Semak Diskaun Saman Pdrm Terkini
Tahu tak anda bermula 18 hingga 21 Mei ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian.
Bagi meringankan bebanan kewangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri.
Pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.
Kaunter perkhidmatan jiga dibuka mulai 18 Mei secara berperingkat membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen.
CHECK SAMAN
Bagi anda yang kurang pasti berapa banyak saman yang anda ada, kini anda boleh check saman secara online. Caranya:
Check Saman di MyEG
Lungsuri laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
Login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online
Check Saman di Rilek
Lungsuri portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
Sila daftar sebagai pengguna
Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak
Check Saman Polis SMS
Taip POLIS SAMANNo. Kenderaan
Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN AKU8055
Atau
Taip POLIS SAMANNo. Kad Pengenalan
Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN 850102012311
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
The post Semak diskaun saman PDRM Terkini appeared first on Onlajer.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://onlajer.com/blog/semak-diskaun-saman-pdrm-terkini/