Warisan Boleh Mengajar Bersatu Berpegang Pada Janji Jika Berani Gesa Peralihan Kuasa Kepada Anwar Disegerakan




Kadang-kadang rasa kasihan pun ada dengan Shafie Apdal ini, walaupun Warisan yang dipimpinnya sudah pun membuktikan kemampuan berjaya menumbangkan UMNO dalam pilihanraya umum lalu.


Tiap kali timbul isu berhubung kemasukan Bersatu ke negeri itu, tiap kali itu jugalah beliau seperti terpaksa merayu dan meminta simpati kepada Tun Mahathir Mohamad agar janji berkenaan perkara itu sentiasa dipatuhi.


Semua sedia maklum sebelum PRU14 lalu ada perjanjian yang menetapkan Bersatu tidak akan dikembangkan ke Sabah, sebaliknya usaha menawan negeri itu diserahkan kepada Warisan mengetuainya.


Bagaimanapun, di peringkat pusat, Warisan tetap menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir.


Sehingga ini rasanya sudah lebih daripada tiga kali Shafie memberi kenyataan merayu dan mengingatkan Bersatu berkaitan perjanjian itu serta kedudukan Warisan sebagai peneraju pentadbiran negeri Sabah haruslah dihormati.


Goyangnya pendirian Bersatu dalam soal kemasukannya ke Sabah tambah ketara kebelakangan ini sejak lumpuhnya UMNO Sabah apabila sebahagian besar Ahli Parlimen, Adun dan Ketua Bahagiannya mengumumkan keluar parti.


Keluarnya mereka meninggalkan UMNO tidak lain ialah untuk menyertai Bersatu. Bukan mereka tidak mahu menyertai Warisan atau lain-lain parti Sabah disebabkan tidak suka dengan semua parti itu, tetapi segala-galanya adalah kerana dendam kepada Warisan yang telah menumbangkan kuasa UMNO di negeri itu dalam pilihanraya lalu.


Hanya dengan menyertai Bersatu saja mereka merasakan dapat melepaskan dendam dan menggugat kedudukan Warisan.


Di peringkat awal, memang terlihat Bersatu agak konsisten mahu berpegang kepada janji tidak akan melebarkan sayapnya ke negeri itu, tetapi dengan bekas pemimpin-pemimpin UMNO Sabah terus melobi, keadaan semakin berbeza sejak kebelakangan ini.


Mereka tanpa segan silu dan terbuka mengatakan Bersatu akan datang akhirnya ke Sabah.


Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya pula berkata, rundingan sedang diusahakan mengenai perkara itu.


Hakikatnya, jika sudah ada perjanjian dan kiranya Bersatu masih menghormati serta berpegang kepada janji itu, untuk apa lagi diadakan sebarang rundingan?


Tutup saja pintu rundingan? Tetapi, mengapa masih mahu diadakan rundingan?


Dalam hal ini, melihat kepada tindak-tanduk Tun Mahathir yang kerapkali melakukan U-Turn dalam banyak perkara sebelum ini, ramai yang merasakan perjanjian dengan Warisan adalah mangsa mungkir janji beliau yang seterusnya.


Maka, apa yang Warisan perlu lakukan seterusnya untuk mengelakkan perkara itu?


Rasanya tidak banyak pilihan yang ada buat Shafie ketika ini. Merayu dan terus merayu atau asyik mengingatkan tentang janji selalu, kadang-kadang meletihkan juga.


Blog ini pernah menyarankan sebelum ini, sebagai salah satu cara untuk membendung isu kemasukan Bersatu ke Sabah daripada terus diusahakan, malah dalam waktu yang sama pendirian pemimpin-pemimpin Bersatu yang goyang mengenainya juga tidak lagi berterusan, perkara itu mampu dilakukan dengan Shafie dan Warisan segera mengalihkan sokongannya kepada Anwar Ibrahim.


Apa lagi, dalam konteks penyerahan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar yang sepatutnya dilakukan dalam tempoh dua tahun selepas menguasai Putrajaya, Shafie rassnya belum pernah lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.


Cuba dalam waktu sehari dua ini Shafie segera mengeluarkan kenyataan bahawa Warisan menyokong penuh peralihan kuasa itu bukan saja perlu dipatuhi dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang disebut sendiri oleh Tun Mahathir, malah lebih baik jika dapat dipercepatkan lagi.


Tengok selepas itu, pasti tiada pemimpin Bersatu yang berani terus bercakap lagi soal kemasukan parti itu ke Sabah. (ShahbudinHusin 11/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/warisan-boleh-mengajar-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Game Over Untuk Anwar Jika Tun M Berjaya Kukuhkan Bersatu Di Sabah Dan Sarawak

Game Over Untuk Anwar Jika Tun M Berjaya Kukuhkan Bersatu Di Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 377 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melalui jalan sukar untuk mengambil tampuk kepemimpinan negara daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Setiausaha Otai Reformis 1998 Abdul Razak Ismail berkata tindakan Parti Pribumi Bersatu Malays...
4 Amalan Ibu Ini Yang Mengajar Dua Anaknya Hafaz Al Quran Di Usia Setahun Lebih Boleh Diamalkan Rileks Media

4 Amalan Ibu Ini Yang Mengajar Dua Anaknya Hafaz Al Quran Di Usia Setahun Lebih Boleh Diamalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 397 hits
Anak yang sering kali diperdengarkan bacaan al Quran sejak kecil berpotensi untuk celik al Quran dengan mudah Amalan ini jika dibuat berterusan sangat elok Jadikan amalan ini kebiasaan dalam diri anak anak Apa yang dikongsikan oleh Puan Sit...
Selepas Satu Lagi Janji Dimungkiri Bukan Saja Anwar Akan Disingkirkan Malah Ph Juga Bakal Dihancurkan

Selepas Satu Lagi Janji Dimungkiri Bukan Saja Anwar Akan Disingkirkan Malah Ph Juga Bakal Dihancurkan

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 389 hits
Salah satu kepakaran dan kehebatan Tun Mahathir Mohamad yang tidak ada pada mana mana pemimpin lain sama ada di Malaysia juga di dunia ialah keupayaannya memungkiri janji serta mencipta alasan bagi menghalalkan tindakan itu Ketika bersara p...
Pengguna Jalanraya Telupid Sandakan Kecam Menteri Parti Warisan Kerana Janji Kosong Mahu Baiki Jalan

Pengguna Jalanraya Telupid Sandakan Kecam Menteri Parti Warisan Kerana Janji Kosong Mahu Baiki Jalan

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 648 hits
Datuk Peter AnthonyPengguna jalan raya yang menghubungkan laluan daerah Telupid ke Sandakan di sini hari ini mengecam Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony kerana dikatakan tidak mengotakan janji untuk memperbaiki jala...
Satu Lagi Janji Dimungkiri Lalu Apa Mustahilnya Jika Janji Kepada Anwar Juga Bakal Tun M Engkari

Satu Lagi Janji Dimungkiri Lalu Apa Mustahilnya Jika Janji Kepada Anwar Juga Bakal Tun M Engkari

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 535 hits
Salah satu kepakaran dan kehebatan Tun Mahathir Mohamad yang tidak ada pada mana mana pemimpin lain sama ada di Malaysia juga di dunia ialah keupayaannya memungkiri janji serta mencipta alasan bagi menghalalkan tindakan itu Ketika bersara p...
Bersatu Tetap Akan Ke Sabah Walau Ditentang Warisan

Bersatu Tetap Akan Ke Sabah Walau Ditentang Warisan

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 350 hits
Bersatu akan ditubuh di Sabah Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan melebarkan sayapnya di Sabah tidak lama lagi bagi melengkapkan tiga lagi parti Pakatan Harapan sedia ada di negeri itu Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat majlis kepimp...
Warisan To Issue Statement On Bersatu S Sabah Expansion Tomorrow

Warisan To Issue Statement On Bersatu S Sabah Expansion Tomorrow

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 342 hits
Parti Warisan Sabah deputy president Darell Leiking has left it to party president Mohd Shafie Apdal to issue a statement on the entry of Bersatu to Sabah He said Shafie who is also Sabah chief minister was expected to issue a statement on ...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking