Selesai Majlis Penyerahan Zakat Mcdonald S Di Terengganu


Majlis Penyerahan Zakat McDonald's Bagi Tahun 2017 di Terengganu | Satu majlis formal dan tertutup telah dijalankan di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersempena penyerahan zakat McDonald's untuk diagihkan kepada golongan Asnaf di Terengganu. Bertarikh 11 Disember 2018 (Selasa), Syarikat Gerbang Alaf (McDonald’s Malaysia) telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM100,000.00

Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia / Pengerusi Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's, kepada YBhg. Dato’ Haji Osman bin Haji Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Bilik Yang Dipertua MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.


Wakil Gerbang Alaf (McDonald’s Malaysia) yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Puan Rosedalina Ibrahim (Pengurus Kanan Hal Ehwal Halal McDonald’s), Encik Md Fazli Razali (Operation Consultant Terengganu), Encik Mohd Ariff Hadi (Operation Consultant Kuantan), dan juga Puan Maimunah Binti Abdullah (Restoran General Manager McD Gong Badak)

Jom Gee kongsikan untuk pembaca blog Gee yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan Program Komuniti McDonald's

Apakah Program Komuniti McDonald’s? 
Untuk pengetahuan korang, Program Komuniti McDonald’s merupakan inisiatif McDonald’s untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) McDonald’s di seluruh negara. 

Penganjuran Program Komuniti McDonald’s di Terengganu melibatkan: 
● Penyerahan Zakat perniagaan McDonald’s bagi tahun 2018 untuk diagihkan kepada golongan Asnaf

●Pentauliahan kepada pelatih program perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s yang terdiri daripada anak-anak golongan Asnaf. 
● Penyampaian pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan. 
Secara keseluruhan, Zakat dan sumbangan bagi negeri Terengganu menerusi Program Komuniti McDonald’s adalah sebanyak RM490,600

Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald’s 
McDonald’s Malaysia mula menunaikan kewajipan Zakat setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd, sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada penghujung tahun 2016. Dengan pengambil alihan ini, McDonald’s Malaysia kini dimiliki 100% oleh umat Islam. Sejak dari itu, adalah menjadi komitmen dan kewajipan McDonald’s Malaysia untuk menunaikan Zakat pada setiap tahun.

McDonald’s telah menyerahkan Zakat perniagaan bagi tahun 2017 berjumlah RM1 juta kepada pihak berkuasa zakat negeri-negeri untuk diagihkan kepada golongan Asnaf. 
Program Perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s 
Program perantisan SLDN McDonald’s merupakan program berorientasikan latihan industri selama 18 bulan yang menggabungkan situasi pembelajaran di restoran McDonald’s dan juga kelas teori di institut latihan. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Setiap bulan, anak-anak muda yang menyertai program ini akan mendapat elaun sara hidup sebanyak RM1,200, manfaat perubatan, perlindungan insurans, tempat tinggal dan juga makanan percuma. 

Objektif program : Memberi peluang pendidikan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia di Malaysia. 
Program Pek ‘Kembali ke Sekolah’ 
Tahun ini McDonald’s dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) menyampaikan pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara, melibatkan jumlah sumbangan lebih RM 1.7 juta. Di Terengganu sahaja, seramai 901 kanak-kanak menerima pek ini. Setiap kanak-kanak menerima 1 set uniform sekolah, sepasang kasut sekolah, dan beg sekolah. 
Sumber Gambar : SINIObjektif Program : 
➝  Meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak bagi persiapan sesi persekolahan 2019. 
➝ Memberi motivasi dan semangat kepada kanak-kanak untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah

Bulan Komuniti McDonald’s 
Bulan Komuniti McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Komuniti McDonald’s yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun. Sepanjang Bulan Komuniti McDonald’s, semua restoran McDonald’s di seluruh negara digalakkan untuk melaksanakan program-program kemasyarakatan di sekitar lokasi restoran yang memfokuskan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik. Bulan Komuniti McDonald’s juga dianjurkan sempena sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan yang jatuh pada setiap hari Sabtu terakhir bulan Oktober. 
Sumber Gambar : SINIAntara aktiviti yang dianjurkan sepanjang Bulan Komuniti McDonald’s 2018 termasuklah : 
➤ Lawatan sambil belajar untuk kanak-kanak

➤ Lawatan ke hospital untuk menceriakan kanak-kanak di wad pediatrik. 
➤ Membantu mengemas rumah-rumah kebajikan kanak-kanak sebagai persediaan untuk sambutan Deepavali. 
➤ Sambutan Hari Kanak-Kanak di restoran-restoran McDonald’s.

Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM, Kelantan 
Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan merupakan Rumah Ronald McDonald ke-2 di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019. Rumah ini menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu. Ia merupakan kediaman berkelengkapan penuh dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. 

Kewujudan rumah ini akan meringankan beban kewangan melibatkan kos penginapan untuk keluarga pesakit kanak-kanak disamping membolehkan mereka memberi sokongan emosi antara satu keluarga dengan keluarga yang lain dengan berkongsi perkembangan anak masing-masing. 

Rumah Ronald McDonald pertama telahpun didirikan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah pada tahun 1999, di mana ia merupakan rumah pertama didirikan di rantau ASEAN

Terima Kasih McDonald's Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mcdonalds.com.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sisgee.com/2018/12/selesai-majlis-penyerahan-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Serahkan Duit Zakat Kepada Maidam

Mcdonald S Serahkan Duit Zakat Kepada Maidam

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 606 hits
11 Disember yang lalu Husein sekali lagi berpeluang hadir ke MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DARI SYARIKAT GERBANG ALAF Antara blogger lain yang hadir adalah Kami dijemput oleh pihak McD untuk hadir memeriahkan majlis tersebut Syarikat Gerbang Alaf...
Majlis Penyerahan Hadiah Pakej Umrah Kepada 200 Pemenang Cabutan Peraduan Jakel Beli Menang 2017 2018

Majlis Penyerahan Hadiah Pakej Umrah Kepada 200 Pemenang Cabutan Peraduan Jakel Beli Menang 2017 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 744 hits
Hi Korang Ermm siapa yang tak kenal dengan Jakel kan Gedung pakaian yang terkemuka di Malaysia ini khususnya di Lembah Klang tak kira apa musim pun gedung Jakel ini senantiasa penuh dengan para pelanggan setianya yang tersendiri Even kak li...
Usaha Mcdonald S Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji

Usaha Mcdonald S Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 365 hits
Usaha McDonald s Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji Alhamdulillah gembira rasa di hati ini tatkala dapat bersama masyarakat di dalam sebuah majlis yang penuh berhemah bertempat di perkara...
Mcdonald S 100 Dimiliki Oleh Umat Islam

Mcdonald S 100 Dimiliki Oleh Umat Islam

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 328 hits
McDonald s Malaysia di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100 dimiliki oleh umat Islam Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus ...
Karnival Year End Zakat 2018

Karnival Year End Zakat 2018

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 427 hits
KARNIVAL YEAR END ZAKAT 2018 Mengeluarkan zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu dan diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya dan ianya merupakan salah satu rukun islam yang wajib ditunaikan Di Malaysia ...
Misi Sebenar Mcdonald S Malaysia Menyumbangkan Rm 484 100 Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan

Misi Sebenar Mcdonald S Malaysia Menyumbangkan Rm 484 100 Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 632 hits
Amboii tajuk bukan main gempak lagi Siap dengan misi visi bagai Kalau diingatkan balik Memang ada terlintas juga nak tahu apakah misi sebenarnya disebalik penyerahan sumbangan sebanyak Rm 484 100 oleh McDonald s Malaysia itu Misi Sebenar Mc...
Mcdonald S Malaysia Teruskan Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Pantai Timur

Mcdonald S Malaysia Teruskan Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 339 hits
AssalamualaikumMinggu lepas hari khamis Cik Nor bersama rakan blogger dan rakan media yang lain telah dijemput ke satu majlis komuniti yang di anjurkan oleh McDonald s Malaysia Majlis ini berlangsung di McDonald s Pandu Lalu Pengkalan Chepa...
I M Lovin It Mcdonald S Malaysia Kembali Dengan Variasi Macaron Special Dari Perancis

I M Lovin It Mcdonald S Malaysia Kembali Dengan Variasi Macaron Special Dari Perancis

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 324 hits
I m lovin it McDonald s Malaysia Kembali Dengan Variasi Macaron Special Dari Perancis Assalamualaikum bonjour eh dah kenapa tetiba sebut pengenalan bahasa France ni Ini semua gara gara variasi menu macaron special yang telah dibawakan oleh ...
Pas Terengganu Halau Kunci Bilik Ceo Glc

Pas Terengganu Halau Kunci Bilik Ceo Glc

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 658 hits
KUALA TERENGGANU Ketua Pegawai Eksekutif sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu menerima perbuatan buruk beberapa hari ini setelah cuti hujung minggu Setelah tiba di pejabat beliau di jalan pejabat disini beliau amat terkejut melih...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Bertanya Soalan Yang Betul Sangat Membantu Untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan

Serangan Seksuel Tentera Israel Komen Pas

Ambil Ubat Di Hospital Lagi Mudah Dengan Aplikasi Myubat

Memahami Perbedaan Antara Jam Kerja Bobot Kerja Dan Beban Kerja

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Asthma