Semak Kereta Kena Tunda Dbkl Mbsa Mpaj Mpsj
SEMAK KERETA KENA TUNDA DBKL MBSA MPAJ MPSJ (Cara Selesaikan Masalah Denda Rayuan Lokasi Depoh Simpanan)
Kepada anda yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya tinggal di flat, Pangsapuri, Kondominium, Residensi dan sebainya sudah kebiasaannya jumlah parkir kereta yang disediakan tidak mencukupi setimpal dengan kereta yang ada. Dan ini akan menyebabkan anda terpaksa meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya dan tidak mustahilkah kereta anda kena tunda dengan pihak DBKL dan majlis Perbandaran Selangor. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara unbtuk menyelaikan masalah kereta kena tunda, semoga membantu.
KERETA KENA TUNDA DBKL
Berikut adalah merupakan cara menyelasikan sekiranya kereta anda ditunda oleh DBKL iaitu:
Cara Selesaikan Kereta Kena Tunda DBKL
Hubungi terlebih dahulu pihak DBKL untuk pemeriksaan kenderaan yang ditunda memandangkan beliau mungkin parkir di tempat yang tidak sepatutnya. Sekiranya tiada dalam rekod, barulah kita buat laporan polis.
Berikut adalah merupakan talian DBKL kaunter tuntutan:
No Telefon: 03 – 40244424
Whatsapp DBKL: 013-6663255
Sila berikan bersama nombor plat kenderaan anda.
Setelah dihubungi mereka akan membuat pengesahan sama ada benarkah kereta ditunda DBKL. Jika ya, maka jumlah bayaran akan dimaklumkan oleh pihak mereka (anda perlu bayar ketika di kaunter) dan dimana kenderaan anda boleh dituntut.
Hadirkan diri ke depoh simpanan bersama dokumen penting seperti kad pengenalan dan lessen
Sebaik sahaja bayaran telah dijelaskan, anda perlu mengisi beberapa dokumen sebelum anda diberikan kebenaran untuk mengambil kereta anda. Proses tidak lama, makan masa 10 minit sahaja.
Lokasi Depoh Simpanan DBKL
DBKL punyai beberapa lokasi simpanan kenderaan. Jadi baik sahkan dengan mereka dahulu menerusi Whatsapp. Salah satunya Depoh Simpanan yang terletak di Jalan Pahang.
Kadar Bayaran Denda DBKL
RM15 untuk notis kompaun
RM100 untuk upah tunda
Tuntutan selepas 24 jam: Dikenakan upah simpanan sebanyak RM100 untuk sehari. (tidak dikenakan bayaran kadar upah simpanan kenderaan bagi tempoh 24 jam yang pertama)
KERETA KENA TUNDA MBSA MPAJ MPSJ
Berikut adalah merupakan cara menyelasikan sekiranya kereta anda ditunda di kawasan Perbandaran Selangor iaitu:
Cara Penyelesaian Kereta Kena Tunda MBSA MPAJ MPSJ
Pelanggan membuat semakan keberadaan kenderaan yang ditunda melalui telefon atau hadir ke lokasi Majlis Perbandaran yang terlibat
MBSA
MPAJ
MPSJ
Hadir ke depoh penyimpanan kereta tunda yang dimaklumkan dan isi Borang Tuntutan Kenderaan.
Membuat pembayaran dan boleh mengambil kenderaan yang ditunda selepas selesai urusan pembayaran.
Lokasi Depoh Simpanan MBSA MPAJ MPSJ
Setiap Perbandaran di Selangor punyai beberapa lokasi simpanan kenderaan. Jadi baik sahkan dengan mereka dahulu menerusi telefon
Kadar Bayaran Denda MBSA MPAJ MPSJ
Kos Tunda: RM100 (tertakluk kepada keadaan semasa)
Kos Perkhidmatan: RM110 (tertakluk kepada keadaan semasa)
Kompaun Tunda: RM60 (tertakluk kepada keadaan semasa)
ARTIKEL BERKAITAN:
CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN RUMAH KERETA PERSONAL (Cepat Habis Hutang Jimat)
eMAPS KPKT SEMAK LOAN (Pinjaman Perumahan)
SLOAN SHOPEE (Permohonan Pinjaman Kewangan Sehingga RM100000)
The post SEMAK KERETA KENA TUNDA DBKL MBSA MPAJ MPSJ (Cara Selesaikan Masalah Denda Rayuan Lokasi Depoh Simpanan) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/kereta-kena-tunda.html