Semak Kehakiman Sis Forum Didengar 13 Mac Rileksmedia


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Peguam Majdah Muda yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Farhan Haziq Mohamed yang bertindak bagi pihak SIS Forum, pada pengurusan kes berkenaan, hari ini.
Majdah berkata mahkamah akan mendengar merit dan isu sama ada mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman berkaitan dengan fatwa.
Pada 25 Sept lepas, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memerintahkan permohonan semakan kehakiman berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran merit kes termasuk persoalan membabitkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Semua pihak terlibat juga berbincang dan menandatangani perintah persetujuan bagi kes itu dan panel berkenaan kemudiannya membatalkan rayuan MAIS, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac 2017 yang membenarkan permohonan SIS untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
Hakim Malanjum yang mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu berkata kesemua pihak terlibat boleh mengemukakan hujahan berhubung isu bidang kuasa di Mahkamah Tinggi.
Pada 24 Jun 2016, Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng.
Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.
Pada 31 Okt 2014, SIS Forum (Malaysia), melalui Zainah dan Zaid memohon untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan Kerajaan Selangor sebagai responden.
Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalisme dan pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Turut dipohon perisytiharan mahkamah bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu dengan mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya menyekat laman sesawang sosial yang melanggar ajaran Islam sebagai bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA

sumber : mynewshub
The post Semak Kehakiman SIS Forum Didengar 13 Mac – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/semak-kehakiman-sis-forum-didengar-13-mac-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Berkuasa Di Perak Dap Atau Mb Rileksmedia

Siapa Berkuasa Di Perak Dap Atau Mb Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 222 hits
JANGGAL Bayangkanlah jika usul dikemukakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri ditolak Speaker Dewan Rakyat Silap hari bulan jawatan itu diganti dengan individu lain Maklumlah nama Yang Dipertua dewan rendah Parlimen itu pun dic...
Krisis Kemanusiaan Yaman Makin Buruk Menjelang 2019 Rileksmedia

Krisis Kemanusiaan Yaman Makin Buruk Menjelang 2019 Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 379 hits
KRISIS kemanusiaan di Yaman semakin kritikal dan semakin banyak pihak menggesa tindakan tegas diambil mengelakkan keadaan menjadi lebih parah Baru baru ini PBB memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan Yaman akan bertambah buruk menjelang ta...
Status Tidak Jelas Sivaraajh Diarah Keluar Dewan Rileksmedia

Status Tidak Jelas Sivaraajh Diarah Keluar Dewan Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh diarah meninggalkan sidang Dewan Rakyat buat sementara hari ini selepas statusnya sebagai Anggota Parlimen Cameron Highlands menjadi tanda tanya ekoran keputusan mahkamah baru baru ini Kehadi...
Dewan Rakyat Keluar Surat Peringatan Terakhir Angkat Sumpah Yamani Hafeez Rileksmedia

Dewan Rakyat Keluar Surat Peringatan Terakhir Angkat Sumpah Yamani Hafeez Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat agar Anggota Parlimen Sipitang itu segera hadir bagi mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff...
Emir Qatar Lakukan Lawatan Kerja Ke Malaysia Rileksmedia

Emir Qatar Lakukan Lawatan Kerja Ke Malaysia Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 261 hits
PUTRAJAYA Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani dijadual bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa melakukan lawatan kerja ke Malaysia bermula hari ini hingga 7 Dis Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan ter...
Senario Politik Di Perak Bukan Kemelut Dalaman Parti Rileksmedia

Senario Politik Di Perak Bukan Kemelut Dalaman Parti Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 214 hits
ALOR SETAR Senario politik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan di Perak ketika ini bukanlah kemelut dalaman parti atau pun cubaan untuk menumbangkan Menteri Besar sebaliknya mungkin suatu usaha untuk menukar kerajaan sedia ada kepad...
Pm Hadiri Himpunan Suhakam Sokong Icerd Rileksmedia

Pm Hadiri Himpunan Suhakam Sokong Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 429 hits
PROVOKASI Ketika kehangatan Himpunan 812 disertai PAS dan UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad pula lancar himpunan hak asasi manusia pada hari sama di Petaling Jaya Selangor Himpunan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dengan tema Stand Up 4 Hum...
Sekolah Pemimpin Masa Hadapan Ganti Program Plkn Rileksmedia

Sekolah Pemimpin Masa Hadapan Ganti Program Plkn Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan melaksanakan program Sekolah Pemimpin Masa Hadapan bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara Dewan Rakyat diberitahu malam tadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong semasa menggulung perba...
Kelantan Cuti Peristiwa Sempena Himpunan Anti Icerd Rileksmedia

Kelantan Cuti Peristiwa Sempena Himpunan Anti Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 318 hits
KOTA BHARU Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti peristiwa di negeri ini pada Ahad sempena perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di ibu negara sehari sebelumnya Menteri Besar Datuk A...
Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke

First Impressions Make A Powerful Impact With A Creative Digital Business Card

Restoran Di Jepun Buang 25 Set Nasi Lemak Kena Tipu Ejen Dari Malaysia

Kumpulan Pro Palestin Kecam Kehadiran Syarikat Bekal Senjata Kepada Israel

Prk Kkb Boleh Tak Umno Tarik Undi Melayu

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin