Semakan Bantuan Ptptn Sarawak Pengurangan Bayaran Balik 30 Mulai 9 Mac 2021


SEMAKAN BANTUAN PTPTN SARAWAK:PENGURANGAN BAYARAN BALIK  30% MULAI 9 MAC 2021

APA ITU BANTUAN PTPTN SARAWAK?
BANTUAN PTPTN SARAWAK merupakan insentif bayaran balik untuk peminjam anak Sarawak.
Insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak.
Melalui Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak dengan PTPTN, di mana sebanyak RM30 juta diperuntukkan kerajaan Sarawak sebagai dana permulaan untuk pembayaran balik pinjaman bekas pelajar dari negeri ini dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pembayaran hutang pinjaman bekas pelajar yang layak itu dibuat menerusi Yayasan Sarawak.
Kerjasama antara Yayasan Sarawak dan PTPTN dalam menyelesaikan isu tunggakan bayaran pinjaman pelajar di negeri ini mampu meringankan beban hutang mereka yang terbabit.
Peminjam ini adalah terdiri daripada anak-anak Sarawak yang telah menyelesaikan 30% pinjaman mereka dan semakan boleh dibuat mulai 9 Mac 2021.
Baca tentang LANJUTAN MORATORIUM PTPTN 2021
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PTPTN SARAWAK 2021
Berikut adalah syarat kelayakan:
Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak; Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman; dan Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian). Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini. BAGAIMANAKAH KELAYAKAN PENGURANGAN SEBANYAK 30% DITENTUKAN?
Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.
CONTOH PENGIRAAN BANTUAN PTPTN SARAWAK
Berikut adalah contoh pengiraan:
Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan(RM15,000)
Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang(RM5,000)
Baki pinjaman(RM10,000)
Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak (RM 3,000)
Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam(RM7,000)
CARA  PELAKSANAAN INSENTIF BAYARAN BALIK  UNTUK PEMIMJAM ANAK SARAWAK
Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan.PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.
SEMAKAN STATUS BANTUAN PTPTN SARAWAK
Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak) mulai 9 Mac 2021.
SOALAN LAZIM
Adakah Insentif Ini Terhad Kepada Tempoh-tempoh Tertentu?
Tidak.
Bantuan PTPTN Sarawak ini terbuka kepada mana-mana peminjam yang mencapai 30% bayaran balik.
Siapakah yang layak sebagai kelompok pertama?
Bagi pemberian kelompok pertama, bayaran balik adalah sehingga 31 Oktober 2020.
Adakah pemimjam perlu meneruskan bayaran balik PTPTN?
Peminjam hendaklah meneruskan bayaran balik masing-masing agar dapat menikmati inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
PTPTN Careline: 03-2193 3000 Isnin – Jumaat | 9.00 pagi – 5.00 petang,sila rujuk media sosial Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
 
The post SEMAKAN BANTUAN PTPTN SARAWAK:PENGURANGAN BAYARAN BALIK  30% MULAI 9 MAC 2021 appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/semakan-bantuan-ptptn-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak Bantuan Ptptn Sarawak 2021 Online

Cara Semak Bantuan Ptptn Sarawak 2021 Online

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 559 hits
Cara Semak Bantuan PTPTN Berita baik buat anak Sarawak dan juga peminjam PTPTN Artikel hari ini khas untuk anda Apa itu Bantuan PTPTN Sarawak Bagaimana dengan syarat kelayakan bantuan ini Jom teruskan bersama kami di Pakarwang dengan artike...
Semakan Status Bpr 2021 Secara Online Jumlah Bayaran Bujang Berkahwin

Semakan Status Bpr 2021 Secara Online Jumlah Bayaran Bujang Berkahwin

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 612 hits
Semakan Status BPR 2021 Secara Online Seperti yang ditunggu tunggu Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR 2021 kini telah dibuka untuk permohonan semua BPR adalah bantuan terkini yang akan menggantikan BSH Tahukah anda apakah Bantuan Prihatin Rak...
Cara Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Yang Mudah

Cara Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Yang Mudah

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 397 hits
As salam Mari kita bayar hutang Nak selesaikan hutang dengan cepat Kita tolong menolong sesama kita PTPTN ada yang trauma dengar nama ini Atau tidur malam dan siang anda dibayangi oleh PTPTN Jangan risau ya adik2 dan abang2 serta kakak2 blo...
Semak Status Isinar Katogeri 2 Dibayar Mulai 02 Mac 2021

Semak Status Isinar Katogeri 2 Dibayar Mulai 02 Mac 2021

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 445 hits
Semak Status iSinar Katogeri 2 Dibayar Mulai 02 Mac 2021 Bagi pencarum yang pernah memohon pada Januari lepas korang boleh semak kelulusan korang Semakan boleh dibuat menggunakan link seperti berikut Semakan hanya perlu masukkan NO KAD PENG...
Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Semakan Status Warga Emas 2021

Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Semakan Status Warga Emas 2021

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 581 hits
PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA RM500 SEMAKAN STATUS WARGA EMAS 2021 Bantuan Orang Tua ini juga dikenali sebagai Kepada yang layak boleh buat permohonan Bantuan Orang Tua RM500 Bantuan ini telah dinaikan kepada RM500 daripada RM350 bermula 202...
Tukang Urut Dah Beli Redmi Note 10 Pro Pada 13 Mac 2021

Tukang Urut Dah Beli Redmi Note 10 Pro Pada 13 Mac 2021

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 511 hits
Dikhabarkan model ini berada secara rasmi di pasaran pada tarikh 15 Mac 2021 namun saya berjaya mendapatkan model Redmi Note 10 Pro pada 13 Mac 2021 Ianya dijual pada harga RM1099 00 untuk variasi 8gb RAM dan 128gb ROM Pilihan warna yang ad...
Pkpd Di Kampung Tringgus Bau Sarawak Mulai Esok

Pkpd Di Kampung Tringgus Bau Sarawak Mulai Esok

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 396 hits
PKPD di Kampung Tringgus Bau Sarawak mulai esok nbsp Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Mar 2021 7 12PM
Diizinkan Menko Luhut Tes Genose Akan Dipakai Di Bandara Mulai 1 April 2021

Diizinkan Menko Luhut Tes Genose Akan Dipakai Di Bandara Mulai 1 April 2021

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 341 hits
Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kemenhub Novie Riyanto mengungkapkan kegembiraannya lantaran tes GeNose sudah mendapat izin dari Menko Luhut
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

My Hometown Tanah Merah

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu