Kenapa Amazon Web Services Pilih Malaysia Untuk Labur Rm25 5 Bilion



PETALING JAYA: Amazon Web Services (AWS) memilih Malaysia untuk membuka kemudahan serantau baharunya bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan besar di negara ini yang memerlukan infrastruktur tambahan bagi menyimpan data.
Antara pelanggan AWS di Malaysia ialah PETRONAS, Axiata Group, Bank Islam Malaysia, CelcomDigi, Johor Corporation dan PayNet.
Selain itu, terdapat organisasi sektor awam tempatan yang turut menjadi pelanggan AWS termasuk Cybersecurity Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Pengarah Urusan Serantau Sektor Awam Seluruh Dunia di ASEAN AWS, Eric Conrad, berkata pelanggan menyetakan keperluan infrastruktur tambahan berkenaan bagi menyokong keperluan perniagaan masing-masing.
Katanya, AWS juga melihat pemecutan ketara dalam fasa pengadaptasian dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Malah, permintaan daripada pelanggan yang mahukan data mereka lebih dekat juga semakin meningkat dan terdapat kes ia (data lebih dekat) menjadi satu syarat keperluan.
"Jadi, kami telah mengikuti permintaan mereka dan telah membuat penetapan bahawa ini adalah waktu yang sesuai untuk melabur dalam infrastruktur di sini," katanya pada taklimat media Kemas Kini Utama Perniagaan: AWS Malaysia di sini.
Pada majlis itu, AWS mengumumkan bakal membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM25.5 bilion sehingga 2037.
Pelaburan itu juga adalah yang terbesar pernah dibuat syarikat itu di Malaysia setakat ini.
Infrastruktur serantau AWS baharu itu akan memberi pembangun, pemula, usahawan dan perusahaan, serta kerajaan, pendidikan dan organisasi tidak berasaskan keuntungan, pilihan yang lebih baik untuk menjalankan aplikasi mereka dan memberi perkhidmatan kepada pengguna akhir daripada pusat data yang terletak di Malaysia.
Sementara itu Naib Presiden Perkhidmatan Infrastruktur di AWS, Prasad Kalyanaraman, berkata infrastruktur serantau baharu AWS itu mencerminkan komitmen mendalam dan jangka panjang mereka kepada pelanggan dan organisasi di negara ini.
Katanya, ia juga adalah komitmen AWS untuk melayani permintaan yang besar dan berkembang pesat bagi perkhidmatan awan di seluruh Asia Tenggara.
"Kami berbangga untuk menyokong transformasi digital Malaysia dengan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan tertinggi yang tersedia pada infrastruktur awan AWS.
"Kami berharap dapat membantu institusi, syarikat permulaan dan syarikat Malaysia menyampaikan aplikasi berkuasa awan untuk memacu pembangunan ekonomi di seluruh negara dan untuk merangsang penciptaan pekerjaan, latihan kemahiran dan peluang pendidikan dalam komuniti di sekitar pusat data kami," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/kenapa-amazon-web-services-pilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Tesla Amazon Pula Umum Akan Labur Rm25 5 Bilion Di Malaysia

Selepas Tesla Amazon Pula Umum Akan Labur Rm25 5 Bilion Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 386 hits
Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia Ini selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah melulu...
Amazon Web Services Finalised Decision To Invest In Malaysia Following Ge15 Says Fahmi

Amazon Web Services Finalised Decision To Invest In Malaysia Following Ge15 Says Fahmi

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 249 hits
SHAH ALAM Amazon Web Services only finalised its decision to set up infrastructure in Malaysia following the 15th General Election says Fahmi Fadzil The Communications and Digital Minister said talks had however been long ongoing and that t...
Aset 1mdb Rm28 93 Bilion Dipulangkan Kepada Kerajaan Malaysia

Aset 1mdb Rm28 93 Bilion Dipulangkan Kepada Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 211 hits
Sehingga kini RM28 93 bilion iaitu lebih 70 aset 1Malaysia Development Berhad dapat dikembalikan kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki
Penonton Bakal Nikmati Coast Guard Malaysia Ops Helang Versi Uncencored Di Amazon Prime

Penonton Bakal Nikmati Coast Guard Malaysia Ops Helang Versi Uncencored Di Amazon Prime

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 385 hits
Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang bakal ditayangkan di Amazon Prime selepas filem itu selesai tayang Filem versi pawagam terpaksa menjalani 11 potongan atas nasihat Lembaga Penapisan Filem namun masih tidak menghalang para penonton untu...
Political Stability Clear Policies Key Factors For Amazon S Investment In Malaysia

Political Stability Clear Policies Key Factors For Amazon S Investment In Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 292 hits
Stable political administration and clear national policies are the key factors why Amazon Web Services chose Malaysia as its investment destination said Prime Minister Anwar Ibrahim Anwar who is also finance minister said AWS RM25 5 billio...
Intipati Dan Ucapan Belanjawan 2023 Kerajaan Malaysia

Intipati Dan Ucapan Belanjawan 2023 Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 398 hits
Intipati Dan Ucapan Belanjawan 2023 Kerajaan Malaysia Berita terkini mengenai belanjawan tahun 2023 yang sedang dibentangkan di parlimen oleh kerajaan perpaduan kerajaan Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang membentangkan sebuah belanjaw...
Paydibs Neo Makes In Store Payments Way Easier

Stay Safe With Galaxy A Series Built In Protection You Can Trust

Mengejutkan Covid 19 Kembali Ke Malaysia Kematian Pertama Pada Tahun 2025

Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London

Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia

Resepi Nasi Lemak Sambal Bilis Mudah

Beli Dan Blah Di Uniqlo Seremban 2

Betul Ke Hypothyroid Penyebab Rasa Letih Melampau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paper Cup Double Wall Custom Pilihan Ideal Untuk Minuman Panas Sejuk

How Eu Laws Give Patients Better Protection For Cosmetic Surgery In Poland

Iran Lancar Peluru Berpandu Ke Pangkalan Tentera As Di Qatar

Fdm 3d Printing In Malaysia A Cost Effective Solution For Prototyping And Production

I Ve Never Been A Member Of Any Political Party Says Igp

How Huawei S Ai Ubb Tech Is Reshaping The Internet