Myspr Semak Semakan Daftar Pemilih Pengundi Spr Online 2022


MySPR: Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022 (mySPRSemak)
Tahukah anda, pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian.
Ianya lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.
Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih.
Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN Semakan Daftar Pemilih Tambahan akan dibuka mulai 16 Ogos hingga 14 September 2022.
Semakan ini melibatkan:
Pemilih baru berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik.Pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan rayaPemilih bertukar status / kategori pengundi Semakan SPR boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;Aplikasi mudah alih MySPR Semak;Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018. TUNTUTAN
Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang mendapati namanya tiada dalam senarai semakan daftar pemilih boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam senarai tetapi mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
BANTAHAN
Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.
Cara Semakan Daftar Pemilih Online (MySPRSemak) Bagi yang telah mendaftar tapi ingin membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:
Pergi ke Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;Isikan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan.Tekan butang ‘Semak’.Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan. Nota: Anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
Jika anda masih belum mendaftar atau tidak didaftarkan, atau jika anda ingin membuat pertukaran alamat mengundi, sila rujuk langkah di bawah.
Sistem Pendaftaran Pemilih / Pengundi Oleh SPR Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
Pendaftaran Barupendaftaran pemilih buat pertama kali.Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Rayapermohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu. Syarat Kelayakan Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:
Warganegara Malaysia Berumur 21 tahun ke atas.Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkanTidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa. Baca juga : Proses Tukar Nama / Hakmilik Kenderaan Bagi Pemilik Meninggal Dunia
Cara Daftar Mengundi Online Melalui Portal MySPR DAFTAR SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.
Anda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah.
MySPR Daftar: 3 Langkah Mudah Daftar Pengundi Online Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna
Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
Nombor telefon bimbit yang sahEmel yang sahGambar depan kad pengenalanGambar swafoto bersama kad pengenalan Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
Untuk memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.
Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Isi Borang A
Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Di Kad Pengenalan Secara Manual NOTA: Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.
Sila rujuk makluman dari JPN yang terkini dalam infografik di bawah:
Baca juga : SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak
Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual Bagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:
Kaunter Pendaftaran Pemilih
Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 PutrajayaPejabat-Pejabat Pilihan Raya NegeriPejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negaraKaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramaiPejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-missionPenolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:
https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr
Maklumat Lanjut MySPRSemak Untuk butiran lanjut tentang MySPRSemak sila hubungi hotline SPR di
No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018
ATAU
Ajukan soalan melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/spr-daftar-pengundi-online-myspr/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=spr-daftar-pengundi-online-myspr

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Keputusan Stpm 2021 Secara Online Atau Sms

Semakan Keputusan Stpm 2021 Secara Online Atau Sms

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 199 hits
Semakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2021 akan dikeluarkan pada hari Khamis 18 Ogos 2022 seperti yang telah dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia Calon sekolah boleh mengambil slip keputusan peperiksaan STPM 2021 di s...
Semakan E Ukcg 2022 Tarikh Keputusan Ukcg Tips Calon

Semakan E Ukcg 2022 Tarikh Keputusan Ukcg Tips Calon

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 368 hits
Panduan Tips Tarikh Penting UKCG Bagi Calon IPG ISMP Semakan keputusan e UKCG Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal bagi Ambilan Khas PISMP boleh disemak pada 18 Ogos 2022 selepas jam 5 00 petang Un...
Maraeps Cara Daftar Buat Pembayaran Mara Online

Maraeps Cara Daftar Buat Pembayaran Mara Online

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 438 hits
Seiring dengan kemajuan teknologi pihak Majlis Amanah Rakyat atau MARA telah membangunkan MARAeps Platform ini boleh diguna pakai oleh kesemua pihak yang berdaftar dengan platform ini khususnya bagi penerima pengguna kemudahan dan fasiliti ...
Kemaskini Bkm 2022 Online

Kemaskini Bkm 2022 Online

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 401 hits
Kemaskini BKM 2022 Online Pasti anda tertanya tanya macam mana cara kemaskini BKM 2022 Adakah masih perlu kemaskini kalau sudah layak BPR Untuk pengetahuan tarikh kemaskini BKM telah tamat pada 31 Januari 2022 Namun kemaskini BKM akan dibuk...
Terkini Semakan Bkm Fasa 3 Bulan September Tahun 2022

Terkini Semakan Bkm Fasa 3 Bulan September Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 234 hits
Berita baik buat semua rakyat Malaysia pengkreditan bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 akan dikreditkan tidak lama lagi Bayaran ini merangkumi beberapa kategori termasuk Bujang Isi Rumah serta Warga Emas Pada rencana kali ini kam...
Cara Tukar Lokasi Mengundi Melalui Myspr Online Dan Pendaftaran Baharu

Cara Tukar Lokasi Mengundi Melalui Myspr Online Dan Pendaftaran Baharu

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 320 hits
Pendaftaran pengundi baharu dan pertukaran alamat kawasan mengundi boleh dilakukan melalui laman web MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut...
Rayuan Upuonline 2022 2023 Tarikh Semakan Keputusan

Rayuan Upuonline 2022 2023 Tarikh Semakan Keputusan

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 371 hits
Hebahan Keputusan Rayuan UPU ONLINE Lepasan SPM Setaraf Sesi Akademik 2021 2022 Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan rayuan UPU Online lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2021 2022 adalah mulai 22 Ogos 2022 hingga 26 Ogos 2022 Sila ru...
Egumis Cara Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online

Egumis Cara Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 259 hits
Sistem eGUMIS kini dilancarkan secara rasmi bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut online Sistem ini pada awalnya dijangka beroperasi suku kedua tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab sebab tertentu Namun bermula 1 Januari 2020 ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah