Semakan Dividen Asb Online Cara Kira Pendapatan Asbf


Cara Buat Semakan Pengagihan Pendapatan (Dividen ASB) Secara Online & Kaedah Pengiraan ASBF
Bulan Disember adalah bulan yang dinanti-nanti oleh mereka yang menabung dan membuat simpanan dalam Amanah Saham Nasional Berhad khususnya ASB.
Untuk makluman, PNB telah mengumumkan dividen pada 21 Disember 2023.
Dividen – 4.25% Bonus – 1.0% Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023. Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menabung, yang membolehkan transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB bermula 26 Disember 2023.
Urus niaga pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024, membolehkan pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan mulai Januari 2024.
Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB bermula 2 Januari 2024.
Kenyataan akhbar: https://asnb.my/KAASB2023
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB online.
Tentang Amanah Saham Bumiputera Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.
Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.
ASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.
Bagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.
Sejarah Pengagihan Pendapatan ASB 1990-2022 Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.
Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.
Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini.
SEJARAH PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 1990-2022
Dividen ASB Tahun 2022
Dividen – 4.60% Bonus – 0.50% Kadar Agihan – 5.10% Dividen ASB Tahun 2021
Dividen – 4.25% Bonus – 0.75% Kadar Agihan – 5.00% Yang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?
Cara Pengiraan Dividen ASB 2023 Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?
Cara kira dividen ASB adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:
Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember. Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan. Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus. Contoh mudah:
Formula
4.6% x Purata BMB = ……….
0.5% x 1st 30K Purata BMB = ………
Kiraan ASB yg tepat ialah dengan mengira Purata Baki Minimum Bulanan (BMB). Tapi jika sebut BMB, ramai yg tak faham walaupun dah berpuluh kali explain.
Jadi untuk kira mudah, dibawah ialah berapa yg korg akan dapat duit nanti. Kalau dalam akaun ASB korang ada duit cash yang banyak, mungkin lari lah sikit kiraan ni.
Sebab kiraan dividen bonus ASB ni ikut sijil ASBF + Cash.
ASBF 200k
Dividen : *RM9,200* Bonus 30k : *RM150* Total : *RM9,350* ASBF 150k
Dividen : *RM6,900* Bonus 30k : *RM150* Total : *RM7,050* ASBF 100k
Dividen : *RM4,600* Bonus 30k : *RM150* Total : *RM4,750* ASBF 50k
Dividen : *RM2,300* Bonus 30k : *RM150* Total : *RM2,450* Contoh 1
Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu.
Cara kiraannya adalah seperti berikut
= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)
= RM600
Contoh 2
Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun.
Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.
Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :
= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)
= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325
Dividen akan lebih banyak kita akan dapat jika kita simpan lump sum berbanding kita simpan sedikit-sedikit setiap bulan.
Ini adalah salah satu initiatif PNB untuk pastikan simpanan kita kekal dan tak galakkan kita sentiasa membuat pengeluaran.
Itu sebabnya cara kira dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan.
Jadi kalau kita buat pengeluaran, secara automatik baki simpanan kita akan berkurang.
Contoh Kiraan Jika Jumlah Simpanan Tetap / Tidak Berubah Contoh Kiraan (1):
Jumlah simpanan RM50,000 x 5 / 100 = RM2,500 dividen setahun. Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember) Contoh kiraan (2):
Jumlah simpanan RM50,000 x 0.05 sen = RM2,500 Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember) Semakan & Cara Kira Dividen (ASB Financing) ASBF Cara kira. Contoh kita ada buat ASBF 100k
Maka :
4.60% x 100k = RM4600
0.5% x 30k = RM150
TOTAL DAPAT = RM4750
If apply ASBF Pertengahan Tahun, kena kira prorate lah. Contoh apply bulan 7. Maka tahun ni bayar untuk 6bulan dari 12bulan.
Maka cara kira :
4.60% x 100k x (6/12)= RM2300
0.5% x 30k = RM150
TOTAL DAPAT = RM2450
SEMOGA BERMANFAAT
Cara semakan & kira Dividen ASBF (Tak sampai 12 bulan)
*Contoh baru buat 10 bulan dan buat ASBF RM100K
.
ASBF RM100K = Dividen Tahunan RM5,000
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)
RM5,000 / 12 = RM417
.
(Darabkan dengan 10 untuk dapakan anggaran dividen 10 bulan)
RM417 x 10 bulan = RM4,170
Baca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak
Tarikh Semakan Dividen ASB 2023 Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.
Semakan pengkreditan boleh dibuat mulai 1 Januari 2024 secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari 2024 di Kaunter ASNB.
Perkara ini diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui laman web ASNB.
Cara Semakan Dividen ASB Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.
Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.
myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Langkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:
Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali) Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan
*Rujuk tarikh penangguhan urusniaga ASB di bawah.
Jika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen
Zakat ASB Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Na mun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.
Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:
Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.
Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :
Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.
Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.
Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa
Jadi, dah seronok dapat dividen tu, jangan lupa bayar zakat ya!
Maklumat Lanjut Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2022 dan semakan pendapatan ASBF, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-semakan-dividen-asb-kira-asbf/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-semakan-dividen-asb-kira-asbf

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Myasnb Login Cara Daftar Asb Online Semakan Baki Dividen

Myasnb Login Cara Daftar Asb Online Semakan Baki Dividen

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 281 hits
MyASNB Login Cara Daftar ASB Online Semakan Baki Dividen Pelancaran portal msASNB atau ASB online adalah berita baik buat pengguna Amanah Saham Nasional Berhad Dengan portal myASNB ini kita dah tak perlu beratur panjang untuk menyimpan atau...
Cara Kira Dividen Asb 2023

Cara Kira Dividen Asb 2023

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 227 hits
Sekarang kita tahu dividen ASB untuk tahun 2023 adalah 5 25 atau 5 25 sen termasuk bonus Tapi macam mana nak kira berapa pengagihan pendapatan yang kita dapat BACA Pada tahun ini ASB tidak mengumumkan bonus tambahan seperti tahun 2022 yang ...
Cara Daftar Asb Online Online Registration Myasnb

Cara Daftar Asb Online Online Registration Myasnb

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 408 hits
Di artikel ini saya kongsikan beberapa cara mendaftar atau membuka akaun ASB Ada pelbagai cara Ada di kaunter ada di kiosk ada melalui laman web juga di aplikasi Moga bermanfaat Selain ke kaunter cawangan ejen ASNB anda juga boleh membuka a...
Dividen Asb 2023 Tarikh Agihan Kadar Bonus Semakan

Dividen Asb 2023 Tarikh Agihan Kadar Bonus Semakan

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 333 hits
TERKINI PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 PENGUMUMAN DIVIDEN Amanah Saham Nasional Berhad akan mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 tid...
Cara Bermain Casino Online Dengan Aman Di Situs Terbaik Di Indonesia

Cara Bermain Casino Online Dengan Aman Di Situs Terbaik Di Indonesia

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 195 hits
Cara Bermain Casino Online dengan Aman di Situs Terbaik di Indonesia Bermain casino online dengan aman di situs terbaik di Indonesia merupakan hal yang penting bagi para pemain judi online Dalam era digital seperti sekarang ini semakin bany...
Cara Daftar Dan Bermain Baccarat Online Di Indonesia

Cara Daftar Dan Bermain Baccarat Online Di Indonesia

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 243 hits
Cara Daftar dan Bermain Baccarat Online di Indonesia Halo para pecinta judi online di Indonesia Apakah Anda tertarik untuk mencoba permainan Baccarat online Jika ya Anda berada di tempat yang tepat Artikel ini akan membahas cara daftar dan ...
2 Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Online Dengan Mudah Dan Pantas

2 Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Online Dengan Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 350 hits
Adakah anda tahu cara untuk dapatkan dengan Mudah dan Pantas Cara untuk mendapatkan Bank Statement Maybank tidaklah sukar seperti yang dijangkakan oleh ramai pihak Hal ini kerana sekiranya anda telah mendaftar dengan Maybank2u ianya telah m...
Cara Bermain Judi Baccarat Online Yang Menguntungkan

Cara Bermain Judi Baccarat Online Yang Menguntungkan

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 138 hits
Cara Bermain Judi Baccarat Online yang Menguntungkan Halo para pecinta judi online Apakah Anda sedang mencari cara bermain judi baccarat online yang menguntungkan Jika ya maka Anda telah datang ke tempat yang tepat Dalam artikel ini kami ak...
Cara Tukar Kad Debit Tamat Tempoh Secara Online Tak Perlu Ke Bank

Cara Tukar Kad Debit Tamat Tempoh Secara Online Tak Perlu Ke Bank

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 130 hits
Tahun ni katanya ramai yang kena tukar kad debit Maybank kerana akan tamat tempoh dan lepas pada tarikh tu dah tak boleh nak guna dah kad debit tu Kalau nak pergi bank mesti kena buat temujanji dahulu Kalau tak urusan akan menjadi lebih lam...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa