Semakan E Ukcg 2022 Tarikh Keputusan Ukcg Tips Calon


Panduan, Tips & Tarikh Penting UKCG Bagi Calon IPG / ISMP
Semakan keputusan e-UKCG , Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) bagi Ambilan Khas PISMP boleh disemak pada 18 Ogos 2022 selepas jam 5.00 petang.
Untuk makluman, calon-calon diminta memberi perhatian tarikh penting semakan kelulusan e-UKCG di bawah.
Calon tidak dibenarkan menukar tarikh e-UKCG dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.
Baca juga: e-Recruit USM: Pendaftaran & Permohonan Jawatan Kosong USM
Cara Semakan Keputusan e-UKCG Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) konsisten dalam melaksanakan pemilihan calon guru yang berminat, berkelayakan dan berkualiti bagi memenuhi aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK 2012) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
e-UKCG hanya TERBUKA kepada calon yang telah mendaftar dan mengesahkan permohonan sahaja.
Calon hanya dibenarkan menduduki ujian ini seperti tarikh yang dinyatakan pada paparan ‘SEMAKAN KEPUTUSAN’ dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pastikan anda telah membaca arahan dan bersedia sebelum menjawab soalan.
Cara semakan Keputusan e-UKCG IPG
https://pismp.moe.gov.my/
Semakan online juga boleh dibuat di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang masalah teknikal :
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN,
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
Emel : | [email protected] |
Apakah UKCG & eUKCG? UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru
e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.
Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.
Tips Temuduga UKCG Tip dan Panduan e-UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru)
Calon-calon boleh menyaksikan sebuah video panduan dan tips yang dikongsikan oleh Institut Pendidikan Guru KPM -Rasmi untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG):
“Jom Jadi Cikgu” Siri 2
https://www.facebook.com/ipgKemPendidikan/videos/1120369408524390
Ada kawan minta tips untuk temuduga UKCG bagi jawatan PPP DG41 (Contract of Service) yang akan bermula esok.
Point no.7 ramai yang terlepas pandang.
Apakah UKCG?
UKCG ataupun sebenarnya dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi.Soalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.Soalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.Soalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.Soalan UKCG ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama. : Dia nak tengok kita ini tetap pendirian ataupun tidak. Jadi jawablah jawapan yang sama.
No.7 ini paling ramai yang gagal. Jom tengok
Soalan akan menguji psikologi / tahap kewarasan bakal guru. Contohnya soalan makhluk ghaib. : Dia akan tanya pernah dengar bisikan, gangguan suara ataupun kelibat bayangan.
Secara am, soalan berkisar tentang Personaliti yang perlu ada pada seorang guru. : Sama ada pandai sosial, boleh bekerja secara kumpulan, boleh dengar arahan daripada ketua dan soal kepimpinan.
Biasanya soalan berkisar ini juga. Boleh pulun study. Apa pun cubalah jawab secara jujur. Ada sebab kenapa UKCG dijalankan.
Moga terlahirnya guru yang berkualiti.
Wish you all Good Luck!
*Sumber: Facebook Nabilah Md Harun.
Tarikh Ujian eUKCG 2022 e-UKCG dijalankan pada tarikh berikut:
Pelaksanaan UKCG secara dalam talian (e-UKCG) : 20 April – 29 April 2022Semakan keputusan UKCG : 28 Jun – 3 Julai 2022 Lokasi / Cara Menjawab e-UKCG e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.
Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.
e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT.
Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.
Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.
Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.
Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:
Pautan: https://ukcg.moe.gov.my/
Baca juga: PISMP 2022: Permohonan IPG Online Bagi Lepasan SPM
Tarikh Semakan Keputusan Calon Jaya Pengumuman rasmi calon jaya adalah dibuat dari semasa ke semasa mengikut ambilan dan temuduga.
Semakan online boleh dibuat di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/
Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) bagi Ambilan Khas PISMP boleh disemak pada 18 Ogos 2022 selepas jam 5.00 petang.
Sila layari
https://pismp.moe.gov.my/
Maklumat Lanjut Sila hubungi saluran berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
https://mypdpp.moe.gov.my/
Maklumat terkini berkaitan proses pengambilan PISMP 2022 boleh diakses menerusi portal PISMP.
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
Emel : | [email protected] |
https://pismp.moe.gov.my/kalendar.cfm/
Maklumat lain yang berkaitan boleh juga dilayari di facebook Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, IPGM
https://www.facebook.com/Jabatan-Pengambilan-dan-Penempatan-Ipgm-Kpm-100358478320097/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/e-ukcg-ujian-kelayakan-calon-guru/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=e-ukcg-ujian-kelayakan-calon-guru

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Upuonline 2022 2023 Tarikh Semakan Keputusan

Rayuan Upuonline 2022 2023 Tarikh Semakan Keputusan

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 306 hits
Hebahan Keputusan Rayuan UPU ONLINE Lepasan SPM Setaraf Sesi Akademik 2021 2022 Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan rayuan UPU Online lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2021 2022 adalah mulai 22 Ogos 2022 hingga 26 Ogos 2022 Sila ru...
Muet On Demand 2022 Daftar Semakan Keputusan

Muet On Demand 2022 Daftar Semakan Keputusan

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 341 hits
Muet On Demand 2022 Majlis Peperiksaan Malaysia kini menawarkan Ujian MUET on Demand secara Computer Based Test yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018 Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand ...
Badminton Kejohanan Dunia Bwf 2022 Jadual Keputusan

Badminton Kejohanan Dunia Bwf 2022 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 271 hits
Kejohanan Dunia BWF 2022 akan berlangsung bermula 22 hingga 28 Ogos bertempat di Tokyo Jepun Kejohanan Dunia BWF 2022Tarikh 22 Ogos 28 Ogos 2022Tempat Tokyo JepunPemain MalaysiaPerseorangan Lelaki Lee Zii Jia Ng Tze Yong Liew DarenPerseoran...
Keputusan Separuh Akhir Piala Fa Malaysia 6 Ogos 2022

Keputusan Separuh Akhir Piala Fa Malaysia 6 Ogos 2022

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 278 hits
Keputusan perlawanan bola sepak Separuh Akhir Piala FA 2022 melibatkan satu perlawanan antara Terengganu FC dan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Separuh Masa KeduaTerengganu FC 0 1 Selangor FC24 Mohd Norhakim 49 Faisal Hali...
Album Terbaru Blackpink 2022 Tarikh Album Kedua Blackpink Born Pink Telah Diumumkan

Album Terbaru Blackpink 2022 Tarikh Album Kedua Blackpink Born Pink Telah Diumumkan

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 302 hits
Girl group yang dikenali ramai dari korea selatan Blackpink membuat mengumuman tentang tarikh album kedua dilaman sosial baru baru ini Pengumuman tersebut membuatkan ramai peminat rasa sangat teruja Setelah hampir dua tahun hiatus Blinks ki...
Tips Ke Maha 2022 Maeps Serdang

Tips Ke Maha 2022 Maeps Serdang

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 176 hits
Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bermula hari ini 4 Ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022 selepas empat tahun tiada penganjuran MAHA MAHA 2022 Pameran Pertanian Te...
Myspr Semak Semakan Daftar Pemilih Pengundi Spr Online 2022

Myspr Semak Semakan Daftar Pemilih Pengundi Spr Online 2022

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 330 hits
MySPR Semakan Daftar Pemilih Pengundi SPR Online 2022 Tahukah anda pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian Ianya lebih mudah cepat dan...
Semakan Keputusan Stpm 2021 Secara Online Atau Sms

Semakan Keputusan Stpm 2021 Secara Online Atau Sms

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 149 hits
Semakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2021 akan dikeluarkan pada hari Khamis 18 Ogos 2022 seperti yang telah dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia Calon sekolah boleh mengambil slip keputusan peperiksaan STPM 2021 di s...
Terkini Semakan Bkm Fasa 3 Bulan September Tahun 2022

Terkini Semakan Bkm Fasa 3 Bulan September Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 176 hits
Berita baik buat semua rakyat Malaysia pengkreditan bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 akan dikreditkan tidak lama lagi Bayaran ini merangkumi beberapa kategori termasuk Bujang Isi Rumah serta Warga Emas Pada rencana kali ini kam...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h

3 Ayat Pelaris Jualan Tak Perlu Sebut Brand

Breakthrough Your Fitness Plateau Vo2 Max Testing Personalized Plans