Selesa Bersalin Di Rumah Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab


Isu doula dalam proses kelahiran di rumah atau homebirth menjadi isu yang wajar diketengahkan. Dari tujuan asalnya untuk mendapatkan keselesaan semasa besalin di rumah, ia bertukar menjadi tragis dengan kematian ibu/ anak atau kecacatan bayi
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak memberikan pandangan beliapu mengenai trend ini. Trend homebirth dengan penggunaan doula perlu dipertimbangkan dengan bijak oleh ibu bapa agar tidak merisikokan nyawa sewenang-wenangnya. Berikut ialah perkongsian beliau;
“Dulu, nenek moyang kita semua bersalin secara normal di rumah, tak perlu pergi hospital. Hidup je ! “
Melahirkan anak di rumah bukanlah suatu yang luar biasa di beberapa kawasan di negara kita. Proses kelahiran sebegini sudah diamalkan oleh bidan kampung dan pembantu kelahiran tidak terlatih berkurun lamanya, sejak sebelum wujudnya kemudahan perubatan moden dan hospital.
Namun, dengan kemajuan dan perkembangan dalam sistem penjagaan kesihatan bagi wanita hamil, komplikasi serius yang boleh menyebabkan kematian ibu dan kematian bayi dalam kehamilan ataupun sejurus selepas kelahiran telah berjaya dikurangkan dengan banyaknya.

Walaupun begitu masih ramai wanita yang tertarik untuk bersalin di rumah sedangkan mereka mempunyai kemudahan untuk pergi ke hospital. Mengapa? majoriti wanita-wanita ini memiliki pendidikan formal, pemegang ijazah dan sarjana.
Antara alasan yang dikenalpasti :
Berasa bebas dan lebih berpuas hati dengan kelahiran di rumah. Pemikiran yang hanya mahukan kakitangan wanita Mahu mengelakkan prosedur yang dirasakan tidak perlu, seperti penggunaan vacuum atau forseps semasa kelahiran ataupun caesarean. Untuk mendapatkan pengalaman kelahiran yang lebih natural, tanpa ubat atau analgesia. Di negara-negara tertentu seperti United Kingdom (UK), kelahiran di rumah adalah dibenarkan untuk kehamilan berisiko rendah selepas kaunseling sewajarnya diberikan semasa pemeriksaan antenatal.
Kelahiran di rumah adalah salah satu kebiasaan bagi mereka kerana bilangan bidan bertauliah adalah mencukupi bagi menjaga wanita-wanita hamil di kawasan-kawasan yang tertentu.
Jarak rumah yang dekat dengan hospital setempat, dan bidan berpengalaman yang telah menerima akreditasi dan pengiktirafan dari kolej-kolej perbidanan di UK menjadikan perkhidmatan ini tersedia dgn banyaknya di kawasan mereka.
Tingkatkan risiko bayi cedera otak & cacat
Nenek moyang dulu bersalin kat rumah, ok jer! – Perlu ingat bahawa terdapat kadar kematian yang tinggi di kalangan ibu dan bayi semasa kelahiran pada masa dahulu di mana kebanyakkan tidak dilaporkan ketika itu dan disembunyikan daripada kita.
Kanak-kanak cacat disebabkan kelahiran kerana kecederaan otak yang tidak dikenal pasti atau kekurangan oksigen semasa kelahiran adalah antara komplikasi-komplikasi kelahiran yang dikenalpasti.

Ajaran doula tidak selari dengan ilmu perbidanan moden
Untuk mereka yg memilih bersalin dirumah bertemankan Doula , ada ajaran Doula ini yang tidak selari dengan ilmu perbidanan moden dan membahayakan nyawa ibu serta bayi.
Doula akan berada di rumah ibu untuk memberi sokongan moral ketika saat bersalin. Di rumah sendiri, ibu bebas menentukan kaedah bersalin yang mereka nak, tanpa sebarang prosedur dan ubatan.
Bersalin bukan kerja main-main
Langit tak selalunya cerah, tak semua kelahiran berjalan lancar seperti yang diingini. Terlalu banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku secara tiba-tiba ketika proses kelahiran sekaligus meragut nyawa. Bersalin bukan kerja main-main.
Walaupun Doula ini menekankan bila mana berlaku kecemasan ibu akan dibawa ke hospital segera. Persoalannya berapa cepat ibu boleh sampai ke hospital jika TIADA perkhidmatan ambulans yang bersedia mendapat makluman awal di mana rumah ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak?
Tu belum lagi ambulans sesat nak carik umah ! Bila masa ambulans sampai di rumah dan bergegas bawak ibu ke hospital, ibu mungkin susah mengalami komplikasi yang teruk.

Doula tiada ilmu untuk hadapi kecemasan
Ibu-ibu yang memilih kelahiran di rumah perlu jelas menyedari keterbatasan tugas seorang doula.
Saya petik dari satu laman sesawang doula di Malaysia. “Your duties may include comfort and emotional support during labour and birth, but do not include medical observation, advice, diagnosis or treatment. Doulas are NOT certified nor qualified to provide primary care for mother nor baby and DO NOT SERVE TO RECOGNIZE OR TREAT EMERGENCIES that may arise during labour or birth”.
Nampak tu? Doula tiada ilmu perubatan jauh sekali ilmu obstetrik untuk berdepan dengan kecemasan – tapi sangat berani utk memperjudikan nyawa ibu dan bayi.
Memang la selesa bersalin di rumah, tapi bila ada kecemasan tahu ke nak buat apa?
Siapa sebenarnya yang lebih prihatin dengan kesihatan ibu dan bayi secara keseluruhannya? Adakah doula-doula ini benar-benar ikhlas untuk mewujudkan pengalaman manis bersalin pada ibu-ibu? Adakah pendapatan lumayan daripada perniagaan doula ini telah mengaburi akal dan fikiran mereka?

Syorkan bersalin di hospital
Saya ingin mengesyorkan doula-doula yang dikatakan bertauliah ini supaya lebih bertanggungjawab. Jika si ibu itu berisiko tinggi, sila NASIHATKAN ibu itu untuk bersalin di hospital. Tiada masalah nak guna khidmat doula pun jika kehamilan itu berisiko rendah, itupun perlu pengawasan bidan terlatih.
Gaji saya dan jururawat di hospital awam tidak bertambah sedikit pun jika makin ramai ibu yang datang bersalin dengan kami. Apa yang kami mahukan adalah ibu dan anak selamat dan pulang ke rumah dengan keadaan yang shift sejahtera.
Biarpun saya antara DOKTOR LELAKI yang ‘dibenci’ sangat di dewan bersalin sehinggakan ada pesakit mahupun suami pesakit menghalau saya ketika bertugas atas panggilan, saya tetap menggalas tanggungjawab memastikan nyawa ibu dan bayi selamat setiap masa.
Nyawa tiada galang gantinya.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
The post “Selesa Bersalin Di Rumah, Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa?” Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/selesa-bersalin-di-rumah-tapi-bila-kecemasan-tahu-ke-nak-buat-apa-doktor-selar-sikap-doula-tidak-bertanggungjawab/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Dah Admit Nak Bersalin Tapi Bos Tak Bagi Cuti Ini Tindakan Berani Suami

Isteri Dah Admit Nak Bersalin Tapi Bos Tak Bagi Cuti Ini Tindakan Berani Suami

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 913 hits
Di awal pernikahan aku dengan isteri aku kerja pemandu lori Office sebelah rumah jer Then lepas 2 bulan nikah dapat tahu isteri mengandung Nak cari duit lebih punya pasal berhenti kerja lori masuk kerja bas ekspres Sepanjang isteri aku meng...
Allah Bayar Cash Sebab Mak Call Nak Pinjam Duit Bayar Rumah Sewa Tapi Dalam Bank Aku Tak Banyak Ada Cuma Rm37 56 Saja

Allah Bayar Cash Sebab Mak Call Nak Pinjam Duit Bayar Rumah Sewa Tapi Dalam Bank Aku Tak Banyak Ada Cuma Rm37 56 Saja

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 525 hits
Sedikit perkongsian daripada seorang ibu di laman sosial Berkongsi pengalaman tentang cara berdoa yang diamalkan Doa adalah permohonan kepada Allah yang disertai kerendahan hati untuk mendapatkan suatu kebaikan dan permintaan yang berada di...
Anak Suka Makan Buah Tapi Gigi Tetap Rosak Doktor Kongsi Kenapa Pentingnya Berus Gigi Anak Setiap Kali Lepas Makan

Anak Suka Makan Buah Tapi Gigi Tetap Rosak Doktor Kongsi Kenapa Pentingnya Berus Gigi Anak Setiap Kali Lepas Makan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 449 hits
Penjagaan gigi diperingkat awal amat penting kerana gigi susu memberi ruang sebelum pertumbuhan gigi kekal Memberus gigi dengan betul amat penting supaya kesihatan gigi anak anda sentiasa bersih dan rapi Gigi yang rosak mempunyai banyak seb...
Sampai Panggil Bomba Gara Gara Sangkaan Ada Ular Di Rumah Tapi Ini Yang Ditemuinya Pula

Sampai Panggil Bomba Gara Gara Sangkaan Ada Ular Di Rumah Tapi Ini Yang Ditemuinya Pula

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 380 hits
Sampai Panggil Bomba Gara Gara Sangkaan Ada Ular Di Rumah Tapi Ini Yang Ditemuinya pula Apa sahaja tugas yang Bomba tidak lakukan Dari memadam kebakaran mencari mangsa lemas sehinggalah menyelamat kucing di atas pokok pun mereka lakukan Nam...
Ph Mendahului Populariti Tapi Ramai Nak Bagi Peluang Kepada Bn

Ph Mendahului Populariti Tapi Ramai Nak Bagi Peluang Kepada Bn

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 319 hits
Kaji selidik yang dijalankan Universiti Malaya di PRK Semenyih menunjukkan Pakatan Rakyat masih mendahului populariti berbanding Barisan Nasional PH 46 67 BN 36 67 PSM 3 33 Bebas 13 3 Namun berdasarkan kaji selidik peluang untuk diberikan k...
Ada Kes Bercumbu Atas Katil Beranak Doktor Kongsi 15 Karenah Permintaan Doula Malaysia

Ada Kes Bercumbu Atas Katil Beranak Doktor Kongsi 15 Karenah Permintaan Doula Malaysia

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 491 hits
Ada Kes Bercumbu Atas Katil Beranak Doktor Kongsi 15 Karenah Permintaan Doula Malaysia Selepas debat vaksin TV Alhijrah Jumaat ini akan menganjurkan satu lagi sesi debat dalam segmen Analisis yang bertajuk Doula Peneman Ibu Atau Pengganti D...
Panas Najib Basuh Azmin Ali Nak Aiskrim Biskut Semua Ada Tapi Azmin Tak Muncul Muncul

Panas Najib Basuh Azmin Ali Nak Aiskrim Biskut Semua Ada Tapi Azmin Tak Muncul Muncul

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 405 hits
Panas Najib Basuh Azmin Ali Nak Aiskrim Biskut Semua Ada Tapi Azmin Tak Muncul Muncul
Berat Dah Naik 88 4kg Datin Zizie Izette Nak Makan Semua Target Turunkan Berat Lepas Bersalin

Berat Dah Naik 88 4kg Datin Zizie Izette Nak Makan Semua Target Turunkan Berat Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 344 hits
Kenaikan berat badan semasa hamil memang tidak dapat dinafikan memuncak apabila di hujung kehamilan Naik hingga 88 4kg Datin Zizie Izette target turunkan berat lepas bersalin Datin Zizie Izette beritahu beratnya naik hingga 88 4kg saat meng...
Doula Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor

Doula Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 971 hits
Rancangan Analisis TV Hijrah menjadi tular minggu lepas apabila stesen televisyen berkonsepkan Islam ini berani membawakan dua orang panel dengan latar belakang dan fahaman berbeza iaitu iaitu Dato Dr Musa Mohd Nordin dan Dr Nurul Huda Moha...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik