Senario Politik Di Perak Bukan Kemelut Dalaman Parti Rileksmedia


ALOR SETAR – Senario politik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak ketika ini bukanlah kemelut dalaman parti atau pun cubaan untuk menumbangkan Menteri Besar, sebaliknya mungkin suatu usaha untuk menukar kerajaan sedia ada kepada Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berpandangan bahawa tidak ada mana-mana pun kepimpinan PH di negara ini termasuk di Perak, yang sanggup melakukan sesuatu yang akan menjejaskan kedudukan parti sebagai kerajaan yang memerintah.
“Kita kena faham UMNO sekarang jadi pembangkang jadi dalam senario politik di Perak mungkin ada usaha bukan nak tumbangkan Menteri Besar tapi tukar kerajaan balik kepada sisa-sisa BN, saya tidak pastilah BN wujud ke atau tidak lagi.
“Sebab itu saya tidak terlalu bimbang kononnya berlaku keretakan hubungan keempat-empat parti komponen di Perak, saya yakin setiap kepimpinan yang ada di Perak termasuklah Menteri Besar sendiri begitu komited mengukuhkan perpaduan dalam PH Perak,” katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan pada program ‘Back To School’ Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai situasi politik Perak di mana Anggota Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari, yang didakwa merancang untuk membuat undi tidak percaya bagi menjatuhkan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.
Menyifatkan bahawa suhu politik di Perak masih dalam keadaan stabil, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata beliau amat yakin dengan kepimpinan Ahmad Faizal dalam menguruskan situasi itu secara berdiplomasi.
“Keupayaan Menteri Besar Perak menguruskan keadaan itu sangat berdiplomasi, cara beliau mengendalikan belanjawan mendapat sambutan baik semua pihak jadi saya tidak nampak yang ianya akan timbulkan masalah baik dalam jangka pendek atau panjang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kesepakatan yang sedia wujud antara keempat-empat parti komponen PH mestilah sentiasa dipelihara agar tiada pihak yang berjaya menganggu-gugat mana-mana kerajaan PH termasuk di Perak. – BERNAMA

sumber : mynewshub
The post Senario Politik Di Perak Bukan Kemelut Dalaman Parti – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/senario-politik-di-perak-bukan-kemelut-dalaman-parti-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesalah Skandal Tabung Haji Mesti Dihukum Tak Kira Jawatan Atau Parti Politik

Pesalah Skandal Tabung Haji Mesti Dihukum Tak Kira Jawatan Atau Parti Politik

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 450 hits
Senator Raja Bahrin menteri kabinet Tun Dr Mahathir menafikan pendedahan skandal Tabung Haji adalah balas dendam kerajaan PH terhadap BN Foto The Ant Daily Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata satu siasatan ...
Ruu Berkaitan Dana Politik Akan Dibentang Rileksmedia

Ruu Berkaitan Dana Politik Akan Dibentang Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang Undang berkaitan dana politik di Parlimen tahun depan kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin Mohamed Hanipa berkata RUU yang akan turut merangkumi dana...
Bn Belum Terima Permohonan Rasmi Mca Keluar Parti Rileksmedia

Bn Belum Terima Permohonan Rasmi Mca Keluar Parti Rileksmedia

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional tidak ada menerima sebarang permohonan rasmi daripada MCA untuk keluar daripada gabungan itu kata pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau bagaimanapun berkata apa jua keputusan yang akan diambil pa...
Parti Lebai Pun Subahat Asmuni Dakwa Umno Tawarnya Jadi Mb Perak

Parti Lebai Pun Subahat Asmuni Dakwa Umno Tawarnya Jadi Mb Perak

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 387 hits
Seorang exco kerajaan negeri Perak hari ini mendedahkan bahawa Umno menawarkan beliau jawatan menteri besar jika meninggalkan Pakatan Harapan dan bersama membentuk kerajaan dengan wakil rakyat PAS dan Bersatu Malah kata Pengerusi Amanah Per...
Isu Pinjaman Ptptn Perlu Dilarang Jadi Manifesto Parti Politik

Isu Pinjaman Ptptn Perlu Dilarang Jadi Manifesto Parti Politik

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 556 hits
SATU langkah yang lebih drastik atau ekstrem perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan supaya isu yang berkaitan dengan pinjaman pendidikan ini tidak terus menjadi permainan politik oleh mana mana pihak dalam negara khusus dalam kalangan ah...
Siapa Berkuasa Di Perak Dap Atau Mb Rileksmedia

Siapa Berkuasa Di Perak Dap Atau Mb Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 292 hits
JANGGAL Bayangkanlah jika usul dikemukakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri ditolak Speaker Dewan Rakyat Silap hari bulan jawatan itu diganti dengan individu lain Maklumlah nama Yang Dipertua dewan rendah Parlimen itu pun dic...
Kerajaan Tidak Lantik Penyokong Parti Politik Pegang Jawatan Penting Tun M

Kerajaan Tidak Lantik Penyokong Parti Politik Pegang Jawatan Penting Tun M

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 241 hits
LANGKAWI Kerajaan tidak akan melantik penyokong parti politik tertentu yang tidak mempunyai kelayakan dan kelulusan memegang jawatan penting dalam jabatan atau institusi di bawahnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata beliau me...
Tiada Lagi Tindakan Diambil Terhadap Pihak Yang Mahu Jatuhkan Mb Perak Rileksmedia

Tiada Lagi Tindakan Diambil Terhadap Pihak Yang Mahu Jatuhkan Mb Perak Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 285 hits
IPOH Tiada tindakan akan diambil terhadap pihak yang ingin menjatuhkan saya sebagai Menteri Besar selagi siasatan pihak berkuasa berhubung kes berkenaan belum selesai sepenuhnya demikian kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azum...
Ahmad Faizal Masih Menteri Besar Perak Rileksmedia

Ahmad Faizal Masih Menteri Besar Perak Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 471 hits
IPOH Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 14 Perak berakhir semalam selepas berlangsung mulai 27 November lepas Paling penting selepas berakhirnya sidang DUN berkenaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih lagi menteri besar Perak seterusnya ...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah