangan dan doa.
Ruby ada dua sahabat yang minat menjadi sukarelawan. Salah seorang teringin travel, tetapi tidak mampu untuk meneroka sesuatu negara. Jadi, beliau join sukarelawan di mana-mana agensi di negara tersebut. Bantu beri makanan kepada gelandangan, tolong angkat barang dan dari situ beliau belajar budaya dan makanan orang sana. Lagi seorang adalah doktor dan mula sertai Sukarelawan. Nampak gambar mereka di banyak misi kemanusiaan. Alhamdulillah.
Beri Sumbangan Kepada Muslim Volunteer Malaysia
MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.
MVM telah mengembangkan sayap Operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia. Harapan MVM untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti dlupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.
MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta. individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain. Sumbangan anda dapat membantu ramai orang. Muslim Volunteer Malaysia akan menyalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan tanpa kita sendiri tidak tahu siapa dan dimana. Moga diberkati setiap sumbangan anda! Rujuk laman ini https://mvm.org.my/sumbangan untuk pilih sumbangan yang anda inginkan.
Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel :
[email protected]
Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
EmeI:
[email protected]Telefon: 603-8074 0434
Alamat: Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
1. Facebook : www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
2. Instagram : www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
3. Telegram : www.t.me/MuslimVolunteerMalaysia
4. Twitter : www.twitter.com/volunteermvm
5. Youtube : www.youtube.com/MuslimVolunteerMalaysia
6. Laman Web : www.mvm.org.my
The post Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019 appeared first on RUBY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ruby.my/2018/12/muslim-volunteer-malaysia-bakal-melaksanakan-89-program-kemanusiaan-pada-tahun-2019/