Selepas Tesla Amazon Pula Umum Akan Labur Rm25 5 Bilion Di Malaysia



Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.
Ini selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke Malaysia.
Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.
Sedikit info mengenai Tesla.
Tesla beroperasi menggunakan model jualan pengguna secara terus tanpa membabitkan pengedar.
Pusat Pengalaman Tesla adalah lokasi di mana pengguna boleh mempelajari lebih mendalam mengenai kenderaan itu.
Bakal pembeli perlu membuat tempahan secara dalam talian dan kereta akan diterima selepas stok diperuntukkan.
Tesla Inc adalah multinasional Amerika Syarikat (AS) yang beribu pejabat di Austin, Texas yang terbabit dalam bidang autommotif, kecerdasan buatan dan tenaga bersih.
Ia mereka bentuk dan mengeluarkan EV (kereta dan trak), simpanan tenaga bateri dari rumah ke skala grid, panel solar serta produk dan perkhidmatan berkaitan.
Tesla adalah salah satu syarikat paling bernilai di dunia dan setakat ini, ia adalah pengeluar kenderaan paling bernilai di dunia.
Syarikat itu mempunyai lebih 120,000 pekerja di seluruh dunia.
Dan hari ini pula..Amazon Web Services (AWS) diumumkan bakal membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM25.5 bilion sehingga 2037.
PETALING JAYA: Amazon Web Services (AWS) bakal membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM25.5 bilion sehingga 2037.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata AWS telah komited kepada pelaburan teknologi antarabangsa terbesarnya setakat ini di Malaysia.
Katanya, dengan pelaburan baharu AWS itu, pihaknya berharap dapat melihat peningkatan yang lebih besar dalam transformasi digital dan kepercayaan digital dalam masyarakat Malaysia.
"Ini seterusnya akan membawa kepada inovasi dan pelaburan yang lebih besar di Malaysia, mendorong negara untuk benar-benar menjadi pusat data Asia Tenggara dan hab digital untuk rantau ini.
"(Selain itu) dengan membawa akses kepada infrastruktur AWS yang bertaraf dunia, teknologi termaju dan program kemahiran digital termaju ke Malaysia akan membuka peluang untuk perniagaan tempatan membina dan berkembang di peringkat global.
"...memupuk tenaga kerja yang didayakan secara digital, merangsang penciptaan pekerjaan dan menyampaikan pertumbuhan ekonomi jangka panjang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menerusi rakaman video yang disiarkan di majlis Kemas Kini Utama Perniagaan: AWS Malaysia di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelaburan itu juga akan memajukan wawasan Malaysia Madani mengenai ekonomi berkemahiran tinggi, inovatif, inklusif dan mampan di mana kekayaan dikongsi dengan lebih saksama.
"Hari ini, kita telah melihat sejumlah besar syarikat Malaysia - daripada syarikat permulaan kepada perusahaan - mengubah perkhidmatan dan proses mereka, menghasilkan inovasi yang lebih besar, pemprosesan data yang lebih selamat dan kos operasi yang lebih rendah dengan Penyedia Perkhidmatan Awan seperti AWS.
"PETRONAS menjadi contoh terbaik bagaimana sebuah organisasi terkemuka Malaysia mempercepatkan perjalanan Transformasi Digitalnya dengan memanfaatkan kuasa awan untuk memodenkan IT (teknologi maklumat), memacu operasi yang lebih bijak dan keputusan yang lebih pantas melalui cerapan daripada analisis data, dan membina aplikasi digital baharu seperti SETEL untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.
"Begitu juga dengan Silverlake Axis, sebuah syarikat kewangan dan fintech yang diasaskan di Malaysia, yang telah menggunakan AWS untuk mendigitalkan dan memodenkan 25 aplikasi yang membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan yang lebih inovatif kepada pelanggan mereka," katanya.
Perdana Menteri berkata, apabila mengambil alih tampuk pentadbiran, beliau telah menetapkan konsep Malaysia Madani untuk menumpukan kepada pembangunan ekonomi yang lebih saksama dan sejahtera.
"Untuk merealisasikan konsep ini, ekonomi Malaysia perlu bergerak melangkaui komoditi dan pembuatan konvensional kepada ekonomi nilai tambah tinggi abad ke-21 yang memanfaatkan teknologi digital termaju, kreativiti dan inovasi.
"Sumbangan ekonomi digital kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara berjumlah 23.2 peratus pada 2021. Matlamat kami untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada 25.5 peratus daripada KDNK Malaysia menjelang 2025 dilihat mampu dicapai.
"Ini boleh dilakukan melalui pelaburan sektor awam dan swasta dalam infrastruktur digital, modal insan, kapasiti perniagaan dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/selepas-tesla-amazon-pula-umum-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Amazon Web Services Pilih Malaysia Untuk Labur Rm25 5 Bilion

Kenapa Amazon Web Services Pilih Malaysia Untuk Labur Rm25 5 Bilion

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 231 hits
PETALING JAYA Amazon Web Services memilih Malaysia untuk membuka kemudahan serantau baharunya bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan besar di negara ini yang memerlukan infrastruktur tambahan bagi menyimpan data Antara pelanggan AWS di M...
Political Stability Clear Policies Key Factors For Amazon S Investment In Malaysia

Political Stability Clear Policies Key Factors For Amazon S Investment In Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 175 hits
Stable political administration and clear national policies are the key factors why Amazon Web Services chose Malaysia as its investment destination said Prime Minister Anwar Ibrahim Anwar who is also finance minister said AWS RM25 5 billio...
Amazon Web Services Finalised Decision To Invest In Malaysia Following Ge15 Says Fahmi

Amazon Web Services Finalised Decision To Invest In Malaysia Following Ge15 Says Fahmi

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 134 hits
SHAH ALAM Amazon Web Services only finalised its decision to set up infrastructure in Malaysia following the 15th General Election says Fahmi Fadzil The Communications and Digital Minister said talks had however been long ongoing and that t...
Penonton Bakal Nikmati Coast Guard Malaysia Ops Helang Versi Uncencored Di Amazon Prime

Penonton Bakal Nikmati Coast Guard Malaysia Ops Helang Versi Uncencored Di Amazon Prime

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 142 hits
Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang bakal ditayangkan di Amazon Prime selepas filem itu selesai tayang Filem versi pawagam terpaksa menjalani 11 potongan atas nasihat Lembaga Penapisan Filem namun masih tidak menghalang para penonton untu...
Aset 1mdb Rm28 93 Bilion Dipulangkan Kepada Kerajaan Malaysia

Aset 1mdb Rm28 93 Bilion Dipulangkan Kepada Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 118 hits
Sehingga kini RM28 93 bilion iaitu lebih 70 aset 1Malaysia Development Berhad dapat dikembalikan kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki
Tesla Gets Nod To Import Electric Vehicles Into Malaysia Miti

Tesla Gets Nod To Import Electric Vehicles Into Malaysia Miti

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 97 hits
The Ministry of International Trade and Industry has approved Tesla s application to import battery electric vehicles into Malaysia In realising this objective Tesla will establish a head office in Malaysia introduce Tesla s experience cent...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Prudence

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb