Ada Kes Bercumbu Atas Katil Beranak Doktor Kongsi 15 Karenah Permintaan Doula Malaysia


‘Ada Kes Bercumbu Atas Katil Beranak’ – Doktor Kongsi 15 Karenah & Permintaan Doula Malaysia. Selepas debat vaksin, TV Alhijrah Jumaat ini akan menganjurkan satu lagi sesi debat dalam segmen Analisis yang bertajuk ‘Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor?’. Semestinya ramai yang tidak sabar menanti hujah menarik yang akan dibentangkan oleh Prof Dr Imelda Balchin dan Hayati Muzaffar.
Di Facebook Dr Suhazeli Abdullah, kongsi 15 permintaan dan kelakuan sepanjang perbincangan pihaknya dengan doula di Malaysia.
15 KARENAH DOULA MALAYSIA
Sepanjang perbincangan kami dengan pihak doula di Malaysia, inilah permintaan dan kelakuan mereka:
1) Tiada doktor lelaki dalam Bilik Beranak (LR). Isu aurat wanita yang dilihat oleh menjadi topik utama berbanding dengan keperluan dan rukhsah semasa merawat. Mungkin boleh diperbincangkan lanjut, malah ramai agamawan telah memberikan pendapat sesuai dengan situasi dalam negara kita.
2) Doktor tidak dibenarkan buat pemeriksaan anggota kemaluan (Vagina Examination – VE). Sebab dikira sebagai mencabul (birth rape) kehormatan wanita menggunakan jari jemari. Tambahan pula jika doktor pelatih yang buat- Lelaki pulak tu. sadis. Doktor yang merawat hanya mengintai bentuk perut dan tunggu bayi keluar sahaja.
3) Tiada ubatan yang boleh membantu proses kelahiran seperti pitocin atau percepatkan pengecutan rahim setelah bersalin sepert Syntocinon. Begitu juga ubat-ubatan lain seperti ubat penahan sakit. Mereka mahu kelahiran itu senatural mungkin. Segala campur tangan ubatan seolah berdosa besar.
Posisi bersalin ibu boleh ubah
4) Posisi ibu semasa bersalin boleh ubah. Tidak hanya kepada satu posisi sahaja seperti yang diamalkan di hospital kerajaan sekarang. Mereka akan mengagung-agungkan hospital swasta yang boleh benarkan mereka bersalin dalam pelbagai posisi ikut kemahuan para doula. Samada posisi berdiri, mencangkung, menunggeng, meniarap, ikut graviti, dalam kolam dan banyak lagi yang diajarkan oleh doula kesayangan mereka. Kata mereka kaedah itu adalah fitrah seperti haiwan gajah, lembu, kambing dan sebagainya. Bukan ke proses kelahiran itu satu fisiologi normal dan fitrah kepada manusia? Saidatina Maryam, bonda Nabi Isa pun bersalin sambil mencangkung bawah pokok tamar, tambah mereka lagi. Itulah soalan yang selalu diungkit-ungkitkan.
5) Suasana bilik beranak penuh dengan ritual keagamaan seperti ada music, nasyid ? atau bacaaan Quran sepanjang masa.
6) Ibu yang sedang bersalin jangan diikat dengan mesin CTG (mesin periksa jantung anak dan kontraksi rahim) kerana ganggu pergerakan. Bahkan mesin itu semua adalah alatan barat yang direka oleh Yahudi. Ultrasound pun boleh sebabkan autism, hujah seorang dari mereka yang diangkat sebagai doktor idola geng doula.
.
7) Tidak pecahkan ketuban (Artificial Rupture of Mambrane -ARM) dengan alatan besi atau plastik hospital. ARM adalah tidak alami, lalu ditempek beberapa kajian yang entah dari mana diceduk untuk dijadikan hujah secara terpilih itu – cherry picking).
? Tidak buat EPISIOTOMY. Menggunting daging kemaluan sudah tidak natural dan merosakkan organ yang Tuhan kurniakan. Organ itu adalah kehormatan wanita yang perlu dijaga. Jika menggunting semasa bersalin, bimbang akan rosakkan hubungan dangan suami selepas ini. Maaf terpasksa sebut- depa risau anggota anu tidak ket*t.
Ada kes bercumbuan atas katil bilik beranak
9) Benarkan suami masuk untuk rangsang hormon oxytocin secara natural. Ada kes mereka bercumbuan atas katil bilik beranak. Malu nurse dan doktor yang bertugas tengok aksi ranjang yang mereka lakukan. Atas alasan rangsang hormon cepat bersalin secara natural. Mungkin ada satu slibus khusus kut dalam kelas doula di Malaysia ni bab tersebut.
10) Tidak beri vaksin BCG, Vitamin K dan tolak vaksin secara total. Majoriti mereka adalah anti-vaksin, anti perubatan moden dan penjual produk kesihatan.
11) Doula akan mengarahkan siapa yang kendalikan kelahiran supaya lambatkan potong tali pusat bayi (Delay Cord Clamping >3 minit) dengan hujah darah dari tali pusat itu sumber imunisasi natural dari ibu. Malah dalam kes-kes doula yang terlibat itu sendiri bersalin di rumah semata-mata nak lari dari campur tangan anggota kesihatan yang mahir. Mereka tidak memotong tali pusat sehingga melebihi 12 jam. Kes kematian akibat kendalian doula semasa bersalin pun sudah cukup mengerikan kita.
12) Bagi kes berisiko yang telah melalui pembedahan semasa bersalin (c-section) sebelum ini, doula akan berkeras untuk tidak benarkan doktor membuat pembedahan berikutnya. Sehinggakan mereka membuka satu group facebook khusus untuk terus menghasut sesama mereka supaya bersalin normal walaupun penuh dengan risiko. Terutamanya bagi ibu-ibu yang telah mengalami pembedahan C-Section 2 kali dan ke atas.
13) Benarkan makan dan minum semasa beranak. Kalau boleh sediakan terus makanan sunnah di tepi katil.
Mereka jalankan konsultasi perubatan 14) Mereka menjalankan konsultasi perubatan dalam perawatan kes. Seolah-olah merekalah bidan, merekalah doktor dan merekalah peneman sebelum, semasa dan selepas bersalin. Dunia semakin canggih, konsultasi perawatan mereka pun boleh melalui telefon pintar.
15) Yang sahih, jelas dan benar bahawa mereka tiada asas dan kelayakan bidang perubatan pun. Hanya belajar melalui Youtube online selama 22 jam dan sudah meniktiraf sesama mereka sebagai doula bertauliah. Kursus sana-sini yang mereka sebagai “try and error” sambut bayi tu ada lah. Tetapi entah dari badan berautoriti dan badan berintegriti mana pun kita tidak tahu iktiraf kursus yang mereka ambil dan jalankan. Sijil-sijil doula yang mereka pamerkan dalam media sosial pun bukan dari mana-mana universiti dunia.
Sekian kompilasi yang sempat saya catat sepanjang tempoh berhujah dengan mereka di media sosial.
Jika rasa penting, boleh jawab sendiri falasi mereka itu. Jika catatan ni tak signifikan. Abaikan or delete. Mungkin benar, dan mungkin tidak benar!
Catatan dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
20.2.2019
Jerangau
P/s Mungkin Prof Imelda Balchin akan beri pencerahan pada malam jumaat nanti. Kita sama saksikan
Sumber : Suhazeli Abdullah
The post ‘Ada Kes Bercumbu Atas Katil Beranak’ – Doktor Kongsi 15 Karenah & Permintaan Doula Malaysia appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/ada-kes-bercumbu-atas-katil-beranak-doktor-kongsi-15-karenah-permintaan-doula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Black Ayah Penyayang Pantau Suhu Anak Setiap Jam Bila Demam Kongsi Cara Redakan Demam Tanpa Jumpa Doktor

Black Ayah Penyayang Pantau Suhu Anak Setiap Jam Bila Demam Kongsi Cara Redakan Demam Tanpa Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 586 hits
Biasanya bila anak demam mamalah orang yang paling resah dan susah hati Takut nak tidur malam dan sebagainya Bimbang juga suhu anak tiba tiba naik mendadak dan risiko pada masalah lain ketika demam Namun bagi Black dia mengambil alih kesemu...
Vakum 5 Kali Bayi Tak Keluar Ibu Kongsi Detik Cemas Gentle Birth Dengan Doula

Vakum 5 Kali Bayi Tak Keluar Ibu Kongsi Detik Cemas Gentle Birth Dengan Doula

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 353 hits
Proses kelahiran yang lancar menjadi idaman semua wanita Keputusan yang tepat sebelum bersalin dengan mengambil kira nyawa ibu dan anak amat membantu mengelakkan kejadian tidak diingini Pengalaman ibu ini ketika bersalin menggunakan kaedah ...
Diet Kawal Stres Ambil 2 Ubat Dibekalkan Doktor Mood Happy Ibu Ini Kongsi Usahanya Dapatkan Zuriat

Diet Kawal Stres Ambil 2 Ubat Dibekalkan Doktor Mood Happy Ibu Ini Kongsi Usahanya Dapatkan Zuriat

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 325 hits
Diet kawal stress dan ambil ubat yang dipreskripsi oleh doctor pakar antara usaha yang dilakukan wanita ini bagi mendapatkan cahaya mata Anak pelengkap rumah tangga Setiap wanita yang berkahwin tentu mahukan kehadiran cahaya mata Perkongsia...
Satu Demi Satu Meninggal Doktor Dedah Pengalaman Kendali Kes Kanak Kanak Mati Akibat Tidak Dapat Imunisasi

Satu Demi Satu Meninggal Doktor Dedah Pengalaman Kendali Kes Kanak Kanak Mati Akibat Tidak Dapat Imunisasi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 363 hits
Isu mengenai suntikan imunisasi atau vaksin menjadi tular dan memuncak baru baru ini ekoran perdebatan antara seorang doktor pakar pediatrik dan doktor freelance Seorang doktor telah mendedahkan pengalamannya mengendalikan kes kanak kanak y...
Dedah Kisah Doula Ibu Ini Kongsi Di Hina Doula Kerana Obes Dituduh Makan Mcd Setiap Hari

Dedah Kisah Doula Ibu Ini Kongsi Di Hina Doula Kerana Obes Dituduh Makan Mcd Setiap Hari

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 450 hits
Puan Inora Putri pengguna Instagram telah memuatnaik gambar poster program Analisi Doula Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor Dengan Caption Tak Sabar nak tengok analisis malam ini Beliau turut menceritakan tentang pengalaman bagaimana dia men...
Doula Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor

Doula Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 964 hits
Rancangan Analisis TV Hijrah menjadi tular minggu lepas apabila stesen televisyen berkonsepkan Islam ini berani membawakan dua orang panel dengan latar belakang dan fahaman berbeza iaitu iaitu Dato Dr Musa Mohd Nordin dan Dr Nurul Huda Moha...
Tak Boleh Cabut Sembarangan Gigi Susu Anak Doktor Gigi Kongsi Bila Waktu Sesuai Untuk Cabut Gigi Susu

Tak Boleh Cabut Sembarangan Gigi Susu Anak Doktor Gigi Kongsi Bila Waktu Sesuai Untuk Cabut Gigi Susu

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 639 hits
Setiap ibu bapa pasti teruja bila gigi anak tumbuh dengan baik Namun masih ramai ibu bapa yang tidak tahu bilakah waktu sesuai untuk mencabut gigi susu anak Gigi susu tidak boleh dicabut sembarangan Doktor menerusi facebooknya menjelaskan b...
Selesa Bersalin Di Rumah Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab

Selesa Bersalin Di Rumah Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 513 hits
Isu doula dalam proses kelahiran di rumah atau homebirth menjadi isu yang wajar diketengahkan Dari tujuan asalnya untuk mendapatkan keselesaan semasa besalin di rumah ia bertukar menjadi tragis dengan kematian ibu anak atau kecacatan bayi m...
Dr Amalina Akhirnya Beri Respon Isu Doula Di Malaysia Yang Menghantui Netizen

Dr Amalina Akhirnya Beri Respon Isu Doula Di Malaysia Yang Menghantui Netizen

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 573 hits
Hangat mengenai topik Doula Peneman Ibu atau Pengganti Doktor yang diperdebatkan Prof Dr Imelda Balchin dan Puan Hayati menjadi bahan perbincangan ramai termasuk Dr Amalina Bakri Rata rata mengkritik jawapan yang diberikan Puan Hayati didak...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda