Semak Daftar Bantuan Lesen Memandu Percuma Motor B2


Semak Daftar Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma & Motor B2 tahun 2024

Kerajaan juga memperkenalkan Program MyLesen B2 Tahun 2024 yang mana program ini menawarkan lesen motosikal secara percuma kepada golongan B40.
Kos melibatkan lesen motor ini akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan yang melibatkan kos ujian memandu dan latihan untuk mendapatkan lesen ini.
Inisiatif kerajaan melalui program ini akan memanfaatkan 35,000 individu penerima golongan B40.
Tuntasnya, program ini diwujudkan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki lesen ini dan menggalakkan pematuhan undang-undang jalan raya oleh setiap pengguna jalan raya untuk memiliki lesen memandu yang sah.
Cara Permohonan Lesen Motor Percuma Di Bawah Mylesen B2 JPJ Permohonan lesen motor ini boleh dimohon secara atas talian menerusi laman sesawang https://docs.google.com
BACA SINI >> Harga lesen memandu 2024 & lesen kereta dan motor BACA SINI >> Bantuan Tunai Rakyat BTR 2024: Login Permohonan Kemaskini Online BACA SINI >> Lesen memandu hilang Kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif baharu yang dikenali dengan Program MyLesen PSV Bas Tahun 2024.
Program ini adalah merupakan program usaha sama kerajaan bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Ianya diperkenalkan bertujuan untuk membantu golongan B40 untuk mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara percuma.
Individu yang menyertai program ini tidak akan dikenakan bayaran kerana kos kursus, latihan dan ujian akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan. 
Syarat Kelayakan Lesen B2 Percuma Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan boleh membuat pemohonan MyLesen B2 ini.
Berikut merupakan antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk melayakkan seseorang memohon lesen motor percuma ini;
Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas. Permohonan ini terbuka kepada golongan B40 dan tanggungannya. Pemohon hendaklah memiliki tubuh badan dan mental yang sihat. Pemohon menerupakan individu yang tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LLM) semasa membuat permohonan lesen motor percuma ini. Pemohon juga hendaklah bebas daripada disenarai hitam oleh Mahkamah, PDRM, JPJ, badan swasta atau mana-mana institusi kewangan semasa mengemukakan permohona ini. Bila Tarikh Buka dan Tarikh Tutup Permohonan Lesen b2 Percuma Program MyLesen B2 ini mula dilancarkan pada 30 Mei 2023 dan permohonan program ini boleh mula dilakukan. Tarikh tutup permohonan ini akan ditutup setelah kuota 35,000 peserta telah penuh.
Tuntasnya, program ini akan mula dijalankan pada Februari 2024 sehingga November 2024. 
OKU dan Warga Emas Boleh Mohon Program Mylesen B2 Percuma Setiap individu memnuhi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan oleh membuat permohonan program ini. Program ini dikhususkan oleh golongan belia.
Antara salah satu syarat kelayakan permohonan lesen ini adalah individu mestilah memiliki fizikal dan mental yang sihat.
Oleh yang demikian, individu dalam golongan OKU dan warga emas tidak layak untuk memohon program ini?
Semakan Keputusan Lesen Motor Percuma Permohonan lesen MyLesen B2 percuma ini boleh dilakukan secara atas talian selagimana masih ada kuota untuk membuat permohonan tersebut.
Setelah permohonan berjaya dilakukan, individu yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan menerima notifikasi berkenaan keputusan pemohonan mereka.
Pemohon juga boleh membuat semakan keputusan ini dengan mengemukakannya di [email protected] atau menerusi panggilan telefon di 03-8892 8714/8693.
Mylesen PSV Bas Program MyLesen PSV ini akan memanfaatkan 750 lesen PSV bas (BTM > 7,500kg).
Ianya bertujuan untuk memenuhi keperluan industri pengangkutan awam kerana berlakunya kekurangan pemandu pengangkutan awam pada tahap yang kritikal, terutamanya pemandu bas.
Oleh yang demikian, program ini diperkenalkan untuk menarik lebih ramai individu untuk memenuhi kekurangan pemandu bas sekaligus mempertingkatkan sosioekonomi negara Malaysia melalui peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan awam.
Cara Permohonan Lesen Memandu Percuma – Mylesen PSV Bas Individu yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh mendapatkan lesen PSV bas menerusi program MyPSV ini.
Ianya akan diberikan secara percuma khusus untuk pemohon yang merupakan golongan B40.
Syarat Lesen Memandu Percuma Untuk Pemandu Bas Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh individu yang ingin membuat permohonan lesen PSV secara percuma;
Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas. Permohonan ini terbuka kepada golongan B40 dan tanggungannya. Pemohon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A). Pemohon juga hendaklah bebas daripada disenarai hitam oleh Mahkamah, PDRM dan JPJ. Pemohon mestilah memiliki Lesen Kompeten (CDL) Kelas D melebihi satu (1) tahun atau lesen memandu kelas E (CDL E). Semakan Keputusan Lesen Memandu Percuma Permohonan lesen PSV percuma ini boleh dilakukan secara atas talian selagimana masih ada kuota untuk membuat permohonan tersebut. Setelah permohonan berjaya dilakukan, individu yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan menerima notifikasi sama ada mereka layak atau lulus permohonan ini atau tidak. Pemohon juga boleh membuat semakan keputusan ini dengan mengemukakannya menerusi emel [email protected] atau menerusi panggilan telefon di 03-8892 8714/8693. Kelebihan Bantuan Lesen Percuma Inisiatif kerajaan dalam menganjurkan program MyLesen PSV dan MyLesen B2 secara percuma ternyata memberi banyak manfaat dan kelebihan kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada penunggang motosikal dan pemandu bas.
Lesen percuma ini diberikan kepada golongan kurang berkemampuan untuk memiliki lesen ini kerana kos yang perlu ditanggung untuk memiliki lesen ini adalah tinggi. 
Dengan adanya program-program seperti ini, banyak peluang pekerjaan akan dibuka kepada rakyat Malaysia.
Hal ini kerana, sumber tenaga manusia dalam industri pengangkutan awam bas amatlah diperlukan.
Justeru itu, program MyLesen PSV ini ditawarkan kepada masyarakat kerana berlakunya kekurangan pemandu bas prasarana, bas ekspress dan bas henti-henti di seluruh Malaysia sekaligus dapat membuka peluang pekerjaan kepada mereka untuk bekerja dalam industri pengangkutan awam bas.
Secara tidak langsung, taraf sosioekonomi negara akan meningkat kerana berlakunya peningkatan penggunaan pengangkutan bas awam dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, ramai pemandu bas yang berkompeten dan selamat dapat dilahirkan menerusi program ini. 
Manakala, program MyLesen B2 juga memberi manfaat kepada golongan B40 untuk memiliki lesen motor ini secara percuma.
Peluang ini dibuka untuk menggalakan individu yang layak tetapi memiliki masalah kewangan untuk mendapatkan lesen ini.
Menerusi program ini, ianya dapat memudahkan rakyat Malaysia untuk memiliki lesen yang sah apabila menunggang motosikal di atas jalan raya.
Ianya penting untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya terutamanya dalam kalangan anak muda sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Oleh yang demikian, program ini banyak memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan memiliki lesen memandu yang sah. 
Kesimpulannya, banyak kelebihan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia apabila kerajaan memperuntukkan dana untuk menganjurkan program-program seperti ini.
Ianya bahkan penting untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia ke arah melahirkan negara yang lebih maju.
Berapa Kena Bayar? Di sinilah tujuan sebenarnya bantuan ini diperkenalkan. Dengan harapan lebih ramai yang dapat ambil lesen pada kos harga yang sangat minimal termasuk menjalani kursus dan latihan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.
Berbanding kos asal sekitar RM750 anda pelru bayar. Tetapi dengan bantuan ini, anda hanya perlu bayar hanya serendah RM250 sahaja. Banyak jimat bukan?NOTA: Buat masa ini belum ada lagi, sistem daftar lesen motor percuma 2023
Beza Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024 vs BLKM Samada anda layak atau tidak untuk menerima blkm semakan bantuan lesen memandu b40 keluarga malaysia 2023 boleh check melalui link pautan ini di portal rasmi, e-Kasih.
Jika nama anda sudah berjaya berada dalam sistem Portal Pembasmian Kemiskinan Ekasih, automatik anda anda diterima untuk memiliki bantuan lesen memandu keluarga malaysia ini jika anda juga melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui skim program ini.
Manakala untuk bantuan lesen percuma 2024 ini segala kos yuran dan kos pengangkutan ke pusat latihan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan di mana ianya akan memanfaatkan 35,000 penerima. 
Program mylesen B2 ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada masyarakat yang kurang bernasib dan berpendapatan rendah untuk memiliki yang sah.
Dengan adanya program ini, individu yang berkelayakan boleh memiliki lesen ini secara percuma tanpa dikenakan sebarang kos. 
Selain itu, program ini diperkenalkan dan dijalankan bertujuan untuk menggalakkan pengguna jalanraya memiliki lesen yang sah apabila berada di jalanraya.
Ianya penting untuk memastikan setiap individu yang merupakan pengguna jalanraya dapat drive kenderaan mereka mengikut tanda-tanda keselamatan yang telah ditetapkan sebagaimana undang-undang jalanraya.
Secara tidak langsung, ramai pengguna jalanraya yang berhemah dapat dilahirkan menerusi program ini.
FAQ 1) Umur yang dibenarkan untuk dapat bantuan ini?
Pastikan umur anda 16 tahun dan ke atas
2) Berapa yang kena bayar?
Percuma
3) Bantuan lesen B40 ditawarkan untuk siapa?
Lesen B2 dan juga lesen memandu bas
4) Apa itu lesen B2
Lesen B2 merupakan kelas lesen yang membolehkan penunggang motosikal menunggang kenderaan mereka yang berkapasiti enjin kurang daripada 250cc.
Lesen ini akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah pemandu kenderaan motosikal lulus dalam semua ujian yang mereka duduki.
5) Adakah wajib ambil lesen memandu
Oleh yang demikian, setiap pengguna jalanraya yang motosikal mereka wajib memiliki lesen ini untuk menunjukkan seseorang pemandu itu layak menunggang kenderaan mereka secara sah.
Semoga Membantu Akhir sekali, pemberian lesen B2 secara percuma dan sah dapat menggalakkan dan memupuk masyarakat terhadap kepentingan memiliki lesen yang sah di sisi undang-undang.
Ianya juga penting untuk melahirkan sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan bersama apabila berada di jalanraya.
Tuntasnya, program ini pada dasarnya bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai penunggang motosikal berkompeten.
Diharapkan dengan inisiatif terbaru ini, dapat melonjakkan jumlah pemilikan lesen di Malaysia sekaligus menjadi pengguna jalan raya yang sah.
Sumber Asal Yang Rasmi : Semak Daftar Bantuan Lesen Memandu Percuma & Motor b2
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/bantuan-lesen-percuma

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ciri Dan Bentuk Lesen Memandu Baru 2024 Macam Kertas Yang Dilaminate

Ciri Dan Bentuk Lesen Memandu Baru 2024 Macam Kertas Yang Dilaminate

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 236 hits
Berikutan negara kini sedang beralih kepada dunia digital netizen dikejutkan dengan rekaan bentuk lesen memandu baru 2024 Pihak JPJ telah mengumumkan pada awal Januari mereka telah memperkenalkan kaedah baharu untuk pembaharuan lesen memand...
Cara Daftar Dan Semak Muet On Demand Online Serta Tarikh Penting Muet

Cara Daftar Dan Semak Muet On Demand Online Serta Tarikh Penting Muet

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 215 hits
Untuk pengetahuan semua Majlis Peperiksaan Malaysia kini menawarkan jenis Ujian MUET On Demand yang merupakan sebuah ujian berbentuk Computer Based Test Ia mula diperkenalkan pada bulan April 2018 MoD ini adalah inisiatif untuk memudahkan p...
Cara Kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital

Cara Kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 266 hits
Bermula Januari 2024 setiap pemilik kenderaan boleh berkongsi Lesen Kenderaan Motor Digital dengan fungsi 8220 Kongsi LKM 8221 yang baru diperkenalkan dalam aplikasi MyJPJ Pertambahan fungsi ini adalah satu lagi penambahbaikan ke arah Fas
Permohonan Lesen Sementara Bas Ekspres Dibuka Sempena Tahun Baharu Cina

Permohonan Lesen Sementara Bas Ekspres Dibuka Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 188 hits
Bas digunakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina perlu dilengkapi GPS berusia kurang 10 tahun PETALING JAYA Agensi Pengangkutan Awam Darat membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara kepada pengendali bas sempena perayaan Tahun Baharu Cina...
Aplikasi Renew Lesen Dan Roadtax Online Myjpj Bermula Februari 2024

Aplikasi Renew Lesen Dan Roadtax Online Myjpj Bermula Februari 2024

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 360 hits
Orang ramai boleh renew lesen dan roadtax online MyJPJ mulai Februari ini nMenteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penambahan fungsi baharu itu akan memudahkan orang ramai memperbaharui LKM dan LMM secara digital selain menjimatkan masa d...
Awani Ringkas Mot Umum Tambahan Penerbangan Tiket Ets Lesen Bas Tambahan

Awani Ringkas Mot Umum Tambahan Penerbangan Tiket Ets Lesen Bas Tambahan

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 241 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Boleh Pakai Niat Saja Memandu Rupanya Mercedes Dah Cipta Kereta Ambil Idea Avatar

Boleh Pakai Niat Saja Memandu Rupanya Mercedes Dah Cipta Kereta Ambil Idea Avatar

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 229 hits
Ibarat boleh pakai niat saja memandu Mercedes sudah pun mencipta kereta berkonsepkan filem sains fiksyen Avatar Syarikat pengeluar kenderaan mewah itu mencipta Mercedes Vision AVTR yang boleh dikawal oleh minda manusia AVTR ialah singkatan ...
Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 237 hits
Anda nak belajar ilmu pelaburan emas secara percuma Alhamdulillah pada hari ini terdapat kemudahan yang sangat banyak telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat samada tua muda pelajar universiti pelajar kolej penjawat awam atau peker...
Ai Untuk Rakyat Program Percuma Tingkat Kesedaran Digital Rafizi

Ai Untuk Rakyat Program Percuma Tingkat Kesedaran Digital Rafizi

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 217 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Kerajaan menyasarkan seramai satu juta peserta terlibat dalam program Kecerdasan Buatan Untuk Rakyat dalam tempoh tiga tahun akan datang kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata program promosi selain melalui media sos...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin