Peguam Sahkan Rakaman Suara Zara Dan Ibu Tulen Minta Henti Sebar Spekulasi



KUALA LUMPUR: Seorang peguam kepada keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular, memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkenaan ‘Kak M’, adalah rakaman sebenar.
Peguam, Hamid Ismail, yang dilantik ibu Zara, Noraidah Lamat, berkata rakaman suara berkenaan sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dalam perkembangan sama, Hamid menasihatkan orang ramai agar berhenti mencetuskan pelbagai teori dan menyebarkan spekulasi tidak berasas berkaitan kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
Ini susulan kewujudan pelbagai naratif liar di media sosial yang menurutnya bukan sahaja mengganggu proses siasatan, malah berpotensi mencemarkan imej serta maruah mangsa dan keluarganya.
Hamid menegaskan, tumpuan semua pihak seharusnya terarah kepada proses keadilan dan bukannya menambah kekeliruan melalui spekulasi sensasi.
“Hentikan buat spekulasi sebegitu,” katanya ringkas ketika diminta mengulas dakwaan terbaharu yang berlegar di media sosial, mendakwa kononnya Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh sehingga mengalami kecederaan dalaman, lapor BH Online.
Dakwaan itu tular sejak beberapa hari lalu menerusi pelbagai akaun tidak dikenali di media sosial, antaranya mengaitkan kecederaan Zara dengan tekanan mesin basuh, kononnya digunakan oleh pembunuh untuk menghapuskan cap jari dan DNA.
Setakat ini, tiada sebarang pengesahan atau petunjuk daripada pihak berkuasa berkenaan kewujudan elemen yang dikaitkan dalam teori terbabit.
Allahyarham Zara, pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar, ditemui parah dan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama pada awal pagi 16 Julai lalu, sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu, pada jam 11 pagi keesokan harinya.
Kematian remaja itu mencetuskan reaksi meluas dalam kalangan masyarakat selepas timbul dakwaan wujud unsur buli serta kelemahan dalam siasatan awal, termasuk tiada bedah siasat dilakukan sebelum pengebumian.
Peguam Mohon Inkues, Kubur Digali Semula
Peguam keluarga sebelum ini turut memohon agar kubur pelajar digali semula untuk bedah siasat dan meminta inkues dijalankan di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk menentukan punca sebenar kematian.
Dalam kenyataan berasingan semalam, peguam menghantar surat kepada Peguam Negara memohon serta merayu empat perkara termasuk supaya kertas siasatan kes kematian Zara dikembalikan kepada PDRM dan siasatan dibuka semula demi keadilan.
Dalam kenyataan bersama semalam, peguam Hamid dan Shahlan Jufri juga memohon siasatan diketuai pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman, seterusnya kubur Zara Qairina digali semula supaya bedah siasat dibuat bagi menentukan punca sebenar kematiannya serta inkues diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah.
Peguam berkenaan menegaskan, Noraidah tidak mengharapkan kemenangan dalam siasatan terbabit, sebaliknya hanya mahukan keadilan bagi anaknya, malah sentiasa bersedia untuk membantu polis dalam siasatan.
Rakaman suara antara dua beranak itu menarik perhatian warga maya selepas kematian Zara Qairina dikaitkan dengan dakwaan insiden buli di sekolah berkenaan.
Pelajar Tingkatan Satu itu sebelum ini dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kematian remaja tersebut mencetuskan reaksi meluas, terutama di media sosial, susulan dakwaan kejadian buli di sekolah berkenaan. – The Malaysian Update



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/08/06/peguam-sahkan-rakaman-suara-zara-dan-ibu-tulen-minta-henti-sebar-spekulasi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=peguam-sahkan-rakaman-suara-zar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 164 hits
Kes tragis yang menimpa adik Zara Qairina bukan sahaja menyayat hati malah mencetuskan trauma mendalam dalam kalangan ramai ibu bapa di Malaysia Segala bentuk perkongsian daripada pihak keluarga termasuk rakaman suara perbualan antara ibu d...
Hiburan Memang Ada Patah Seperti Yang Tular Peguam Sahkan Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina

Hiburan Memang Ada Patah Seperti Yang Tular Peguam Sahkan Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 147 hits
Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan wujud kecederaan pada tubuh remaja berusia 13 tahun itu seperti yang tersebar di media sosial berdasarkan pemerhatiannya sepanjang lapan jam proses bedah siasat di Jabatan Forens...
Ibu Zara Menangis Ketika Pengecaman Jenazah Peguam Nafi Dakwaan Tular

Ibu Zara Menangis Ketika Pengecaman Jenazah Peguam Nafi Dakwaan Tular

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 135 hits
KOTA KINABALU Suasana sayu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I apabila Noraidah Lamat ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menitiskan air mata ketika proses pengecaman jenazah anak tunggalnya Ahad Peguam yang me...
Hiburan Kes Zara Qairina Audio 44 Saat Disahkan Sahih Rakaman Sebenar Peguam

Hiburan Kes Zara Qairina Audio 44 Saat Disahkan Sahih Rakaman Sebenar Peguam

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 265 hits
Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular di media sosial memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan seorang individu digelar Kak M adalah...
Tragedi Zara Qairina Dia Tengok Tengok Sudah Zara Takut Rakaman Suara Tular Dedah Tekanan Emosi

Tragedi Zara Qairina Dia Tengok Tengok Sudah Zara Takut Rakaman Suara Tular Dedah Tekanan Emosi

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 127 hits
Tragedi Zara Qairina Dia tengok tengok sekilas sudah Zara takut rakaman suara terbaru ini sekali lagi meruntun hati rakyat Malaysia Suara seorang anak yang cuba bersuara dalam ketakutan kini menjadi bukti betapa pentingnya ibu bapa dan piha...
Tolong Hentikan Spekulasi Ibu Zara Qairina Dalam Keadaan Sangat Tertekan

Tolong Hentikan Spekulasi Ibu Zara Qairina Dalam Keadaan Sangat Tertekan

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 165 hits
Tragedi yang menimpa adik Zara Qairina 13 tahun terus menghantui fikiran masyarakat terutamanya golongan ibu bapa yang kini lebih sensitif terhadap isu buli pengabaian dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah Terbaru ibu kepada Allahyarha...
Peguam Sahkan Wujud Kecederaan Pada Jasad Zara Kongsi Pengalaman Di Bilik Bedah

Peguam Sahkan Wujud Kecederaan Pada Jasad Zara Kongsi Pengalaman Di Bilik Bedah

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 156 hits
Paling dinantikan semua pihak peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan terdapat kecederaan pada tubuh remaja berusia 13 tahun itu Perkara tersebut dimaklumkan selepas beliau membuat pemerhatian sepanjang proses bedah si...
Peguam Sahkan Zara Qairina Alami Kecederaan

Peguam Sahkan Zara Qairina Alami Kecederaan

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 131 hits
KOTA KINABALU Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan wujud kecederaan pada tubuh remaja berusia 13 tahun itu sebagaimana yang tersebar di media sosial lapor Sinar Harian Lapan Jam Pantau Bedah Siasat Peguam Shahlan Ju...
Menahan Diri Keluar Kenyataan Bedah Siasat Peguam Ibu Zara Qairina Pilih Berdiam Diri

Menahan Diri Keluar Kenyataan Bedah Siasat Peguam Ibu Zara Qairina Pilih Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 128 hits
Pasukan peguam yang mewakili Puan Noraidah Lamat 45 ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mengambil keputusan untuk menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan laporan bedah siasat anaknya Keputusan ini dibuat b...
Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

Oem Factory Malaysia Reliable Manufacturing Solutions For Global Brands In 2025

Influencers As Marketing Strategy

Penunggang Motosikal Terlelap Pembonceng Tercampak Dari Jejantas

Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Kita Bukan Data

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Comment On Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran By Sabree Hussin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

Chef Ini Raih Pujian Kongsi Resipi Guna Bahan Terhad Untuk Warga Gaza

Nineball Hingga Akhir Waktu Chord

Amirudin Consistently Engages Selangor Bn Leaders Says Aide

Why Malaysia Must Treat Espionage Scandal As Security Crisis

1mdb Jana Wibawa Show Need For Govt Procurement Bill Says Pm