Empat Lagi Monopoli Wajar Dipecahkan



KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji beberapa lagi perniagaan monopoli dalam pengimportan makanan, perkhidmatan liputan rangkaian 5G, pembekalan ubat, perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dan televisyen berbayar bagi mewujudkan persaingan lebih baik serta adil kepada rakyat.
Pakar ekonomi dan persatuan pengguna berpendapat, perkhidmatan atau barangan ditawarkan syarikat tunggal selama ini antara faktor orang ramai terpaksa menanggung kos tinggi disebabkan tidak mempunyai pilihan lain.
Malah, mereka juga menegaskan, monopoli boleh dilaksanakan, namun kerajaan perlu memendekkan tempoh yang diberikan kepada sesebuah syarikat bagi membenarkan persaingan.
Pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, berkata perkhidmatan tidak strategik seperti perkhidmatan kerajaan dalam talian serta dan televisyen berbayar perlu dikaji semula sebagai langkah meningkatkan mutu dan memberikan perkhidmatan yang berpatutan.
Katanya, ketiadaan pilihan menyebabkan ada syarikat monopoli mengambil kesempatan ke atas pengguna.
"Mengambil contoh tayangan cerita dipertontonkan oleh stesen televisyen berbayar adalah sama dan berulang-ulang, sedangkan pelanggan membayar mahukan sesuatu yang setimpal dengan bayaran dikenakan," katanya kepada BH, semalam.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Paul Selvaraj, pula menggesa kerajaan menumpukan usaha membebaskan monopoli, khususnya dalam sektor perubatan dan makanan.
Selain monopoli syarikat tertentu, beliau berkata, kerajaan juga perlu menyiasat penubuhan sesuatu konsortium atau kartel yang cenderung bersifat manipulatif serta 'berkuasa' mengawal pasaran.
Justeru, beliau menyarankan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendedahkan senarai syarikat dikesan memonopoli sektor tertentu, supaya tindakan boleh diambil antaranya memecahkan monopoli mereka dalam pasaran demi kepentingan rakyat.
"Tidak kira konsortium atau syarikat macam mana sekalipun, pastikan ia tidak ada kawalan khususnya dari segi harga dan tidak membesar sampai ia boleh menetapkan harga pasaran. Jika ada persaingan, ia tidak boleh tetapkan harga.
"Jadi MyCC sepatutnya keluarkan senarai syarikat memonopoli, walaupun suruhanjaya itu berdepan implikasi undang-undang, tetapi mereka harus ambil tindakan. MyCC ada kuasa dan perlu menerajui usaha ini," katanya.
Mengulas lanjut peranan MyCC berhubung isu monopoli, Selvaraj kecewa dengan peranan yang sepatutnya dimainkan suruhanjaya itu yang dilihat sedikit lambat.
Mengambil contoh isu monopoli Touch 'n Go (TnG), beliau berkata, pihaknya membuat aduan sejak lima tahun lalu, namun tiada tindakan diambil.
15 TAHUN SUDAH CUKUP
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, pula mencadangkan tempoh 15 tahun sudah cukup untuk kerajaan membantu sesebuah syarikat dapatkan keuntungan menerusi dasar monopoli.
Katanya, tempoh monopoli yang panjang sehingga 30 tahun boleh mengekang pertumbuhan ekonomi dan memberi kesan kepada rakyat sebagai pengguna.
"Berdasarkan teori, hanya industri utiliti sahaja yang patut diberikan monopoli. Bagaimanapun dari segi dasar, kerajaan sudah memberikan monopoli kepada beberapa syarikat.
"Tidak mengapa, tapi jangan untuk tempoh yang terlalu lama kerana ia tidak menggalakkan persaingan," katanya.
Mengulas perkhidmatan atau syarikat mengamalkan monopoli yang perlu dikaji semula semula, Sulaiman berkata, antaranya syarikat yang membekalkan ubat-ubatan kepada hospital.
"Produk yang dijual atau dibekalkan syarikat monopoli, kadang kala tidak berkualiti kerana tiada desakan kuat datang dari kalangan pengguna, sebagaimana dalam pasaran kompetitif yang beroperasi secara terbuka," katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan mengkaji semula semua syarikat yang menikmati monopoli pada masa lalu sebagai usaha memastikan perkhidmatan ditawarkan lebih berdaya saing antara mereka.
Katanya, semua kementerian sudah diminta mengkaji syarikat monopoli sedia ada di bawah bidang kuasa mereka dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang telus serta persaingan yang adil.
Sementara itu, portal berita FMT memetik Prof Dr Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) berkata, monopoli dalam makanan, pengimportan beras, perkhidmatan liputan rangkaian 5G dan pembekalan ubat-ubatan perlu dipecahkan.
"Ini antara yang perlu dipecahkan oleh kerajaan kerana ia menyebabkan pengguna dikenakan kos yang tidak berpatutan," katanya.

Dr Williams berkata, tindakan memecahkan monopoli bagaimanapun tidak boleh dibuat dalam jangka masa pendek atau tergesa-gesa.
"Ia mesti menjadi sebahagian usaha holistik untuk mengukuhkan lagi dasar antipersaingan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan Kementerian Ekonomi," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/empat-lagi-monopoli-wajar-dipecahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Touch N Go Monopoli Puspakom Pula Akan Dipecahkan

Selepas Touch N Go Monopoli Puspakom Pula Akan Dipecahkan

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 214 hits
PUTRAJAYA Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan ...
Tiada Monopoli Untuk Touch N Go

Tiada Monopoli Untuk Touch N Go

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 238 hits
Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia saya menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan untuk mengadakan sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam dan tol di lebuh raya di Malaysia Ini sekaligus menamatkan monopoli touch n go dalam sistem ...
Pecahkan Monopoli Tng Wujudkan Banyak Saingan Berita Harian 21 03 2023

Pecahkan Monopoli Tng Wujudkan Banyak Saingan Berita Harian 21 03 2023

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu memecahkan monopoli Touch n Go dengan mewujudkan banyak persaingan supaya pengguna mempunyai pilihan dalam memilih perkhidmatan yang ditawarkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan b...
Monopoli Puspakom Tamat 31 Ogos 2024

Monopoli Puspakom Tamat 31 Ogos 2024

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 139 hits
Putrajaya Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan ...
Putrajaya Akan Mempertimbangkan Kaji Semula Monopoli Touch N Go Pmx

Putrajaya Akan Mempertimbangkan Kaji Semula Monopoli Touch N Go Pmx

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 129 hits
Putrajaya dilapor akan mempertimbangkan semula monopoli Touch n Go selepas lebih dua dekad beroperasi tanpa perkembangan atau kemajuan yang menyakinkan nbsp Di majlis dialog Bertemu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam seorang pel...
Tun Wajar Berehat Jika Ph Kalah Di Semenyeh

Tun Wajar Berehat Jika Ph Kalah Di Semenyeh

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 76 hits
Nota tajuk akan menyusul Tugas Tun sudah selesai Najib gagal meneruskan nafsunya melalui kuasa dan umno sudah terantuk baru terngadah Keinsafan umno kalau dilihat kepada lokman adam keinsafan sekadar perhiasan Selepas Tun samada Melayu akan...
Akan Ada Lagi Pemonopoli Dipecahkan Supaya Kek Itu Dikongsi Orang Lain Juga

Akan Ada Lagi Pemonopoli Dipecahkan Supaya Kek Itu Dikongsi Orang Lain Juga

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 178 hits
Pemecahan monopoli Mulanya Bernas dan Touch N Go Selepas ini Puspakom pula Kita nantikan pula monopoli Astro TNB dan lain lain Isu monopoli ini bukan isu baru Sudah lama rakyat bersuara mahu kegiatan ini dihapuskan Ini adalah warisan dari p...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte

Gnabry Akan Kembali Sane Diragui Untuk Perlawanan Bayern Dengan Real Madrid

Sarah Yasmine Kenalan Saya Anna Jobling

Dendam Rupanya Babak Chacha Maembong Jasmin Hamid Ganyang Ruhainies Buat Netizen Puas