Selepas Satu Lagi Janji Dimungkiri Bukan Saja Anwar Akan Disingkirkan Malah Ph Juga Bakal Dihancurkan




Salah satu kepakaran dan kehebatan Tun Mahathir Mohamad yang tidak ada pada mana-mana pemimpin lain sama ada di Malaysia juga di dunia, ialah keupayaannya memungkiri janji serta mencipta alasan bagi menghalalkan tindakan  itu.


Ketika bersara pada 2003, Tun Mahathir berjanji akan menjadi pesara sepenuhnya serta tidak akan mengganggu tugas-tugas penggantinya, Tun Abdullah Badawi.


Ketika mengasak pengunduran Najib Razak dan didesak agak bertanding semula dalam pilihanraya, Tun Mahathir berkata, beliau sudah berjanji kepada dirinya untuk tidak lagi kembali menjadi Ahli Parlimen.


Akhirnya, kedua-dua janji itu telah dimungkirinya dengan alasan yang diciptanya sendiri.


Selepas PH menang pada PRU14 yang sebahagiannya kerana rakyat terpesona dengan janji-janji yang terkandung dalam Buku Harapan, beliau kemudiannya dengan selamba memberi alasan, buku itu bukanlah kitab suci yang wajib dipatuhi sebagai sandaran untuk memungkiri janji tersebut.


Sebelum PRU14 juga Tun Mahathir telah mengikat perjanjian dengan Warisan bahawa parti itu tidak akan dikembangkan ke Sabah.


Namun, setelah pada awalnya macam mahu bersungguh-sungguh berpegang pada janji itu, Tun Mahathir hari ini sekali lagi mungkir janji dengan menegaskan Bersatu tetap akan dilebarkan sayapnya ke Sabah.


Beliau memberi hujah tujuan mengembangkan sayap Bersatu ke Sabah ialah untuk menguatkan kedudukan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.


Rasanya semua orang, malah Shafie sendiri pun akan tergelak panjang dengan hujah reka-rekaan yang disebut Tun Mahathir ini.


Ia sebiji macam alasan lelaki yang rajin minum kopi Tongkat Ali yang tiba-tiba ingin menambah isteri, tetapi memberi alasan ia bertujuan meringankan beban isteri yang pertama.


Kalau mahu dihitung, sebenarnya banyak lagi janji atau kata-kata yang Tun Mahathir mungkiri atau beliau melakukan Pusingan U, baik ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, setelah bersara dan kemudian kembali menduduki puncak kuasa di Putrajaya.


Ia memberi gambaran bahawa berjanji dengan Tun Mahathir adalah sesuatu yang sukar untuk diharapkan roti canai tidak bertukar menjadi capati.


Barangkali hanya janjinya kepada Tun Siti Hasmah Mohd Ali dan kepada anak-anaknya saja yang tidak pernah dimungkirinya.


Yang nyata, selagi ada yang taksub dan menganggap Tun Mahathir seolah-olah maksum serta boleh berbuat apa saja, selagi itulah beliau akan terus mungkir janji dengan pelbagai alasan serta disokong oleh mereka yang hampir buta hati itu.


Dengan pelbagai janji yang telah dimungkirinya selama ini, perhatian semua orang kini ialah berhubung janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun selepas kemenangan PH menumbangkan BN pada 9 Mei 2018 lalu.


Sehingga ini pun, beliau tidak pernah tegas berkenaan janji hanya menjadi Perdana Menteri selama dua tahun itu dan ayat yang kerap disebutnya hanyalah - mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin juga kurang.


Di suatu ketika yang lain, beliau malah mengusik Anwar yang duduk di sebelahnya, "kalau Anwar beri izin, dapatlah dua tahun setengah jadi Perdana Menteri."


Sebenarnya, itu adalah sebahagian cara Tun Mahathir melekakan orangramai berhubung janjinya kepada Anwar.


Dengan pelbagai gerakan yang dilakukannya akhir-akhir - membawa semakin ramai Ahli Parlimen UMNO melompat menyertai Bersatu dan memungkiri janji terhadap Warisan yang secara automatiknya akan menjadikan semua Ahli Parlimen, Adun serta Ketua Bahagian Sabah yang mengumumkan keluar UMNO baru-baru ini sebagai ahli dan pemimpin Bersatu, tiada lain yang harus Anwar lakukan selain mestid lebih berhati-hati dan memantau setiap perkembangan yang berlaku setiap hari.


Di sebalik semua itu, selain bertujuan memungkiri janji menyerahkan jawatannya kepada Anwar, Tun Mahathir  dalam waktu yang sama seolah-olah sedang berusaha mahu menghancurkan PH secara perlahan-lahan dengan menjinakkan pemimpin tertentu dalam PKR, DAP dan Amanah dengan kedudukan, jawatan serta keselesaan hidup yang tak pernah mereka terbayang mampu menikmatinya selama ini.


Dengan keselesaan, kemewahan dan gaji melebihi RM50 ribu sebulan beserta pelbagai kemudahan lain, mereka bukan saja lupa kepada ageda reformasi yang diperjuangkan  sejak 20 tahun lalu, malah terpaksa akur dengan apa saja yang Tun Mahathir lakukan. (ShahbudinHusin 15/02/2019).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/satu-lagi-janji-dimungkiri-lalu-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Lagi Janji Dimungkiri Lalu Apa Mustahilnya Jika Janji Kepada Anwar Juga Bakal Tun M Engkari

Satu Lagi Janji Dimungkiri Lalu Apa Mustahilnya Jika Janji Kepada Anwar Juga Bakal Tun M Engkari

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 528 hits
Salah satu kepakaran dan kehebatan Tun Mahathir Mohamad yang tidak ada pada mana mana pemimpin lain sama ada di Malaysia juga di dunia ialah keupayaannya memungkiri janji serta mencipta alasan bagi menghalalkan tindakan itu Ketika bersara p...
Mengapa Nama Tpm Dan Anwar Sebagai Bakal Pm Dicicirkan Dalam Majlis Tindakan Ekonomi

Mengapa Nama Tpm Dan Anwar Sebagai Bakal Pm Dicicirkan Dalam Majlis Tindakan Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 401 hits
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak...
Warisan Boleh Mengajar Bersatu Berpegang Pada Janji Jika Berani Gesa Peralihan Kuasa Kepada Anwar Disegerakan

Warisan Boleh Mengajar Bersatu Berpegang Pada Janji Jika Berani Gesa Peralihan Kuasa Kepada Anwar Disegerakan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 434 hits
Kadang kadang rasa kasihan pun ada dengan Shafie Apdal ini walaupun Warisan yang dipimpinnya sudah pun membuktikan kemampuan berjaya menumbangkan UMNO dalam pilihanraya umum lalu Tiap kali timbul isu berhubung kemasukan Bersatu ke negeri it...
Kalau Benar Azmin Bakal Pm Ke 8 Apa Sebab Sebenar Dr Mahathir Reject Anwar

Kalau Benar Azmin Bakal Pm Ke 8 Apa Sebab Sebenar Dr Mahathir Reject Anwar

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 466 hits
Gempar bukan jer kat Malaysia tapi juga kat luar negara yang Datuk Seri Azmin Ali bakal di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri lepas perayaan Tahun Baru Cina nie Walau pun pihak yang terbabit cuba nak menafikan tapi buat kata orang tua2...
Selepas Janji Palsu Kini Kelulusan Palsu

Selepas Janji Palsu Kini Kelulusan Palsu

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 335 hits
SEHINGGA ke hari ini belum ada tanda tanda kerajaan Pakatan Harapan akan melunaskan segala janji janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 Pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan tindakan mereka memberikan janji janji palsu kepad...
Rupanya Anwar Hanya Ada Ijazah Sastera Kelas Ke 3 Guan Eng Ijazah Akaun Saja Mana Reti Ekonomi

Rupanya Anwar Hanya Ada Ijazah Sastera Kelas Ke 3 Guan Eng Ijazah Akaun Saja Mana Reti Ekonomi

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 424 hits
Siapa Anwar dan Guan Eng dibanding Kelulusan Akedemik NajibLol Anwar rupa rupanya hanya mempunyai ijazah sastera kelas ke3 je patut jadi menteri kewangan Malaysia alami krisis ekonomi 1996 98 patutlah setakat jadi mantan calon PM ke5 6 7 da...
Mungkinkah Telefon Pintar Bakal Menggantikan Laptop Satu Masa Nanti

Mungkinkah Telefon Pintar Bakal Menggantikan Laptop Satu Masa Nanti

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 371 hits
Telefon pintar yang ada di pasaran kini semakin canggih dan mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu satu masa Mungkin juga telefon pintar bakal menggantikan komputer riba satu ketika nanti Antara telefon pintar yang dilihat mampu me...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye