Selepas Touch N Go Monopoli Puspakom Pula Akan Dipecahkan



PUTRAJAYA: Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tamat pada 31 Ogos 2024.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkara itu diputuskan Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu menyaksikan tiada lagi monopoli PUSPAKOM sebagai penyedia pemeriksaan berkala kenderaan motor berkuat kuasa 1 September 2024.
Beliau berkata, proses pelawaan kepada pihak yang berminat dalam menyediakan perkhidmatan akan dibuka selewat-lewatnya suku pertama 2024.
"Keputusan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang berdaya saing serta memudahkan seluruh rakyat.
"Serentak itu kami turut mempelawa pihak yang berminat dan memenuhi syarat untuk membuat permohonan yang bermula selewat-lewatnya suku pertama tahun depan, jadi tiada lagi soal monopoli," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Loke berkata, bagi melaksanakan keputusan itu, kementeriannya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membangunkan syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan bagi pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan itu.
Katanya, bagi memastikan keseragaman peraturan dan keadilan dalam aspek persaingan, pihak yang berminat akan diwajibkan untuk memenuhi semua syarat dan peraturan sama yang telah dikenakan kepada PUSPAKOM di bawah Perjanjian Konsesi.
"Ini termasuk kewajipan melantik pekerja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sahaja, menyedia dan menggunakan peralatan pemeriksaan berkomputer yang dikawal selia dan diluluskan oleh JPJ, menyediakan perkhidmatan dengan mematuhi skop, standard dan prosedur pemeriksaan motor yang ditetapkan sepenuhnya;
"Hanya boleh mengenakan kadar fi pemeriksaan yang telah ditetapkan sahaja, tidak dibenarkan sama sekali menawarkan perkhidmatan pembaikan atau ubah suai kenderaan serta penjualan alat ganti.
"Pihak JPJ akan secara berterusan mengaudit dan memantau semua pihak yang menyediakan perkhidmatan itu bagi memastikan pematuhan, kualiti dan integriti pemeriksaan. Mana-mana pihak yang didapati melanggar syarat ditetapkan boleh dikenakan penalti atau dibatalkan kebenaran menjalankan pemeriksaan terbabit," katanya.
Loke berkata, MOT juga akan memastikan bahawa pembukaan pemeriksaan berkala kepada pihak lain tidak menyumbang kepada elemen persaingan tidak sihat serta membawa kesan negatif kepada penyediaan perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor di bawah Akta 333.
Tambah beliau, kerajaan juga bersetuju melanjutkan perjanjian konsesi PUSPAKOM untuk 15 tahun lagi berkuat kuasa 1 September 2024 dengan penambahbaikan terma perjanjian sedia ada. "Keputusan ini mengambil kira bahawa pihak PUSPAKOM telah menjalankan fungsi pemeriksaan terbabit bagi pihak JPJ dengan baik dan memenuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan.
"Namun, PUSPAKOM telah diminta untuk melaksanakan beberapa penambahbaikan termasuklah pindaan ke atas prosedur dan skop pemeriksaan berkala yang ditetapkan bagi meningkatkan tahap kualiti dan integriti pemeriksaan seperti memperluaskan elemen automasi dan penggunaan peralatan komputer.
"Proses pemeriksaan akan dimodenkan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa dengan penggunaan peralatan komunikasi teknologi tinggi, sensor atau kamera bagi membolehkan pemeriksaan dipantau secara masa sebenar di dalam talian oleh pengguna selain kementerian.
"Meningkatkan tahap kompetensi kakitangan dengan penyediaan sistem latihan pembangunan sumber manusia yang lebih berkesan dan relevan dengan keperluan semasa, menambah baik proses penempahan dan aduan pelanggan serta memasang sistem CCTV di semua pusat pemeriksaan bagi tujuan kawalan dan pemantauan masa sebenar.
"Menambah baik skop pemeriksaan kenderaan seperti pemeriksaan dalaman, pemeriksaan 'under body' dan pemeriksaan motosikal bagi meningkatkan tahap keselamatan teknikal dan 'road-worthiness' kenderaan di atas jalan terutamanya membabitkan kenderaan pengangkutan awam dan barangan," katanya.
Beliau berkata, JPJ juga akan turut menambah baik aspek pemantauan, pengawalseliaan dan auditan ke atas semua pusat dan aktiviti pemeriksaan PUSPAKOM di sepanjang tempoh perjanjian konsesi berkuat kuasa - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/selepas-touch-n-go-monopoli-puspakom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hapus Monopoli Puspakom Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan Bernama 25 03 2023

Hapus Monopoli Puspakom Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan Bernama 25 03 2023

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR 25 Mac Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer bermula tahun hadapan merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan selain memberi lebih banyak pilihan kepad...
Monopoli Puspakom Tamat 31 Ogos 2024

Monopoli Puspakom Tamat 31 Ogos 2024

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 138 hits
Putrajaya Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan ...
Tiada Monopoli Untuk Touch N Go

Tiada Monopoli Untuk Touch N Go

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 233 hits
Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia saya menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan untuk mengadakan sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam dan tol di lebuh raya di Malaysia Ini sekaligus menamatkan monopoli touch n go dalam sistem ...
Siapa Pemilik Saham Puspakom Dan Ketahui Apa Dia Kroni Dan Monopoli

Siapa Pemilik Saham Puspakom Dan Ketahui Apa Dia Kroni Dan Monopoli

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 362 hits
GINO MARVELASedikit maklumat buat kalian nak tahu apa itu kroni apa maksudnya monopoli Kalau dia tak jadi PM maka org Melayu katanya jd miskin Tapi lupa dia hanya jaga kroni Melayu bawah tangan dia ja Hat rakyat Melayu bawahan yg lain di pe...
Empat Lagi Monopoli Wajar Dipecahkan

Empat Lagi Monopoli Wajar Dipecahkan

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan diminta mengkaji beberapa lagi perniagaan monopoli dalam pengimportan makanan perkhidmatan liputan rangkaian 5G pembekalan ubat perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dan televisyen berbayar bagi mewujudkan persaing...
Putrajaya Akan Mempertimbangkan Kaji Semula Monopoli Touch N Go Pmx

Putrajaya Akan Mempertimbangkan Kaji Semula Monopoli Touch N Go Pmx

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 128 hits
Putrajaya dilapor akan mempertimbangkan semula monopoli Touch n Go selepas lebih dua dekad beroperasi tanpa perkembangan atau kemajuan yang menyakinkan nbsp Di majlis dialog Bertemu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam seorang pel...
Ending Puspakom Monopoly Paves Way For Better Services The Sun Daily 25 03 2023

Ending Puspakom Monopoly Paves Way For Better Services The Sun Daily 25 03 2023

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR The government s move to end the monopoly of Puspakom starting next year is seen as the right step towards improving the services offered as well as giving more options to the public The Malaysian Muslim Consumers Association c...
Transport Groups Look Forward To End Of Puspakom Monopoly

Transport Groups Look Forward To End Of Puspakom Monopoly

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 109 hits
Vehicle inspection services will be opened to all qualified parties once Puspakom s concession ends in August next year PETALING JAYA The government s decision to scrap Puspakom s monopoly on vehicle inspection has received positive reactio...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord