Hapus Monopoli Puspakom Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan Bernama 25 03 2023


 

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan selain memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai. 
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, berkata langkah untuk membuka perkhidmatan yang ditawarkan Puspakom kepada pihak lain yang berkelayakan, juga mampu mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan penyedia perkhidmatan. 
"Isu yang timbul melibatkan tahap perkhidmatan yang ditawarkan Puspakom sebenarnya sudah lama, sehingga aduan yang diterima daripada orang ramai tidak dipandang serius, memandangkan mereka merupakan penyedia perkhidmatan tunggal pemeriksaan berkala kenderaan motor.
"Jadi dengan langkah ini, syarikat baharu yang akan menyediakan perkhidmatan ini kelak dapat menangani kekurangan yang ada di Puspakom, sekali gus membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang lebih baik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan, Puspakom tidak akan lagi menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 Sept 2024. 
Loke berkata langkah itu berdasarkan keputusan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac lepas agar perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor, dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan.
Dalam pada itu, Nadzim berkata keputusan untuk menamatkan monopoli ini harus disertakan dengan penubuhan satu badan pemantau, bagi mengawal selia perkhidmatan dan menangani sekiranya terdapat aduan membabitkan kualiti dan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat-syarikat terlibat. 
"Saya mohon kerajaan tubuhkan satu badan untuk kesan semua kelemahan dalam perkhidmatan yang diberikan, termasuk sama ada dari Puspakom mahupun syarikat-syarikat baharu dan kemudiannya melakukan siasatan untuk membolehkan mereka mengambil tindakan sewajarnya," katanya. 
Sementara itu, runner Puspakom Ahmad Fuad, 35, berkata keputusan yang dibuat kerajaan ini dilihat dapat membuka lebih banyak peluang untuknya menerima 'kerja' daripada pelanggan dan tidak lagi hanya terhad dengan Puspakom. 
"Biasanya kalau saya bawa masuk kenderaan berat untuk pemeriksaan di Puspakom akan ambil masa seharian lebih kurang dari 9 pagi hingga 6 petang, tetapi bila ada syarikat lain yang tawarkan perkhidmatan sama, sudah tentu dari segi masa juga dapat dijimatkan dan saya mungkin boleh ambil dua atau tiga "kerjas dalam sehari," katanya. 
Ahmad yang telah menawarkan perkhidmatannya sejak 2014 berharap, syarikat baharu yang akan menawarkan pemeriksaan berkala kenderaan motor ini kelak, menggunakan peralatan yang canggih setara dengan apa yang terdapat di Puspakom atau lebih berteknologi tinggi. 
"Sebab kita tidak mahu adanya syarikat baharu wujud, tetapi perkhidmatan yang diberikan lebih teruk atau tidak ada perubahan, kerana apa yang kita harapkan adalah penambahbaikan dalam perkhidmatan," katanya. 
BERNAMA
Artikel oleh: Bernama
HAPUS MONOPOLI PUSPAKOM BUKA RUANG TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2176160


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/03/hapus-monopoli-puspakom-buka-ruang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penampilan V1rst Dan Un1ty Ramaikan Kapanlagi Buka Bareng 2023

Penampilan V1rst Dan Un1ty Ramaikan Kapanlagi Buka Bareng 2023

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 287 hits
Penampilan V1rst dan Un1ty Ramaikan KapanLagi Buka Bareng 2023 KapanLagi Youniverse atau KLY menggelar acara buka bersama bertajuk KapanLagi Buka Bareng 2023 berlangsung pada 1 2 April 2023
Melihat Keseruan Kapanlagi Buka Bareng 2023 Ada Habib Husein Ja Far Hingga Kahitna

Melihat Keseruan Kapanlagi Buka Bareng 2023 Ada Habib Husein Ja Far Hingga Kahitna

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 294 hits
KapanLagi Youniverse atau KLY menggelar acara buka bersama bertajuk KapanLagi Buka Bareng 2023 Acara yang berlangsung pada 1 2 April 2023 ini diramaikan oleh penampilan Habib Husein Ja far hingga sejumlah musisi mulai dari Oomleo feat Aldi ...
Semarak Hiburan Ramadan Akhir Pekan Bersama Kapanlagi Buka Bareng 2023

Semarak Hiburan Ramadan Akhir Pekan Bersama Kapanlagi Buka Bareng 2023

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 340 hits
KapanLagi Buka Bareng program spesial Ramadan yang diselenggarakan oleh KapanLagi Youniverse KapanLagi Buka Bareng 2023 kini diselenggarakan selama dua hari mulai dari tanggal 1 2 April 2023 pada pukul 15 00 21 00 WIB di Area Pulau Satu Sen...
Aksi Om Leo Kolaborasi Dengan Aldi Taher Di Panggung Kapanlagi Buka Bareng 2023

Aksi Om Leo Kolaborasi Dengan Aldi Taher Di Panggung Kapanlagi Buka Bareng 2023

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 836 hits
Acara Kapanlagi Buka Bareng 2023 hari kedua yang berlangsung di Senayan Park diramaikan oleh penampilan Om Leo feat Aldi Taher Mereka membawakan lagu Oasis Naif D masiv dan Armada
Fajar Sadboy Feat Jc Squad Hibur Kapanlagi Buka Bareng 2023

Fajar Sadboy Feat Jc Squad Hibur Kapanlagi Buka Bareng 2023

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 450 hits
Fajar Sadboy feat JC Squad Hibur KapanLagi Buka Bareng 2023 KapanLagi Youniverse atau KLY menggelar acara buka bersama bertajuk KapanLagi Buka Bareng 2023 yang berlangsung pada 1 2 April
Aksi Guyon Waton Goyang Kapanlagi Buka Bareng 2023

Aksi Guyon Waton Goyang Kapanlagi Buka Bareng 2023

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 304 hits
Aksi Guyon Waton Goyang KapanLagi Buka Bareng 2023 KapanLagi Youniverse atau KLY menggelar acara buka bersama bertajuk KapanLagi Buka Bareng 2023 yang berlangsung pada 1 2 April Guyon Waton menjadi salah satu musisi yang memeriahkan acara t...
Pengalaman Buka Puasa Di Ibis Style Hotel Kota Bharu Tahun 2023

Pengalaman Buka Puasa Di Ibis Style Hotel Kota Bharu Tahun 2023

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 436 hits
Pengalaman Buka Puasa Di ibis Style Hotel Kota Bharu Tahun 2023 Hotel Ibis Styles di Kota Bharu merupakan salah satu hotel di Kelantan yang ada menyediakan pakej bufet berbuka puasa pada Ramadan tahun 2023 ni Dalam artikel ini saya akan kon...
Asyraf Umum Peruntukan Rm100 000 Tambah Baik Mrsm Balik Pulau

Asyraf Umum Peruntukan Rm100 000 Tambah Baik Mrsm Balik Pulau

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 269 hits
Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki ketika melihat keadaan di MRSM Balik Pulau PETALING JAYA MRSM Balik Pulau menerima peruntukan segera RM100 000 bagi menaik taraf asrama pelajar termasuk menambah baik peralatan di bilik guru Pengerusi Mara...
Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sejarah Yang Disorok Tragedi Berdarah Melaka 1511

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Jamuan Akhir Tahun 2025 Kat Tempat Kerja

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Drama Kelas Belakang