Selepas Skandal Kapal Lcs Skandal Meriam Howitzer Libatkan Pm Ismail




 Skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) masih belum selesai kini negara dikejutkan pula dengan skandal pembelian meriam self-propelled Howitzer (SPH) yang melibatkan peruntukan sekitar RM854 juta.

Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, sekiranya LCS hanya melibatkan pemimpin Umno yang telah dijatuhkan dalam Pilihan Raya Umum ke 14, skandal pembelian meriam ini pula melibatkan Perdana Menteri (PM) semasa Umno.

"Saya telah mengkaji kontroversi perolehan ini sejak beberapa bulan dan mendapati ada bukti-bukti bahawa keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi Kerajaan membelakangkan spesifikasi dan keperluan angkatan tentera.

"Kementerian Pertahanan telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar perolehan sistem meriam artileri SPH yang baru melalui proses tender terhad, seperti amalan perolehan kelengkapan pertahanan amnya.

"Memang menjadi amalan perolehan pertahanan negara bahawa pendekatan tender terhad digunakan untuk mengimbangi keperluan kerahsiaan pertahanan negara (supaya spesifikasi persenjataan tidak diketahui umum) dan mendapatkan nilai terbaik wang rakyat (agar pembida terbaik dilantik)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malangnya dakwa Rafizi, sebuah syarikat mahukan pembelian peralatan tempur berkenaan dibuat secara runding terus dan mahu PM Ismail Sabri Yaakob campurtangan.

Lebih malang, dakwanya PM telah merakamkan nota arahan dan tular di media sosial baru baru ini yang menjadi sandaran keputusan Kementerian Kewangan mengarahkan perolehan berjumlah RM853 juta diberikan kepada syarikat yang meminta secara rundingan terus.

"Pada 25 Julai 2022, Kementerian Pertahanan akhirnya terpaksa akur dengan arahan Menteri Kewangan

"Meskipun hal itu bertentangan dengan kehendak dan permohonan Kementerian Pertahanan sebelum itu yang mahu perolehan ini dibuat secara tender terhad," katanya.

Mantan Ahli Parlimen Pandan itu telah melakukan semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke atas butiran syarikat yang memperolehi tender berkenaan.

"Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan syarikat ini hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan, tanpa rekod dalam industri pertahanan dan pembekalan persenjataan yang sebegini besar," kata Rafizi.

Beliau bertanya mengapakah Kerajaan Umno – Pas - Bersatu terus menggadaikan kepentingan pertahanan negara dan kebajikan askar dengan memperjudikan sistem persenjataan di tangan syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman dan rekod cemerlang.

"Oleh kerana Umno nampaknya begitu yakin dengan sokongan pengundi Melayu kepada mereka sehingga sanggup memanggil PRU15 semasa banjir, saya ingin lihat berapa banyak lagi sokongan kepada Umno jatuh merudum apabila mereka berkempen di dalam banjir untuk mempertahankan penyelewengan-penyelewengan sistem pertahanan negara seperti LCS dan meriam artileri SPH ini," sinis Rafizi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/selepas-skandal-kapal-lcs-skandal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tender Meriam Howitzer Rm854j Secara Terus Pada Syarikat Setahun Jagung Rupanya Ada Kabel Besar

Tender Meriam Howitzer Rm854j Secara Terus Pada Syarikat Setahun Jagung Rupanya Ada Kabel Besar

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 203 hits
NASUHA RAHMANSelepas skandal kapal pesisir tempur timbul pula skandal baru iaitu tender pembelian meriam artileri Howitzer yang diberikan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat setahun jagung yang tiada pengalaman Apa istimewanya sya...
Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 332 hits
agendaily com05 10 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan juga pada minggu ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob su...
Ternyata Ismail Pm Yang Tiada Wibawa

Ternyata Ismail Pm Yang Tiada Wibawa

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 303 hits
Ternyata Isnail PM yang paling lemah dan tidak bertanggungjawab dalam sejarah Malaysia Kerana desakan kluster mahkamah tergamak dia bubar parlimen pada waktu kritikal ini Bayangkan kalau BN menang besar dan Isnail sekali lagi diberi peluang...
Why Ismail No More Pm After Pru

Why Ismail No More Pm After Pru

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 256 hits
Mencari dan memerlukan wakil dari setiap Daerah di Kelantan untuk potensi income RM500 sehari ada pengalaman networking Boleh hubungi GuaMusang Tumpat sudah ada
No No Confidence Motion For Pm Ismail Sabri

No No Confidence Motion For Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 378 hits
PAS vice president Datuk Seri Idris Ahmad who was among the 12 Perikatan Nasional ministers who sent a letter to the King to object to a general election during the year end monsoon season said they never raised the issue of losing confiden...
Parlimen Dibubarkan Hari Ini Pm Ismail Sabri

Parlimen Dibubarkan Hari Ini Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 302 hits
Yang di Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubarkan hari ini PM Ismail Sabri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengumuman ...
Ismail Sabri Pn Ministers Letter To Agong Irrelevant To Govt Legitimacy

Ismail Sabri Pn Ministers Letter To Agong Irrelevant To Govt Legitimacy

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 252 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob today said the legitimacy of his administration remains even as 12 ministers had in a letter to the Yang di Pertuan Agong recorded their objections for the 15th general elections to be held within this yea...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan